#1 Penggambaran filem ini mengambil masa selama 10tahun!

Ia mungkin mencatat sejarah dunia sebagai siri filem yang menjalankan penggambaran paling lama secara berterusan dengan 90% pelakon yang sama bermula tahun 2000 hingga tahun 2010. Pelakon cilik yang dari kanak-kanak hingga mereka menjadi dewasa. Ada juga pelakon yang meninggal dunia ketika penggambaran dan perlu diganti untuk melakonkan watak yang sama. Siapa antaranya? Pelakon watak Professor Dumbledore untuk filem 1&2 (Richard Harris) telah meninggal dunia selepas filem ke-2 ditayangkan dan diganti pelakonnya (Michael Gambon) untuk siri filem seterusnya hingga tamat filem ke-8.

Gambar: Google

#2 Para pelakon tidak tahu jalan cerita kesudahan siri filem ketika proses perfileman dijalankan.

Sebagaimana yang umum ketahui, 8-filem Harry Potter ini adalah adaptasi dari 7-buah siri novel Harry Potter. Ketika penggambaran dimulakan pada tahun 2000, novel Harry Potter baru sahaja hingga siri yang ke3 yang bertajuk Harry Potter and the Prisoner of Azkaban. Secara umum para pelakon hanya tahu kisah Harry Potter sehingga siri itu sahaja, bukan sehingga tamat keseluruhannya. Apa yang lebih menarik, J.K Rowling (penulis novel) merahsiakan jalan cerita dan kesudahan daripada semua semua pelakon malah pengarah-pengarah filem itu sendiri tidak dimaklumkan. Suaminya sendiri yang sentiasa menemaninya setiap hari ketika proses penulisan novel tersebut juga tidak beliau kongsikan tentang kisah kesudahan kisah Harry Potter. Tetapi ada seorang pelakon yang yang beliau beritahu! Siapa dan kenapa? Beliau adalah Alan Rickman yang memegang watak Professor Snape. Hanya beliau yang diberitahu pengakhiran cerita agar beliau boleh menghayati wataknya dengan baik sepanjang penggambaran. Wah…hampir 10tahun menyimpan rahsia. Ia pasti tak mudah bukan?

Gambar: youngupstarts.com

#3 Semua pelakon kanak-kanak perlu buat gigi palsu!

Maklumlah, penggambaran melibatkan lebih 20orang kanak-kanak lingkungan umur 10tahun, memang umur gigi nak luruh. Jadi semua kena jumpa doktor gigi, buat acuan gigi palsu siap-siap sebagai persediaan untuk penggambaran yang makan masa bertahun-tahun. Mana tahu ada yang tercabut gigi, terus boleh buat gigi palsu supaya gigi mereka kelihatan seperti yang sepatutnya di dalam filem.

Gambar: Warner Bros./IMDb

#4 Daniel Raddcliffe sebagai Harry Potter

  • Lahir pada 23 Julai 1989
  • Berusia 11tahun ketika mula-mula menjalani penggambaran yang mana merupakan umur yang sama dengan watak Harry Potter dalam filem.
  • Pernah membintangi beberapa filem lain sebelum Harry Potter, antaranya filem The David Copperfield memegang watak sebagai David Copperfield ketika kanak-kanak pada tahun 1999.
  • Sepatutnya memakai contact lens hijau untuk memegang watak Harry Potter yang ‘memiliki mata hijau ibunya’. Namun beliau mengalami iritasi yang teruk terhadap contact lens menyebabkan watak Harry Potter di dalam filem tidak dapat menjadi hijau sebagaimana yang digambarkan di dalam novel.
  • Mematahkan 80 batang wand sepanjang penggambaran kerana beliau suka mengetuk-ngetuk wand seperti kayu drum.
  • Memakai 160 pasang cermin mata sepanjang penggambaran kerana rosak. patah dan sebagainya.
Gambar: Pinterest
Gambar: Pinterest

