Umrah Bersama Bayi

Assalamualaikum ibu ayah sekalian. Alhamdulillah kini makin ramai orang muda berinisiatif untuk menunaikan Umrah dan syukur yang tidak terhingga telah berpeluang menjadi Duyufurrahman, yakni tetamu Allah. Jika ibu ayah mula membaca entri saya ini, pasti anda sedang bercadang untuk mengerjakan umrah bersama bayi anda. Saya doakan segala urusan pergi, semasa, dan pulang anda sekeluarga penuh bahagia dan dilimpahi barakah. Insyaallah. Moga entri ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat bermanfaat buat ibu ayah beserta bayi anda sebagai Duyufurrahman. Amin. Persediaan sebelum berangkat. PERSEDIAAN SEBELUM BERANGKAT…

Duyufurrahman [Umrah Part 4] – Mekah & Kepulangan

HARI KE-EMPAT DI MEKAH (21 FEB 2015) Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran Hakim yang ke-26. Alhamdulillah kerana tahun ini kami berdua dapat menyambut ulang tahun di tanah suci. Saya menyambut ulang tahun yang ke-28 di Madinah pada 16 Feb 2015 yang lalu, Hakim pula di Mekah ini. Hari ini kami akan mengerjakan umrah untuk kali ke-3. Selepas makan tengah hari, sekitar jam 2.30pm kami berkumpul di lobi hotel untuk ke Taneem, bermiqat. Ketika berkumpul di lobi hotel sebelum ke Taneem untuk bermiqat.…

Duyufurrahman [Umrah Part 3] – Mekah

Alhamdulillah, sekitar jam 10malam kami tiba di Mekah Al-Mukarramah. Setelah selesai urusan check-in di kaunter, kami diundang makan malam sebelum masuk ke bilik masing-masing. Kita perlukan tenaga untuk melaksanakan ibadah umrah wajib sebentar lagi, jadi makan dan minumlah secukupnya ye. Awas, jangan cuci tangan dengan sabun wangi pula lepas makan, kita masih di dalam ihram. Haram memakai bau-bauan termasuk sabun wangi. Nanti kena dam pula. Makan kali pertama di bumi Mekah Wafiy suka makan kek. Muka baru bangun tidur :p   Setelah siap makan,…

Duyufurrahman [Umrah Part 2] – Madinah

Kami tiba di Madinah sekitar jam 3pagi (waktu Malaysia dah pukul 8pagi) bayangkan kami dah travel hampir 20jam. Penat tu dah pasti. Tapi excited dan bersyukur semuanya lancar dan baik-baik saja 😀 Cerita perjalanan kami boleh baca di entri Duyufurrahman [Umrah Part 1]. Setelah check-in ke bilik hotel penginapan, kami pun mula susun beg dan unpack barang. Wafiy tidur lena dari dalam bas tak sedar langsung ..memudahkan saya nak uruskan diri dan bolehlah rehat 🙂 Alhamdulillah bilik kami view Masjid Nabawi dan Perkuburan Baki’.…

Duyufurrahman [Umrah Part 1] – Keberangkatan

Bismilahirrrahmanirrahim. Duyufurrahman bermaksud Tetamu Allah. Kata Ustaz Solah, mutawif kami; “Umrah ini bukan perjalanan yang biasa-biasa. Ianya ke tempat yang Allah Mukarram. Yakni tempat yang Allah muliakan. Iaitu Mekah dan Madinah. Ia satu perjalanan yang luar biasa“ Moga perkongsian ini dapat memberi gambaran kepada yang bakal mengerjakan Umrah dan mungkin sebagai imbasan kenangan kepada yang pernah mengerjakan umrah. Insyaallah penulisan ini akan terbahagi kepada EMPAT BAHAGIAN. Iaitu: Umrah Part 1: Sekitar Keberangkatan Umrah Part 2: Di Madinah Umrah Part 3: Di Mekah Umrah Part…