Sinopsis, Trailer, & Review 8-Filem Harry Potter

Hai, dah tengok semua filem Harry Potter? Filem ni dah lama sebenarnya. Ada 8-buah filem kesemuanya yang mana filem pertama ditayangkan pada tahun 2001 dan filem ke-8 ditayangkan pada tahun 2011. Kenapa tahun 2020 baru nak buat review ni? Haa… tak lain dan tak bukan sebab PKP Covid-19 lah…tak boleh keluar rumah, kami anak beranak tengok filem Harry Potter ni dari filem pertama sampai filem ke-8 selama 8hari! Jadi review ini 100% dari sudut pandang penonton filem yang merupakan ibu bersama anak kecil berusia…

10+ Fakta menarik tentang filem Harry Potter & pelakon ciliknya yang mungkin anda belum tahu.

#1 Penggambaran filem ini mengambil masa selama 10tahun! Ia mungkin mencatat sejarah dunia sebagai siri filem yang menjalankan penggambaran paling lama secara berterusan dengan 90% pelakon yang sama bermula tahun 2000 hingga tahun 2010. Pelakon cilik yang dari kanak-kanak hingga mereka menjadi dewasa. Ada juga pelakon yang meninggal dunia ketika penggambaran dan perlu diganti untuk melakonkan watak yang sama. Siapa antaranya? Pelakon watak Professor Dumbledore untuk filem 1&2 (Richard Harris) telah meninggal dunia selepas filem ke-2 ditayangkan dan diganti pelakonnya (Michael Gambon) untuk siri…

Pelakon kanak-kanak filem Harry Potter dahulu dan sekarang: Harry, Hermione, Ron, Draco, Luna, Neville

Sudah 19tahun legasi filem Harry Potter sejak mula ditayangkan pada tahun 2001 berdasarkan novel tulisan J.K Rowling. Buat para pelakon, zaman kanak-kanak mereka penuh bersama penggambaran filem Harry Potter yang mengambil masa sehingga 10tahun untuk 8buah filem penuh magis sehingga tahun 2011. Kini mereka sudah dewasa. Mungkin ada antara kita yang sebaya mereka dan telah menjadi ibu dan ayah, tetapi masih meminati filem & bukunya. Novel Harry Potter sendiri telah lebih dari 20tahun umurnya, tetapi masih diminati oleh pelbagai lapisan umur. #1 Daniel Radcliffe sebagai…