Markas Si Kecil sebagaimana namanya, merupakan pusat barangan keperluan berkaitan si kecil, tidak terhad hanya untuk bayi dan kanan-kanak, malah untuk ibu bapa juga bagi memudahkan pengurusan seharian anak-anak kecil kita.

Bermula dari keperluan ibu hamil, berpantang, bayi ‘new born’, bayi, kanak-kanak, serta keperluan ibu bapa yang mempunyai anak kecil seperti pakaian hamil & menyusu, peralatan penyediaan makanan untuk bayi, serta keperluan untuk travel seperti ‘diaper bag’ dan ‘baby carrier’.

Kami merupakan pengedar rasmi untuk dua jenama ‘baby carrier’ yang ergonomik dan berkualiti tinggi di Malaysia, iaitu; Bobita Baby Carrier dan NaNa Baby Carrier.

Terdapat ratusan variasi produk yang pasti akan menambat hati ibu bapa dengan anak kecil kerana produk-produk di Markas Si Kecil ada produk-produk yang terpilih, terjamin kualitinya, memberi manfaat serta berpatutan harganya.

Kami turut membuka peluang ‘dropship’ kepada yang ingin menjana pendapatan dengan menjual barangan berkaitan bayi, kanak-kanak dan ibu bapa.

Marilah berbelanja di Markas Si Kecil atau jadilah sebahagian dari kami!

 

Share