Review: Nasi 7 Benua

Nasi 7 Benua. Pertama dan satu-satunya di Malaysia.

 

NASI 7 BENUA, 7 NASI DALAM 1 PINGGAN

Setelah viral di FB tentang Nasi 7 Benua ni, saya dan suami pun tak mahu melepaskan peluang mencubanya bila dah berada di Pulau Pinang ni. Tatkala melangkah masuk ke kedai, disapa dengan senyuman staff kafe. Setelah kami memilih tempat duduk, staff kafe datang kepada kami untuk ambil order. Untuk Nasi 7 Benua, akan di beri pakej air sirap atau teh o ais secara percuma dan boleh refill pula tu kalau dah habis. Bagus kan?
Apa 7 jenis nasi tu?
 
#1 Nasi Putih
#2 Nasi Lemak
#3 Nasi Minyak
#4 Nasi Lemuni
#5 Nasi Kacang
#6 Nasi Tomato
#7 Nasi Hujan Panas
Setelah order diambil, staff kafe akan sediakan 7nasi tersebut dan diatur rapi, bulat-bulat dalam pinggan. Kami dipanggil untuk pilih lauk. Lauk-lauk macam nasi campur, ada ayam masak merah, sambal sotong, gulai ikan, sayur goreng dan macam-macam lagi. Jadi kita diberi pilihan sendiri untuk menikmati nasi 7 benua ini dengan lauk yang kita suka. Kami masing-masing ambil lauk ayam, telur, dan sayur. Total makan berdua dengan air RM14.20 sahaja. Rasanya ianya harga yang sangat berpatutan 😀
Ia satu idea yang menarik dan unik kan? Jika kita nak buat macam ni untuk makan-makan bersama keluarga di rumah tiada masalah. Tapi jangan fikir nak tiru dan jual ye. Sebab ianya telah didaftarkan sebagai harta intelek secara rasmi~!!!
Nasi 7 Benua telah didaftarkan sebagai harta intelek. Sumber: FB page Nasi 7 Benua

 

Teringin nak cuba? Lokasi Kedainya betul-betul di Stadium Mini Sungai Ara. Tepi jalan saja, ada signboard besar-besar tulis Nasi 7 Benua, Insyaallah mesti nampak. Selain itu, lagi mudah, WAZE aje…taip nasi 7 benua, mesti jumpa. Selamat menjamu selera 😉
Gunakan WAZE untuk ke Nasi 7 Benua. Senang aje 😉
 Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *