• Jeruk Madu Pak Ali ini memang tidak asing lagi bagi orang Pulau Pinang. Malah ia menjadi buah tangan utama bagi para pelancong yang datang ke Pulau Pinang. Secara peribadi saya bukanlah penggemar jeruk. Tapi jeruk Pak Ali ni memang sedap. Makan sepeket memang tak cukup rasanya. Β Saya pun pelik, kenapa jeruk Pak Ali ni sedap, jeruk kat KL tak macam ni rasa dia. Kalau makan jeruk selalu rasa semacam aje tekak. Silap-silap boleh sakit tekak.
  • Tapi jeruk Pak Ali ni tak jadi macam tu. Makan pun enjoy je. Kenapa macam tu? Meh nak bagitau… Jeruk-jeruk biasa yang kita tengok kat KL tu mostly guna sakarin sebagai bahan utama untuk menjeruk. Sakarin ni juga digunakan oleh jeruk-jeruk yang datang dari Thai. Sakarin ni apa? Sejenis bahan kimia. Sakarin ni la yang buat sakit tekak tu. Tajam sakarin ni. Boleh google tentang sakarin ni untuk maklumat lanjut ye.
  • Berbeza dengan jeruk keluaran Pak Ali yang dimiliki 100% orang bumiputera Muslim, ia menggunakan gula asli sebagai bahan utama penjerukan sejak tahun 1989 (tapi menurut ayah saya yang memang orang Penang, Pak Ali dah jual jeruk jauh lebih lama sebelum 1989) mungkin tahun 1989 tu mula jual secara komersil dan besar-besaran. Jadi memang takde kesan-kesan nak sakit tekak tu. Makan pun macam laju je (walaupun kita tak minat makan jeruk). Percayalah kita tetap akan rasa sedap. Tak tipu πŸ˜‰ Walaubagaimanapun, ia tetaplah jajan. Makan sekadarnyalah…jangan hari-hari makan jeruk pulak…mentang-mentang sedap kan :-p
  • Harini kami buat kunjungan ke kedai Jeruk Pak Ali di Jalan Pantai Jerejak, bertentang dengan tapak pesta Pulau Pinang. Memang tumpuan utama pelancong dari luar Pulau Pinang untuk beli jeruk dan buah tangan yang lain. Sentiasa akan ada aje bas-bas pelancong parking depan kedai ni. Tapi saya yakin orang Penang sendiri ramai yang tak pernah pergi kedai ni. Kami yang dah 4tahun duduk Penang, hari-hari lalu depan kedai ni pun tak pernah singgah :-p
  • Tapi harini kami pergi jua akhirnya kerana nak belikan buah tangan kepada tetamu homestay kami yang datang dari Johor. Repeated guest, dah dua kali mereka menginap di homestay kami, AbbyJay Homestay Penang. Kata mereka homestay kami selesa sangat dan lokasi pun strategik. Senang nak ke mana-mana πŸ˜‰ Mereka pun baik sangat, siap belikan T-Shirt Johor untuk anak kami, Wafiy. Jadi apa yang kami nak beri sebagai balasan terima kasih? Fikir-fikir, Jeruk Madu Pak Ali lah pilihan yang terbaik untuk mereka, boleh makan-makan sebagai jajan dalam kereta nanti πŸ˜‰
  • Kalau nak ke sini, senang aje. Dalam google map ada. Pilih yang Jalan Pantai Jerejak ok? Sebab kedai jeruk Pak Ali ni banyak cawangan, tapi antara yang terbesar adalah yang di Jalan Pantai Jerejak ni πŸ™‚
Jom kita tengok ada apa kat sini πŸ™‚
Melangkah aje masuk dalam kawasan kedai, kita dah boleh nampak macam-macam benda.
Ini seksyen keropok kering dari Terengganu. Tak payah pergi Terengganu, boleh beli aje kat sini. Ada keropok ikan, udang, dan sotong juga πŸ™‚ Keropok cap menara yang siap untuk dimakan tu pun ada juga.
Asam jawa. Boleh lah beli untuk buah tangan kepada dapur ada πŸ˜‰
Macam-macam jenis kicap dan sos keluaran melayu terdapat di sini. Kicap charkuewtiaw pun ada. Cencalok, belacan, otak udang. Segalanyalah. Ini buat kita rasa macam ada kat Melaka pulak :-p
Ini dia jeruk campur. Warna-warni yang menggamit selera.
Ada juga jual key chain Pulau Pinang. Jadi bagi yang nak buat last minute shopping sourvenir pun boleh kat sini. Ada fridge magnet juga πŸ˜‰
Pak Ali bukan hanya sekadar menjual jeruk. Ada air mineral jugak tau…
Kismis brand Pak Ali pun ada.
Minyak urut Pak Ali pun ada… Minyak dan losyen urut berasaskan buah pala.
Macam-macam jenis minyak urut dan balm. Rasa macam kat Langkawi pulak. Tak payah nak ke Langkawi, sini pun ada banyak πŸ™‚
Jeruk moden, dalam tumbler warna-warni. Memang menarik. Yang paket-paket warna hitam tu ialah kuah rojak buah jenama Pak Ali. Sesuai sangat untuk buat sourvenir πŸ™‚
T-shirt Penang pun ada kat sini. Pendek kata memang one stop center lah kedai ni. Semua ada πŸ™‚
Yang ni rare. Boleh cuba kalau berani :p
Jeruk-jeruk semua dipaket segar di sini.
Selalu kita dengar kuah rojak Mak Bee, next time boleh try kuah rojak Pak Ali pulak. Ada 3jenis, iaitu; manis, original, dan pedas.
  • Ya begitulah serba sedikit yang dapat saya kongsikan. Ada macam-macam lagi, takkan saya nak ambil gambar semua barang pulak ye tak? Kalah wartawan pulak nanti :-p Ada banyak lagi benda yang anda boleh beli di sini. Pendek kata, kalau nak beli sourvenir dari Penang, inilah tempatnya. Salah satu tempat yang wajib anda kunjungi. Okey? Sekian dulu untuk entri kali ini. Wassalam.
Nak cari baby carrier yang ergonomik untuk mudah jalan-jalan dengan anak kecil di Pulau Pinang? Boleh click di sini.
Nak beli barang baby? LayariΒ www.markassikecil.com.myΒ untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *