Entri ini tentang hari ke-2 kami di Hatyai dan berjalan-hingga ke Songkla. Untuk kisah keberangkatan kami dan hari pertama kami di Hatyai boleh tengok di entri ini: Makan Angin di Hatyai & Songkla (Part 1). Untuk cerita makan di mana yang menarik boleh tengok di sini: Makan-makan di Hatyai & Songkla. Manakala review tentang hotel yang kami menginap di entri ini: Review: Hotel P-Residence – Hatyai, Thailand.
Kami mulakan hari ini pada jam 9pagi (waktu Thai). Di perkarangan hotel, Kami menunggu driver van tour yang telah kami tempah dengan harga 1500Baht untuk melawat Hatyai & Songkla hari ini, 16 Ogos 2015 (Ahad).
Di perkarangan hotel yang comel.
Ruang reception hotel. Pekerja hotel sedang bantu kami telefon company pakej tour dan maklumkan kami sudah menungu. Bagus servis hotel ni. Lima Bintang kami bagi pada P-Residence 🙂 Nak travel senang? Pakai baby carrier yang best macam kami ok? Nak beli satu? klik di sini 🙂

 

Van tiba sekitar jam 9.15am. Mari kita mulakan!!! Selamat pagi Hatyai~
#1
TUKAR DUIT
Kadar tukaran wang di sini lebih baik dari di Malaysia. Jadi ada baiknya tukarlah di sini, iaitu Hatyai. Tidak semestinya cari money changer ni juga.
Tukar duit di money changer Hatyai. Pastikan duit Thai Baht anda mencukupi untuk perjalanan yang tenang :p

 

#2
SARAPAN DI KAK SAH MUSLIM KITCHEN (HATYAI)
Kami minta driver van kami, Winit namanya untuk bawa kami sarapan di sini. Pagi ini kami memilih untuk sarapan dengan roti telur dan minuman panas. Total 60Baht.
Kak Sah Muslim Kitchen: Sarapan Roti Telur 15Baht. Sedap, lain lah sikit dari roti telur di kedai mamak.

 

#3
HATYAI MUNICIPAL PARK
Kalau anda google image park ni, anda akan nampak patung budha yang pelbagai. Van tour kami bawa kami ke sini. Kami turunlah juga tengok-tengok. Menariklah juga, ada Laughing Buddha, ada kuil yang menempatkan patung 12ekor binatang ikut tahun seperti harimau, arnab, ular dan sebagainya. Di sini juga ada Hatyai Ice Dome. Tapi kami tak masuk, Wafiy pun kecil lagi. Takut dia tak tahan sejuk dan mungkin pun belum mengerti. Insyaallah nanti dia dah besar sikit, kami bawa dia ke Ice Dome pula 🙂
Antara permandangan menarik di kawasan temple.

 

#4
HATYAI CABLE CAR
Hatyai Cable Car ini sebenar sebahagian daripada Hatyai Municipal Park. Terletak nun jauh di atas bukit. Dari sini boleh melihat permandangan indah seluruh Hatyai dari atas. Terdapat juga temple dan patung Buddha emas yang besar dan tinggi di sini. Ini kali ke dua saya sampai ke sini. Dulu pada tahun 2012, bersama suami. Wafiy belum ada lagi. Pada masa itu cable car berfungsi dengan baik, tapi kami tak naik. Datang kali ini ia ditutup. Tidak pasti kenapa kerana keterangannya Bahasa Thai.
Tulisan Hatyai Cable Car: jangan lupa bergambar :p
Antara yang menarik: tulisan Thai itu bermaksud Hatyai 0km, Kuala Lumpur 950km dari sini. Nikmati permandangan indah.

 

Walaupun cable car tidak beroperasi, kafe anjung bukit ala-ala di Ladang Teh Boh Cameron Highland tetap buka. Jadi bolehlah duduk minum sambil nikmati permandangan.
Kafe di stesen cable car.
Bergambarlah di permandangan indah ini. Wafiy tak beri kerjasama, dia sibuk nak berlari :p
Ayah & anak. Menikmati keindahan Hatyai.

 

#5
CHANG PUAK CAMP (HATYAI)
Jika di Malaysia tempat ni umpama Kuala Gandah, Pahang; iaitu pusat konservasi gajah. Menariknya kita boleh menaiki gajah tour sekitar 30minit dengan bayaran 500Baht. Kami tak naik kalini, Insyaallah akan kembali untuk naik gajah bila Wafiy dah besar sikit. Selain dari gajah, terdapat pelbagai aktiviti lain seperti menunggang ATV, menembak dan lain-lain.
Entrance Chang Puak Camp, Hatyai.
Senarai harga aktiviti yang ditawarkan.
Pisang dijual dengan harga 100Baht untuk bagi gajah makan.
Bukan senang nak bagi gajah makan. Anak-anak pasti suka aktiviti ini.