#5 Emma Watson sebagai Hermioine Granger

  • Lahir pada 15 April 1990
  • Filem Harry Potter adalah lakonan pertama beliau. Sebelum itu beliau hanya pernah berlakon dalam pementasan sekolah sahaja.
  • Menghadiri ujibakat untuk watak Hermioine di sekolah ketika berumur 9tahun. Setelah J.K Rowling melihat kepetahan dan personalitinya dalam ujibakat, tanpa ragu beliau terus dipilih untuk watak Hermione.
  • Sepatutnya memakai gigi palsu untuk watak Hermioine yang ber’gigi kapak’ di dalam novel asal, tetapi apabila beliau memakainya untuk penggambaran, membuatkannya sukar untuk bertutur dengan jelas. Jadi watak Hermioine di dalam filem dan novel terdapat sedikit perbezaan pada paras rupa.
Gambar: YouTube Bright Side

#6 Rupert Grint sebagai Ron Weasly

  • Lahir pada 24 Ogos 1988
  • Bercita-cita ingin menjadi penjual ais krim ketika usia kecilnya.
  • Mempunyai minat dalam lakonan dan pernah menyertai beberapa pementasan di sekolah. Tiada pengalaman berlakon di kaca tv.
  • Ketika berumur 11tahun, terdapat iklan pencarian pelakon kanak-kanak di TV. Jadi beliau menghantar rakaman beliau menyanyi rap dengan berpakaian kanak-kanak perempuan, dan melafazkan beberapa dialog untuk watak Ron.
  • Sifat humor beliau menyerlah. Malah menurut panel ujibakat, beliau tidak perlu berlakon untuk menjadi Ron kerana ia seperti sangat semulajadi sebagai Ron. Maka beliau terpilih untuk memegang watak Ron Weasly.
  • Fobia dan takut terhadap lahah-labah. Ketakutannya di dalam filem Harry Potter ketika adegan bersama lahah-labah itu bukan lakonan. Beliau benar-benar takut!
Gambar: tenor.com

#7 Tom Felton sebagai Draco Malfoy

  • Lahir pada 22 September 1987
  • Tiada kena mengena dengan pemilik jenama barangan plastik-Felton yang terkenal di Malaysia.
  • Pernah membintangi iklan dan beberapa buah filem sebelum berlakon untuk filem Harry Potter. Antara filem yang terkenal lakonannya ialah Anna and The King sebagai Louis (anak Anna) yang pernah menjalani penggambaran di Malaysia!
  • Menghadiri ujibakat untuk watak Harry Potter & Ron Weasly, tetapi diberikan watak Draco Malfoy.
  • Terpaksa melunturkan warna rambut setiap 10hari sepanjang 10tahun penggambaran! Ini kerana rambut asalnya bewarna coklat. Rambut watak Draco Malfoy bewarna putih. Beliau perlu sentiasa mewarnakan rambutnya sepanjang 10tahun penggambaran!
Gambar: Girllfriend.com
Gambar: Shopee Malaysia

#8 Evanna Lynch sebagai Luna Lovegood

  • Lahir pada 16 Ogos 1991
  • Tidak pernah berlakon sebelum membintangi filem Harry Potter.
  • Tiada sebarang pengalaman berlakon, tetapi terus diberikan watak sebagai Luna Lovegood. Bagaimana itu boleh terjadi?!
  • Evanna pernah berada di dalam wad untuk jangka masa yang lama akibat masalah kesihatan. Ketika itu novel-novel Harry Potter adalah temannya di wad dan sangat meminati karya J.K Rowling tersebut.
  • Evanna menulis surat kepada J.K Rowling. J.K Rowling membalasnya dan mereka menjadi sahabat pena dan saling memberi kata-kata semangat (sewaktu itu Evanna masih sakit).
  • Ketika ujibakat untuk watak Luna diadakan, hampir 15,000 yang menyertai. Evanna adalah salah seorang daripadanya dan watak itu miliknya!
  • Menurut J.K Rowling, Evanna adalah satu-satunya pelakon yang mempengaruhi dan memberi inspirasi dalam penulisannya untuk novel Harry Potter. Maksudnya apa? J.K Rowling waktu tulis cerita Harry Potter, dia akan tulis ikut suka dia lah kan. Tapi Evanna ni antara inspirasi dia waktu dia nak karang cerita. Erti kata lain, mungkin kalau watak Harry Potter, Hermione, Ron semua tu memang watak khayalan J.K Rowling sendiri, tapi waktu dia nak kembangkan watak Luna Lovegood tu dia memang bayangkan Evanna. Jadi watak Luna tu memang real adalah Evanna. Lebih kurang macam tu lah.
  • Watak Luna Lovegood mula diperkenalkan di dalam filem ke5, Harry Potter and the Order of the Phoenix. Luna dikatakan mungkin lebih pandai dari Hermione.
Gambar: Wizarding World

#9 Matthew Lewis sebagai Neville Longbottom

  • Lahir pada 27 Jun 1989
  • Mula berlakon dari umurnya 5tahun!
  • Pernah membintangi beberapa buah filem lain sebelum berlakon untuk filem Harry Potter.
  • ‘Gigi Kapak’ di dalam filem itu bukanlah gigi sebenar. Beliau memakai gigi palsu untuk watak tersebut.
  • Namun begitu, gigi asli beliau juga tidak begitu cantik. Tetapi pihak produksi melarangnya untuk membuat sebarang rawatan mencantikkan gigi sehingga tamat 10tahun penggambaran! – ya, walaupun beliau semestinya mampu untuk membuat rawatan yang terbaik kerana banyak duit hasil berlakon filem dah bertahun-tahun.
  • Menurut beliau, bayangkan di set penggambaran ramai pelakon dan gadis-gadis cantik. Ketika dia dah meningkat remaja. Tapi jadi remaja lelaki yang tak hensem, tak menarik sebab gigi dia tak cantik. Dia nak repair gigi produksi tak bagi. Kesian, nak ngorat awek cun semua melepas lah kan. Itu bukanlah suatu perasaan dan pengalaman yang menyoronokkan, kata beliau. Nak tengok beliau yang terkini? boleh klik di sini. Dah hensem tau!
  • Lebih menyayat hati, gegendang telinganya pernah pecah akibat tertusuk wand Bellatrix Lestrange ketika sesi penggambaran. Aduh, pasti sakit!
Gambar: Pinterest
Gambar: Zimbio

 

#10 Daniel, Emma, dan Rupert kena buat karangan!

Ketika memulakan penggambaran filem Harry Potter and the Prisoner of Azkaban, mereka telah menerima pengarah baru (Alfonso Cuaron) untuk filem tersebut. Jadi beliau meminta Daniel, Emma, dan Rupert untuk menulis essei/karangan tentang watak yang mereka pegang untuk membolehkan beliau lebih memahami watak-watak tersebut seterusnya menilai tahap penghayatan mereka dengan watak masing-masing. Hasilnya;

  • Daniel: Menulis karangan satu muka surat menerangkan tentang wataknya.
  • Emma: Menulis 16 muka surat!
  • Rupert: Tak buat. “Hahaha…dia memang ‘Ron’ yang sebenar” – kata Cuaron.

Hasil dari ‘tugasan karangan’ ini memang menyerlahkan betapa mereka benar-benar seperti watak yang mereka bawa. Daniel sebagai Harry yang bersahaja, Emma sebagai Hermione seorang pelajar yang sangat tekun, rajin, dan bersungguh-sungguh (kadang berlebihan), dan Rupert sebagai Ron yang memang takde lah nak pikir banyak-banyak, nak buat benda susah-susah. Ini mebuatkan Rupert antara pelakon yang sangat unik kerana dia memang tak perlu berlakon sebagai Ron, tapi dia memang Ron yang sebenar!

Gambar: Reddit

Anda ingin melihat koleksi gambar pelakon-pelakon cilik ini dari dulu hingga sekarang? Boleh klik di sini atau tonton lah video di bawah ini!

Jemput Subscribe YouTube Channel kami untuk pelbagai perkongsian lagi!

Jangan lupa share juga okey?

Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.

Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *