Sepetang di Entopia, Teluk Bahang, Pulau Pinang

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah hujung minggu yang lalu kami telah berkesempatan berkunjung ke Entopia, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Dahulu ia dikenali sebagai Taman Rama-rama. Ia telah ditutup sekian waktu untuk proses baik pulih dan naik taraf. Kini ia telah dibuka semula sejak 2hb Mei 2016 yang lalu dengan nama baru, iaitu Entopia. Secara peribadi saya merasakan harga tiketnya agak mahal, namun apabila melihat anak saya sangat gembira dan senyum gelak tawa tidak putus sepanjang kami di sini, jadi saya rasakan ‘pelaburan’ untuk ke sini adalah sesuatu…

Perkhidmatan Uber di Pulau Pinang (Sekarang GRAB)

Bismillahirrahmanirrahim. Sebelum ini saya tak pernah tahu kewujudan perkhidmatan Uber ni sehinggalah keluar berita di TV kekecohan tentang ketidakpuasan teksi-teksi terhadap Uber baru-baru ni. Jadi oleh kerana itu saya pun mula google tentang Uber ni. Orang kata ia lebih murah dan mudah. Jadi saya pun inginlah mencuba. Jadi review ini lebih kepada PENGALAMAN PERTAMA saya menggunakan perkhidmatan Uber di Pulau Pinang khususnya kerana saya tinggal di Pulau Pinang. Saya gunakan perkhidmatan Uber dari rumah kami untuk ke Lapangan Terbang Pulau Pinang dan kali ke…

Review: Countryside Stables Penang

Hari minggu yang lalu tanpa dirancang kami telah berkunjung ke Coutryside Stables Penang ini. Asalnya cuma nak ambil angin petang di Pantai Malindo, Balik Pulau, Pulau Pinang. Tapi waktu on the way tu ternampak tempat ni. Jadi kami singgahlah sewaktu perjalanan pulang tu šŸ˜‰ Kalau guna Google Map, search aje. Pasti jumpa. Cuma beberapa meter saja dari Pantai Malindo šŸ˜‰ Kami makan laksa & lai chee kang di Pantai Malindo ni. Pantai Malindo ni bukanlah macam pantai Batu Feringghi, tak boleh mandi-mandi pun. Ia…

Sarapan di Taman Tun Sardon

Astaka Taman Tun Sardon memang telah menjadi tumpuan sarapan pagi warga Pulau Pinang sejak sekian lama. Tapi kini, para pelancong dari luar turut telah menjadikan Taman Tun Sardon sebagai destinasi sarapan ketika bercuti di Pulau Pinang. Dengan aneka pilihan makanan seperti serabai, nasi lemuni, mi sotong, pelbagai kuih muih dan pelbagai lagi pasti menggamit selera. Tidak hairanlah banyak rancangan TV, artis popular turut singgah ke sini untuk menikmati sarapan di sini. Anda boleh lihat plat Jalan-Jalan Cari Makan, TV3 di kedai-kedai terpilih menunjukkan team…

Review: Wonderfood Museum, Penang

Alhamdulillah, dengan sukacitanya saya nak bercerita tentang Wonderfood Museum yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang. Memang best tempat ni. Memang sangat disarankan untuk singgah ke sini jika anda ke Pulau Pinang. Search aje di Google map, pasti akan menemui lokasi yang tepat. Jadi jangan risau šŸ˜‰ Parking tidak menjadi masalah, kami ke sini pada hari Sabtu (normal weekend, bukan cuti sekolah atau cuti umum). Ada banyak parking tersedia di kawasan ini. Ada juga parking bertingkat di dalam bangunan. Insyaallah tak perlu berjalan jauh beribu…

Review: Pisang Goreng Cheese, Plaza Ivory, dekat USM, Pulau Pinang.

Pizang goreng cheese dah tidak asing lagi di Malaysia yang mana ianya sebelum ini adalah makanan minum petang yang biasa di negara Indonesia. Beberapa tahun kebelakangan ini idea manisan dari seberang ini telah mendapat tempat di hati warga Malaysia dan ianya terus berkembang dan mudah di dapati di mana-mana. ‘Fried Banana Cheese’ nama diberi untuk stall yang khusus menjual pisang goreng cheese ini terletak di ruang legar Plaza Ivory, Bukit Gambier, berdekatan USM Pulau Pinang. Di sini terdapat deretan pelbagai restoran dari makanan barat,…

Kedai Jeruk Madu Pak Ali, Pulau Pinang

Jeruk Madu Pak Ali ini memang tidak asing lagi bagi orang Pulau Pinang. Malah ia menjadi buah tangan utama bagi para pelancong yang datang ke Pulau Pinang. Secara peribadi saya bukanlah penggemar jeruk. Tapi jeruk Pak Ali ni memang sedap. Makan sepeket memang tak cukup rasanya. Ā Saya pun pelik, kenapa jeruk Pak Ali ni sedap, jeruk kat KL tak macam ni rasa dia. Kalau makan jeruk selalu rasa semacam aje tekak. Silap-silap boleh sakit tekak. Tapi jeruk Pak Ali ni tak jadi macam tu.…

Review: Aroma Laziz Cafe

AromaĀ Laziz (bukanĀ AaronĀ AzizĀ ye ?).Ā AromaĀ LazizĀ CafeĀ iniĀ dikategorikanĀ sebagaiĀ sebuahĀ cafeĀ baruĀ diĀ Penang ni…sekitar hujung tahun 2015Ā kami menyedari menyedari kewujudannya :p Kalau lalu Ā PersiaranĀ BukitĀ Jambul,Ā mestiĀ akanĀ nampakĀ signboard macamĀ niĀ ye? Kami selalu ulang alik jalan ni waktu on the way Bukit Gambier – Balik Pulau. Memang dah usha lama sebab restorannya cantik, nampak selesa dan santai. Pernah 2-3kali teringin nak pi makan kat sini, tapi tutup…rupa-rupanya hari Ahad memang tutup kot…jadi akhirnya Isnin lepas kami mencuba nasib ke sini lagi, Alhamdulillah buka ? Parking. Ruang letak kereta agak besar…jadi insyaallah tak ada masalah untuk meletakkan kenderaan di dalam kawasan…

Makanan sedap di Pulau Pinang yang patut anda cuba~

Pulau Pinang kaya dengan variasi makanan yang 1001 macam jenis. Makanan di Pulau Pinang juga dinobatkan sebagai antara makanan tersedap di dunia. WOW~!!! Pelbagai pilihan makanan, dari makanan cina, india dan melayu. Sebagai orang Pulau Pinang, saya akan dikongsikan makanan halal muslim yang terbaik untuk anda cuba ketika melawat ke Pulau Pinang šŸ™‚ Turutan di dalam entri ini bukanlah mengikut ranking apa-apa. Ianya secara rawak sahaja dan semuanya sedap-sedap belaka dan patut dicuba šŸ™‚                    …

Bukit Bendera, Pulau Pinang

Permulaan cuti sekolah hujung tahun ini kami mulakan dengan ke Bukit Bendera, Pulau Pinang. Harga tiket standard untuk dewasa warganegara Malaysia RM10. Ada juga tiket ekspress segala bagai RM30. Ada juga tiket promosi RM3 aje. Ada juga tiket sehala. Agak complicated. Tak larat nak explain, boleh buka website Penang Hill untuk details harga tiket ye :p Tren naik ke puncak Bukit Bendera bermula seawal jam 6.30pagi dan trip terakhir untuk turun ke kaki Bukit Bendera ialah jam 11.00malam. Kami haritu ke sana pada hari…