 

#6
DRAGON SCULPTURE (NAG) – TIP OF SAMILA BEACH
Seterusnya, kira-kira 40minit perjalanan dari tempat gajah tadi, kami tiba di Songkla. Driver van bawa kami ke statue naga ini di mana ianya di hujung Samila Beach. Kami tidak lama di sini. Ambil beberapa gambar kenangan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
Dragon sculpture (Nag) – tip of Samila Beach

 

#7
SONGKLA AQUARIUM
Pukul 12pm tepat kami tiba di sini. Setelah membeli tiket (300Baht seorang untuk dewasa, Wafiy percuma), kami diiring terus oleh pegawai akuarium ke ruangan ‘The Unseen Show’ kerana pertunjukan baru bermula. Ia adalah satu pertunjukan oleh seorang juruselam di dalam sebuah akuarium yang sangat besar memberi makan ikan-ikan seperti jerung dari pari. Ada juga penyu. Juruselam tersebut turut menari mengikut muzik iringan ketika persembahan tersebut. Memang menghiburkan. Wafiy tak lekang menonton sekitar 15-20minit pertunjukan tersebut. Setelah pertunjukan selesai, barulah kami melawat ikan-ikan yang lain :p Oh ya… pertunjukan tersebut diadakan setiap satu jam. Jadi jika terlepas, akan ada pertunjukan berikutnya. Melawat akuarium ini satu yang berbaloi buat kami kerana Wafiy memang sangat sukakan ikan 🙂
Songkla Aquarium: 300Baht Dewasa, 200Baht Kanak-kanak.
The Unseen Show: Juruselam bagi makan dan menari dengan penyu 🙂
Wafiy memang suka ikan. Agaknya kalau duduk sini satu hari pun dia sanggup 🙂
Sebelum balik, kami sempat tengok show kali ke-dua dan bergambar dengan juruselam. Terima kasih Songkla Akuarium~ kami amat bergembira di sini 🙂

 

#8
SAMILA BEACH (SONGKLA)
Jika ke Songkla tidak sah jika tidak ke Samila Beach. Laut membiru, pasir memutih, dan langit nan cerah memberi permandangan yang sangat indah. Antara mercu utama pantai ini adalah patung duyung (mermaid). Apa sejarahnya saya tak pasti. Tapi jika ke sini, semua orang pasti bergambar dengannya :p Di bawah terang matahari jam 1.30pm, kami tak berlama-lamaan di situ. Kami melewati gerai-gerai yang menjual pelbagai cenderahati dan makanan ringan. Sambil menikmati bayu laut dan redup rimbun pepohonan…ewah :p
Tidak sah kalau ke Songkla jika tak jumpa si duyung ini :p
Saya beli fridge magnet di sini. Murah dari di Floating Market atau Hatyai. Belilah di Samila Beach, 4biji 100Baht. Jika di tempat lain saya lihat 3biji 100Baht. Nak senang travel, pakailah baby carrier macam kami ni ok?
Antara permandangan sekitar Samila Beach. Beg cuma 50Baht. Cantik-cantik. Ada juga telur bakar. Saya tak cuba. Menyesal pula :p

 

#9
SURAU (SONGKLA)
Sewaktu kami sedang mencari restoran muslim untuk makan tengah hari di Samila Beach, kami ternampak papan tanda seakan-akan surau. Jadi kami pun bertanya pada orang yang ada di situ. Rupa-rupanya memang surau. Dikendalikan oleh warga bukan Islam di situ. Untuk solat, seorang 10Baht. Jika hanya untuk guna tandas 5Baht. Kebetulan memang telah masuk waktu Zuhur. Jadi kami pun berehat dan solat di situ.
Inilah dia papan tanda surau tersebut. Memang lain macam sikit…hehe…tp ok lah, suraunya lengkap dengan telekung.

 

#10
RESTORAN BANG FALUK (SONGKLA)
Masih di Samila Beach, ada deretan restoran pesisir pantai. Tapi tidak banyak yang muslim. Mungkin cuma dua. Alhamdulillah dipertemukan dengan restoran ini. Total kami makan di sini 410Baht, tapi tauke bagi diskaun, jadi 400Baht. Untuk review lengkap tentang restoran ini boleh tengok di entri saya: Makan-makan di Hatyai & Songkla.
Duduk makan dengan permandangan indah Samila Beach, Songkla.
Tak pantailah kalau tak minum air kelapa :p

 

#11
TANG KUAN HILL LIFT (SONGKLA)
Sekitar jam 3.15pm driver van bawa kamu ke sini. Harga tiket tak mahal, 30Baht sahaja untuk dewasa dan 20Baht untuk kanak-kanak. Tapi kami rasa tak berminat nak naik, mungkin terlalu kenyang makan tadi, jadi rasa malas :p Kami konon-konon nak rehat bawah pokok, memang tersedia kerusi untuk orang duduk-duduk. Tapi di sini banyak monyet~!!! Mula-mula ok, Wafiy pun seronok tengok monyet-monyet tu. Tapi kerana Wafiy terlebih berani, dia nak kejar pulak monyet tu. Jadi mungkin mereka rasa terancam dan nak serang kami…monyet jantan yang garang kejar saya…fuh…memang penuh debaran… Kami cepat-cepat beredar 🙁
Inilah entrance Tang Kuan Hill Lift. Sumber gambar dari Google. Saya tak sempat nak tangkap gambar sendiri masa tu.
Inilah dia keluarga monyet yang rasa terancam dengan kami. Mereka lebih ramai dari dalam gambar ni :p

 

#12
KLONGHAE FLOATING MARKET (HATYAI)
Ini kali ke-dua kami ke sini. Semalam kali pertama :p Tapi semalam kami datang dengan tuktuk. Hari ini dengan van tour kami. Ini adalah destinasi terakhir kami untuk trip package tour kami. Kali ini kami tiba lewat sikit, sekitar jam 4petang. Untuk details review tentang floating market ini boleh baca di entri saya yang ini: Makan-makan di Hatyai & Thailand.
Sign board Klonghae Floating Market. Jangan lupa bergambar. Bukti kehadiran :p
Di Floating Market, Wafiy tidur lena dalam carrier 🙂
Suasana di floating market, kalau beli, dia sua bakul macam tu untuk bagi makanan dan kita pun letak duit dalam tu 🙂
Ini pun kawasan floating market. Kawasan jualan atas darat pun banyak.

 

#13
CIMB ATM (HATYAI)
Duit dah habisss :p Jadi kami pun minta driver bawa kami ke ATM CIMB untuk keluarkan duit. Jika anda ada akaun CIMB, setkan atm kad anda untuk pengeluaran antarabangsa sebelum ke luar negara. Tiada sebarang bayaran tambahan dikenakan. Tukaran wang lebih telus mengikut kadar tukaran wang semasa. Anda juga boleh menyemak baki dalam Thai Baht dalam akaun anda 🙂 Terima kasih encik driver van tour, Winit namanya. memang baik hati dan melayan kami satu hari dari pagi hingga ke petang. Kami tiba ke hotel sekitar jam 6.00pm 🙂
Inilah rupa slip dari ATM CIMB THAI. Memaparkan nilai Baht dan RM yang kita keluarkan. Untuk baki akaun dipaparkan di skrin atm.

 

#14

RESTORAN KAI TOD DECHA (HATYAI)

Malam ini kami makan malam di sini. Pergi sendiri, dengan tuktuk 40Baht dari Lee Garden. Malam ni kami nak cuba apa yang menarik lagi di sini. semalam kami makan tengah hari di sini, dah cuba nasi ayam pulut dan lain-lain. Review lengkap tentang restoran ini boleh baca di entri saya: Makan-makan di Hatyai & Songkla. Total kami makan malam ini 635Baht.
Ikan goreng sedap. Tak ingat apa nama menu ni. Tapi sedap. 400Baht.

 

Khaeng Som (asam pedas Thai) patut anda cuba. Di Malaysia sukar ditemui. 120Baht.

#15

ATM CIMB (HATYAI)
Kami kehabisan duit lagi…hehe..tapi memang kami keluarkan sikit-sikit aje. Sebab takut overspend. Budget la katakan :p Tidak jauh dari restoran Kai Tod Decha, pergi ke arah kanan, berjalanlah lurus hingga ke hujung akan ada ATM CIMB THAI. Jadi kami keluarkan 500Baht (RM58.85) sahaja lagi untuk belanja makan tengah hari esok dan beli apa-apa yang berkenan di hati 🙂
Muka gembira dapat keluarkan duit. Kalau tak, tak makan lah kami esok sampai balik Malaysia :p

 

#16
SEKITAR LEE GARDEN (HATYAI)
Setelah ada duit sikit, kami tengok-tengoklah di sekitar Lee Garden banyak yang berjualan di waktu malam, dari makanan, cenderahati, dan juga baju-baju. Kami dalam kerangka percutian budget, cuma fikir nak beli satu T-Shirt untuk Wafiy. Kami jumpa satu T-Shirt comel, ada tulisan Thailand, gambar gajah dan berlampu. Unik kan? Harga pertamanya 200 Baht, suami saya tawar, hinggalah dapat 100Baht sahaja. Alhamdulillah. Kemudian kami ke 7eleven berdekatan hotel untuk beli roti buat sarapan esok. Kemudian kami pun pulang ke hotel sekitar jam 9.15 malam dengan berjalan kaki, sekitar 6-7minit sahaja dari Lee Garden.  SELAMAT MALAM HATYAI. Nantikan entri saya tentang hari ke-3 dan terakhir di Hatyai.
Inilah dia baju berlampu tu. Comel kan? sesuailah untuk anak-anak yang sel otak sedang berhubung ni :p

 

Video amatur kami ketika di Hatyai & Songkla
Nak mudah travel bersama anak kecil? lawati www.markassikecil.com.my untuk pelbagai kelengkapan travel yang bermanfaat!
Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *