Review: Nasi Kandar Beratur

Jika anda Google makanan pilihan di Pulau Pinang, anda pasti akan menemui Nasi Kandar Beratur ini~!!! Kami pun akhirnya berjaya mencubanya. Maklumlah ia hanya buka dari jam 10malam. Siang tak buka. Kalau nak makan malam pula,  lewat sangat. Sebab tu selama ni tak berkesempatan nak merasa Nasi Kandar Beratur ni. Kebetulan hari ini kami makan petang berat, jadi pukul 11.30malam baru terasa lapar. Jadi Nasi Kandar beratur here we go!~!!! Sekitar jam 12.15malam kami tiba di lokasi dengan bantuan aplikasi Waze. Taip saja Nasi…

Review: Medan Selera Padang Brown

Tempat ini antara tumpuan pelancong dan masyarakat tempatan untuk merasa makanan Pulau Pinang yang popular seperti pasembor dan mi rebus mamak. Ia juga boleh dijadikan destinasi alternatif selain Medan Selera Padang Kota yang menawarkan variasi makanan yang hampir sama. Di Medan Selera Padang Brown bagi saya lebih selesa kerana terdapat kemudahan Parkir berbayar. Jadi tiada masalah untuk mencari parkir yang dekat dan selamat. Terdapat juga kemudahan surau, tandas, dan bilik menyusu. Bagi ibu-ibu dengan bayi yang masih menyusu badan, ia merupakan suatu berita gembira…

Review: Roti Canai Transfer Road

Sekian lama dok dengar tentang roti canai Transfer Road, akhirnya kami dapat juga merasa. Sebelum ni tengok dalam TV aje, kali ni live depan mata. Nama pun roti canai, pastilah ia sinonim dengan sarapan pagi. Kami tiba di lokasi sekitar jam 7.45pagi. Mudah saja nak ke sini. Dengan kemajuan teknologi masa kini, type saja ‘roti canai jalan transfer’ di google map atau waze, anda akan dipandu arah dengan jayanya :p Setibanya di lokasi, anda akan nampak banyak motor dan kereta parking tepi jalan. Deretan…

Review: Roti Benggali – Maliia Bakery

Roti benggali adalah suatu yang tidak asing bagi masyarakat Pulau Pinang. Bagi yang tak tahu macam mana rupa roti benggali, berikut adalah rupanya: Jika anda buka website www.maliiabakery.com anda dapat lihat pelbagai jenis lain roti benggali seperti perasa coklat dan arang. Alkisah saya boleh ke sini adalah kerana nak beli roti untuk cicah sup pada Hari Raya Korban yang lalu. Asalnya nak beli roti di Tesco saja, tapi pak-pak menakan sarankan untuk beli roti benggali di Maliia Bakery di Jalan Transfer, Georgetown yang jaraknya belasan…

Destinasi percutian yang kurang mesra stroller.

Entri ini saya pernah tulis sebelum ini dalam bahasa inggeris. Saya copy paste kembali di blog ini. Moga bermanfaat buat ibu-ayah dengan anak kecil 🙂 Top destinations to travel with family, babies and small kids that NOT really STROLLER FRIENDLY: #1 Bandung, Indonesia – Pasar Baru. The paradise of shopping. Always crowded with people and stuff!! What ever u need is under one roof called Pasar Baru!!! – Tangkuban Perahu. An active valcano. A hilly area yet magnificent view. Make sure you on flat…

Duyufurrahman [Umrah Part 4] – Mekah & Kepulangan

HARI KE-EMPAT DI MEKAH (21 FEB 2015) Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran Hakim yang ke-26. Alhamdulillah kerana tahun ini kami berdua dapat menyambut ulang tahun di tanah suci. Saya menyambut ulang tahun yang ke-28 di Madinah pada 16 Feb 2015 yang lalu, Hakim pula di Mekah ini. Hari ini kami akan mengerjakan umrah untuk kali ke-3. Selepas makan tengah hari, sekitar jam 2.30pm kami berkumpul di lobi hotel untuk ke Taneem, bermiqat. Ketika berkumpul di lobi hotel sebelum ke Taneem untuk bermiqat.…

Duyufurrahman [Umrah Part 3] – Mekah

Alhamdulillah, sekitar jam 10malam kami tiba di Mekah Al-Mukarramah. Setelah selesai urusan check-in di kaunter, kami diundang makan malam sebelum masuk ke bilik masing-masing. Kita perlukan tenaga untuk melaksanakan ibadah umrah wajib sebentar lagi, jadi makan dan minumlah secukupnya ye. Awas, jangan cuci tangan dengan sabun wangi pula lepas makan, kita masih di dalam ihram. Haram memakai bau-bauan termasuk sabun wangi. Nanti kena dam pula. Makan kali pertama di bumi Mekah Wafiy suka makan kek. Muka baru bangun tidur :p   Setelah siap makan,…

Review: International Border Tea

INTERNATIONAL BORDER TEA, SUNGAI DUA (ISLAND), PULAU PINANG. Pada suatu malam, kami on the way nak pulang ke rumah kami telah singgah ke gerai International Border Tea ini. Sebenarnya kami dah lama perhatikan gerai ni sejak ia bertapak. Gerainya ceria dengan signboard yang menarik dan hiasan gerai yang berwarna-warni. Akhirnya malam ini kami singgah jua 😉 Sign board International Border Tea yang jelas kelihatan dari jauh. Seperti yang tertera di gambar, ada bendera Thai dan Malaysia membuatkan secara tidak langsung kita mengerti ia menjual…

Review: Laksa Tempurung

Laksa Tempurung, Teluk Kumbar, Pulau Pinang.   LAKSA TEMPURUNG Entri ni kira throwback la jugak, sebab makan Laksa Tempurung ni bulan Jun 2015 yang lalu setelah viral di FB 😛 Lokasi: Di Teluk Kumbar, jika datang dari Bayan Lepas, lokasinya sekitar 100meter selepas Masjid Sungai Batu. Jika nak senang, boleh juga Google Map ‘Warung Hashim’, di situlah lokasi Laksa Tempurung ni 🙂 Google Map: Lokasi Laksa Tempurung di Warung Hashim   Waktu kami pergi dulu, kami parking tepi jalan saja. Sebenarnya ada ruang tanah…

Review: Nasi 7 Benua

Nasi 7 Benua. Pertama dan satu-satunya di Malaysia.   NASI 7 BENUA, 7 NASI DALAM 1 PINGGAN Setelah viral di FB tentang Nasi 7 Benua ni, saya dan suami pun tak mahu melepaskan peluang mencubanya bila dah berada di Pulau Pinang ni. Tatkala melangkah masuk ke kedai, disapa dengan senyuman staff kafe. Setelah kami memilih tempat duduk, staff kafe datang kepada kami untuk ambil order. Untuk Nasi 7 Benua, akan di beri pakej air sirap atau teh o ais secara percuma dan boleh refill…