Sarapan di Taman Tun Sardon

Astaka Taman Tun Sardon memang telah menjadi tumpuan sarapan pagi warga Pulau Pinang sejak sekian lama. Tapi kini, para pelancong dari luar turut telah menjadikan Taman Tun Sardon sebagai destinasi sarapan ketika bercuti di Pulau Pinang. Dengan aneka pilihan makanan seperti serabai, nasi lemuni, mi sotong, pelbagai kuih muih dan pelbagai lagi pasti menggamit selera. Tidak hairanlah banyak rancangan TV, artis popular turut singgah ke sini untuk menikmati sarapan di sini. Anda boleh lihat plat Jalan-Jalan Cari Makan, TV3 di kedai-kedai terpilih menunjukkan team produksi tersebut pernah membuat liputan di sini πŸ™‚
Alhamdulillah, cuti hari pekerja baru-baru ini kami berpeluang sekali lagi bersarapan di sini sekali lagi. Seawal jam 7.45pagi astaka Tun Sardon ini telah dibanjiri pengunjung. Jadi jika anda berkereta, tabahlah untuk mencari parking. Kami pagi itu hanya bermotorsikal. Itupun agak sukar juga nak cari parking. Jadi anda boleh bayangkan bertapa tempat ini memang diminati ramai untuk bersarapan :-p
Ini lah dia astaka Taman Tun Sardon, tak ada sign board, tapi jika guna google map senang aje nak jumpa. Ia terletak bersebelahan Pasar Taman Tun Sardon.
Jika dari AbbyJay Homestay, perjalanan cuma mengambil masa sekitar 13minit untuk sampai ke sini.
Kali ini kami memilih untuk memulakan sarapan kami dengan Nasi Lemuni. Tengoklah tu, pelbagai pilihan nasi dengan harga yang murah.
Ini dia Nasi Lemuni sambal bilis dan telur. Kalau di KL, memang tak pernah nak merasa makan macam ni. 29tahun hidup, ini pertama kali cuba. Hehe… Antara menu rare yang patut anda cuba.
Ini pula Nasi Lemuni Gulai Daging. Nampak menyelerakan betul tak?
Seawal jam 7.45pagi, Wafiy masih tak sedarkan diri. Maklumlah pergi taska pun selalunya dibangunkan pukul 8.30pagi macam tu :-p Jadi, dari katil, kami angkat dia, masuk dalam carrier tak sedar langsung. Kalau nak tahu, baby carrier ni dari jenis yang ergonomik (jenama Bobita), jadi bila anak digendong dalam ni, mereka berasa seperti dakapan ibu secara semulajadi. Jadi memang sedap. Kita yang pakai pun selesa. Anak tidur pun kita relax boleh makan, dan guna kedua-dua tangan kita. Ada baby carrier dah tolong ‘pegangkan’ anak. Mudahkan? Jadi kalau ibu ayah dengan anak kecil nak bercuti, amatlah disarankan untuk pakai baby carrier yang selesa macam ni. Walaupun dah 11kg, 2tahun 7bulan macam Wafiy ni, kita still relax. Tak lenguh-lenguh nak ampu dia tidur πŸ™‚ Nak carrier macam ni? Boleh visit FB Page Rasmi Bobita Baby Carrier Malaysia.
Kami pilih meja untuk duduk kebetulan depan gerai ni. Ada char kuew tiaw. Ada dua pilihan, nak yang kering atau yang basah.
Suami saya pilih char kuew tiaw kering. Rare sikit kan? Tapi rasanya memang sedap. Berbaloi. Anda patut cuba juga πŸ˜‰
Kuih-muih memang macam-macam jenis. Memang rambang mata nak pilih. Semua kuih ni total RM4. OK la kan? πŸ™‚
Saya dah siap makan, sambil tunggu suami habiskan minumannya, Wafiy dah buka mata sikit. Jom la selfie satu :p
Ini antara suasana di sini. Orang beratur panjang nak beli serabai istimewa ni. Memang terkenal. Ia di makan dengan kuah seri kaya yang dibuat sendiri oleh mereka. Dah pernah masuk TV3, rancangan JJCM tau πŸ˜‰
Ini gambar lama sebenarnya, dulu dah pernah ke sini makan serabai. Tapi ini serabai kedai lain. Tetap sedap. Anda patut cuba juga πŸ˜‰
Ini antara koleksi gambar sarapan di sini. Sumber: google.
Ini pun gambar lama. Niat nak makan ni juga pagi tu, tapi tak buka pula gerainya. Mee Sotong Tun Sardon ni biasanya dibuka sepanjang hari, tidak terhad hanya pada waktu sarapan πŸ˜‰
Sekianlah informasi dan pengalaman yang dapat saya kongsikan pada entri ini. Oh ya. Astaka Taman Tun Sardon ini ditutup pada hari Rabu ye. Manakala pada hujung minggu (Sabtu & Ahad) adalah hari yang paling meriah sekali.
Selamat bercuti dan menjamu selera di Pulau Pinang πŸ˜‰
Nak beli barang baby? LayariΒ www.markassikecil.com.myΒ untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *