Duyufurrahman [Umrah Part 4] – Mekah & Kepulangan

HARI KE-EMPAT DI MEKAH
(21 FEB 2015)

Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran Hakim yang ke-26. Alhamdulillah kerana tahun ini kami berdua dapat menyambut ulang tahun di tanah suci. Saya menyambut ulang tahun yang ke-28 di Madinah pada 16 Feb 2015 yang lalu, Hakim pula di Mekah ini. Hari ini kami akan mengerjakan umrah untuk kali ke-3. Selepas makan tengah hari, sekitar jam 2.30pm kami berkumpul di lobi hotel untuk ke Taneem, bermiqat.
Ketika berkumpul di lobi hotel sebelum ke Taneem untuk bermiqat.
|Doa untuk anak|
Alhamdulillah, doa ini diajar oleh mutawif kami, ustaz Solah ketika mengerjakan umrah baru-baru ini. Hampir setiap kali dia nampak Wafiy, tak kira waktu, walaupun kami sedang mengerjakan saie, hinggalah hari terakhir nak berangkat pulang ke Malaysia di airport Jeddah, ustaz pasti membacakan doa ini dan tiup ke ubun-ubun Wafiy.
Katanya, Doa ini telah di bacakan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada Abdullah Ibnu Abbas ketika beliau masih kecil sehingga menjadi ilmuwan Islam yang tersohor.
Ustaz juga pesan, bacalah doa ringkas ini tak kira waktu..jadikan zikir..masa main2 dengan anak..moga anak menjadi orang alim, yakni org yg berilmu agama yg tinggi, faham Al-Quran. Insyaallah.
Ini adalah terowong bawah tanah di bawah dataran Masjidil Haram. Di sini tempat menunggu teksi untuk ke miqat. Orang lain juga jika naik teksi mahu ke Masjidil Haram akan turun di sini.
Permandangan ketika dalam perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjid Taneem untuk bermiqat.
Papan tanda Masjid Taneem atau dikenali juga sebagai Masjid Aisyah kerana Saidatina Aisyah, isteri Rasulullah akan bermiqat di sini jika ingin mengerjakan Umrah.

 

Ketika kami masih di Masjid Taneem, masuk waktu Asar. Jadi saya terus menunaikan solat Asar di situ. Tapi ustaz sarankan untuk solat di Masjidil Haram kerana ganjaran di sana berlipat kali ganda. Jadi ada jemaah yang tidak solat di sini. Mak, ayah, dan Hakim juga solat Asar di Masjidil Haram. Setelah semua selesai berniat ihram dan umrah, kami kembali ke hotel. Saya seperti biasa akan membersihkan Wafiy agar dia bebas najis.

Kali ini kami memulakan tawaf kira-kira jam 6petang. Ketika selesai pusingan tawaf yang ke-5, Azan Maghrib berkumandang. Jadi kami berhenti solat berjemaah di atas mataf. Wafiy dah tertidur, jadi mudah untuk saya solat bersama dengan yang lain. Kami meneruskan dan menyelesaikan tawaf kami setelah solat Maghrib.
Ketika Saie pula, azan Isya pula berkumandang. Kami berhenti bagi menghormati waktu solat. Ramai juga yang ikut berjemaah di kawasan Saie. Namun demikian, kita harus tahu bahawa kawasan Saie bukanlah sebahagian dari Masjidil Haram. Ia tidak dikira sebagai kawasan masjid. Jadi kita akan terlepas ganjaran 100,000 kali ganda jika solat di situ walaupun bangunannya bersambung dengan Masjidil Haram dan sangat hampir. Jadi, jika anda sedang mengerjakan Saie, dan tiba-tiba masuk waktu solat, keluarlah dari kawasan Saie dan solatlah di dalam masjid πŸ™‚
Sekitar jam 8.40malam kami selamat bertahalul dan selesailah umrah ke-3 kami. Alhamdulillah. Kami tak terus pulang ke hotel dengan segera. Dengan santai, kami beri peluang Wafiy ‘berSaie’ pula. Sebelum ini dia hanya dalam baby carrier saja. Biarlah dia merasai berjalan di atas marmar yang indah lagi dingin ini pula :-p
Wafiy berSaie sambil diawasi Paklangnya, Hakim. Orang Saie Safa ke Marwah, dia terbalik :p
Banyak berlari-lari anak, singgah minum air zamzam di dalam masjid sebelum pulang ke hotel. Ini tong air zamzam, memang sangat banyak dan kita boleh minum sepuasnya. Ada pilihan untuk air zamzam sejuk atau suhu bilik. Isilah ke dalam botol untuk bawa dan minum di bilik nanti.

 

HARI KE-LIMA DI MEKAH
(22 FEB 2015)
Hari ini kami di bawa ziarah ke Muzium, Penternakan Unta di padang pasir dan Masjid Hudaibiyah oleh agensi umrah kami, Pens Travel. Kami pulang semula ke hotel sebelum waktu Zuhur.


#MUZIUM

Muzium ini mempamerkan tentang sejarah pembangunan dan pembesaran Masjidil Haram & Masjid Nabawi. Sangat menarik kerana terdapat gambar-gambar lama masjid, peralatan asli yang pernah digunakan, acuan pembinaan, dan pelbagai lagi.
Ini adalah model yang disahkan sebagai model Masjidil Haram yang sedang dalam proses pembesaran dan pengubahsuaian. Insyaallah kerja-kerja tersebut akan selesai pada 2018, dan inilah bakal rupa Masjidil Haram nanti.
Dibelakang saya adalah sangkar telaga zam-zam yang asli pernah digunakan untuk menutup telaga zam-zam yang berada di dalam Masjidil Haram. Kini telaga tersebut telah tiada dan di ratakan. Pihak Saudi telah memasang paip di bawah tanah untuk menyalurkan terus air zamzam untuk diminum atau diedarkan.

 

#PENTERNAKAN UNTA
Seterusnya kami ke tempat penternakan unta untuk melihat sendiri unta dan minum susu unta segar yang baru diperah, terus diminum. Suasana padang pasir agak berangin, jadi awas, jaga mata dari termasuk habuk/pasir dan kawal pernafasan πŸ™‚
Inilah dia penggembala unta :p Dia baru perah susu unta, dan tuangkan ke dalam botol dengan harga SR5 sebotol. Nak minum terus di situ pun boleh, free, tak perlu bayar. Tapi share-share bekas la dengan prang lain πŸ™‚
Pagi ni Wafiy memang tidur lena. Untung pakai baby carrier, tak mengganggu tidurnya walaupun kita ke sana-ke mari, naik turun bas. . Dia tetap tidur dengan tenang πŸ™‚
Inilah antara suasana penternakan unta yang kami singgah.

 

#HUDAIBIYAH
Destinasi berikutnya adalah Hudaibiyah, tempat yang terkenal dalam sirah Islam berkaitan Perjanjian Hudaibiyah. Inilah tempatnya. Kini telah dibina sebuah masjid baru di sebelah tapak lama Masjid Hudaibiyah. Di sini juga adalah Miqat bagi yang ingin mengerjakan umrah. Ada jemaah kumpulan kami bermiqat di sini untuk melengkapkan umrah ke-tiga mereka. Ada juga yang ingin bermiqat untuk umrah ke-empat. Memandangkan kami baru sahaja melaksanakan umrah ke-tiga semalam, Hari ini kami tidak lagi bermiqat untuk Umrah. Alhamdulillah kami telah buat 3 kali umrah, dan akan buat Tawaf Wida atau Tawaf Selamat Tinggal sahaja nanti sebelum berangkat pulang esok.
Atas: bangunan asal Masjid Hudaibiyah. Bawah: Bangunan baru. Miqat untuk umrah.
Sekitar Masjid Hudaibiyah banyak juga yang berjualan. Belilah jika berkesempatan, kerana kita mungkin tak sempat nak mencari-cari di sana, masa terlalu mencemburui kita. Jadi kalau terjumpa orang jual, terasa nak beli, beli saja. Setiap duit yang kita belanjakan di sana adalah ibadah walaupun hanya air untuk kita minum sendiri. Insyaallah mendapat ganjaran.

 

Hudaibiyah ini destinasi ziarah kami yang terakhir. Kami tiba semula diperkarangan dataran Masjidil Haram sebelum waktu Zuhur.
Masjidil Haram yang pasti dirindui~
Selepas solat Zuhur kami rancang untuk makan tengah hari di Safwa Tower. Sejak di sini kami belum pernah makan di luar. Semuanya makan di hotel sahaja. Memandangkan hari ini hari terakhir kami di sini, apa salahnya mencuba yang lain pula πŸ™‚
Ini adalah penapis habuk yang terkecil di dunia. Amat berguna ketika di Mekah kerana di sini agak bedebu.
Kami makan di foodcourt Safwa Tower. Dapat juga merasa makanan arab di shopping mall arab ni :p Harga agak mahal. Tapi sejak di sini ini kali pertama dan terakhir kami nak makan di luar, jadi tak mengapalah πŸ™‚
Kami sekali lagi ke belakang menara jam untuk membeli apa yang perlu untu dibawa pulang ke Malaysia. Kali ini Pak Lang Hakim carry Wafiy dengan Bobita Gen2 πŸ™‚
Ini antara kedai di sana yang menjual pelbagai jenis kurma, kismis, dan coklat arab.
Inilah kebiasaan Wafiy kalau dah tertidur dalam carrier. Balik ke hotel, letak di katil pun tak sedar. Senang pakai carrier ni, lembut. Jadi takda masalah kalau anak tidur diatasnya πŸ™‚

 

Sebelah malam, setelah solat Isya dan makan malam di hotel, kami ke Safwa Tower sekali lagi untuk last minute shopping. Sebenarnya memang letih dan tak larat nak keluar masuk kedai lagi. Tapi kami masih perlu belikan sesuatu sebagai buah tangan dan ianya sunnah. Jadi kami gagahi jua.
Antara kedai di Safwa Tower: Jubah wanita, lelaki, kanak-kanak, dan minyak wangi. Harga berpatutan dan boleh ditawar. Kebanyakan pekerja kedai boleh berbahasa melayu πŸ™‚
Setelah selesai membeli apa yang perlu, kami berniat untuk beriktikaf di Masjidil Haram untuk kali terakhir pada malam ini. Sekitar jam 11malam, kami melangkah masuk ke masjid dan memilih tempat yang paling dekat dan jelas dapat melihat Kaabah. Kami duduk, solat sunat, mengaji, berzikir dan berdoa. Selebihnya duduk merenung Kaabah. Sesungguhnya ada beberapa perkara di dunia ini diberi ganjaran pahala dengan hanya melihat sahaja, iaitu antaranya Kaabah. Selain itu, wajah kedua orang tua kita dan Al Quran. Hanya dengan melihatnya, kita telah diberi ganjaran pahala oleh Allaw s.w.t. Siapa yang tidak mahu melepaskan peluang memperoleh pahala dengan cara termudah ini. Kami duduk di hadapan Kaabah selama mana yang kami mahu. Ini malam terakhir kami di rumah agung ini. Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa kami.
Kedamaian yang tak terungkap dengan kata-kata apabila kita berhadapan dengan Kaabah, kiblat kita kini di depan mata.
Kota Mekah ini memang sangat mendamaikan buat Wafiy. Dia tidak banyak memberi masalah dalam urusan ibadah kami. Alhamdulillah, Allah telah aturkan yang terbaik sepanjang 10hari kami di tanah haram.
Malam itu kami di masjid sehingga sekitar jam 1pagi. Pulang ke hotel, kami mula packing, kerana esok pagi, jam 10 kami perlu meletakkan semua bagasi di lobi sebelum melaksanakan tawaf wida atau tawaf selamat tinggal. Walaupun letih, malam itu terasa sukar melelapkan mata kerana sedih, ini malam terakhir kami di sini. Entah bila kami berpeluang ke sini lagi. Moga Allah segera menjemput kami semula sebagai Duyufurrahman kelak. Selamat Malam Mekah.
HARI KE-ENAM DI MEKAH – KEBERANGKATAN PULANG
(23 FEB 2015)
Seperti yang dimaklumkan oleh pihak Pens Travel, kami perlu mengumpulkan semua bagasi pada jam 10pagi dan terus melaksanakan Tawaf Wida atau Tawaf Selamat Tinggal setelah itu. Jadi, selepas sarapan pagi kami teruskan packing bagasi dan barang-barang. Ia bukan sesuatu yang mudah :p
Selamat tinggal sarapan enak Mekah.
Wafiy pun dah siap dengan jubah baru. SR12 aje. Kalau di Malaysia mau RM40-50 ni πŸ™‚
Gambar ini diambil setelah saya selesai tawaf wida. Selamat tinggal Kaabah. Moga kami dapat datang lagi.
Selamat tinggal Retaj Albayt. Terima kasih atas servis yang baik buat kami selama di sini.

 

Selepas semua ahli kumpulan jemaah kami pulang dari melaksanakan Tawaf Wida, Kami makan tengah hari untuk terakhir kali di hotel dan check-out. Kami bergerak meninggalkan hotel sekitar jam 3petang dan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah yang sekitar 114km dari Kota Mekah. Apabila tiba di Jeddah, kami tidak terus ke lapangan terbang. Ustaz Solah, mutawif kami meminta driver bas untuk bawa kami ke sekitar kota Jeddah. Kami dibawa melewati Laut Merah dan Makam Hawa. Setelah itu kami meneruskan perjalanan sekitar 30km dari kota Jeddah ke lapangan terbang. Sekitar jam 5.30petang kami selamat tiba di terminal perlepasan umrah dan haji.
Sebaik saja tiba di lapangan terbang, bagasi kami dimuatkan ke dalam troli bersangkar ini πŸ™‚
Setelah Wafiy berlari ke sana ke mari, akhirnya ada mak arab bagi coklat, baru dia nak duduk diam. Terima kasih juga Pak Lang Hakim, tabah kejar Wafiy yang ligat ini πŸ˜‰

 

Setelah masuk waktu Maghrib sekitar jam 6.30pm, kami solat Jamak Takdim di surau lapangan terbang. Kemudian, kami makan malam terakhir di lapangan terbang ini, disediakan oleh pihak Pens Travel. Sekitar jam 8malam kami beratur di kaunter imigresen dan seterusnya menanti keberangkatan pesawat yang dijadualkan jam 9malam dari Jeddah ke KLIA dengan pesawat MAS. Tiada kata-kata yang dapat saya gambarkan bagaimana perasaan tatkala ini. Rasa bahagia kerana telah dijemput Allah untuk bertamu dibumi yang dimuliakannya. Namun terselit rasa hiba kerana belum tahu bila lagi akan dijemput lagi ke sini. Walaibagaimanapun, saya tetap bersyukur yang tidak terhingga atas rezeki ini. Moga nanti saya dapat kembali lagi ke sini bersama suami pula. Insyaallah πŸ™‚ Penerbangan pulang kami mengambil masa sekitar 8jam 45minit. Perjalanan malam itu lancar tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah.
TIBA DI KLIA, MALAYSIA
(24 FEB 2015)
Alhamdulillah, pesawat kami mendarat dengan selamatnya di KLIA sekitar jam 10.45pagi. Selepas semua ahli jemaah kumpulan kami mendapat bagasi dan air zamzam masing-masing, kami pun bersalaman untuk berpisah pulang ke rumah masing-masing. Moga kami diberi peluang bertemu lagi dan mempererat silaturrahim. Moga umrah kita semua mabrur, Insyaallah.
“To all Malaysians, welcome home” – MAS

 

Sekianlah entri saya tentang perjalanan umrah kami pada 14-24 Februari 2015 yang lalu. Moga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak informasi berguna bagi bakal jemaah umrah yang akan datang. Bagi yang pernah mengerjakan umrah, ini mungkin catatan memori yang hampir sama dengan pengalaman kalian yang merupakan kenangan terindah buat kita semua. Insyaallah πŸ™‚
p/s: bagi yang ingin membaca entri-entri lepas berkaitan umrah ini, boleh ke link-link dibawah:
*Kalau minat nak cari baby carrier macam saya, boleh ke FB PAGE Bobita Baby Carrier – Malaysia.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA, MARI KITA BERDOA AGAR KITA SEMUA DAPAT KE TANAH SUCI YA πŸ™‚ INSYAALLAH.

Video kenangan kami ketika di Mekah πŸ™‚
Nak mudah umrah bersama anak kecil? lawatiΒ www.markassikecil.com.myΒ untuk pelbagai kelengkapan travel yang bermanfaat!
Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *