Hotel Review: P-Residence – Hatyai, Thailand.

Alhamdulillah trip kami ke Hatyai kali ini kami dipertemukan dengan Hotel P-Residence, Hatyai. Kami menempahnya dari Agoda.com dengan harga RM76 satu malam. Total untuk 2malam termasuk tax adalah RM186.
Hotel ini adalah hotel baru. Jadi kelengkapan hotel juga serba baru dan moden. Kami amat gembira dan berpuas hati menginap di hotel ini.
Memandangkan ianya hotel baru, kebanyakan pemandu tuk tuk mungkin tidak mengetahui lokasi hotel ini. Jadi, cetaklah alamat lengkap hotel yang diberikan oleh Agoda. Setelah anda tiba di hotel, ambillah kad nama hotel yang disediakan dan pastikan anda bawa ke mana-mana agar memudahkan untuk anda tunjukkan kepada pemandu atau bertanya pada orang jika tersesat.
Pekerja hotel juga amat membantu dengan boleh berbahasa Inggeris asas. Hotel ini tidak menyediakan sarapan, tapi lengkap dengan peti ais, set pemanas air, cawan dan gelas serta kopi 3in1. Jadi untuk sarapan ringan boleh lah juga beli roti di 7eleven yang berhampiran dengan hotel.
ย 

Lokasi hotel juga bagus. Satu minit berjalan dah sampai 7eleven. 6minit berjalan sampai restoran muslim seperti Restoran Salma. 7minit berjalan ke Lee Garden, pusat tumpuan di Hatyai. Selain itu mudah juga untuk dapatkan tuk tuk. Cuma perlu berjalan 20meter, akan sentiasa ada tuk tuk menanti di depan hotel The Bed.

Ada Wifi yang boleh diakses dalam bilik. Laju juga. Tiada masalah untuk berFB, Whatsapp, Google dan sebagainya. Bestkan? ๐Ÿ™‚
Ini antara yang dapat saya kongsikan tentang hotel ini:
Papan tanda hotel.
Bilik dilengkapi dengan katil saiz King, 2tuala mandi dan 1tuala muka. Tuala diganti setiap hari dan bakul sampah juga dikosongkan oleh house keeping. Bilik juga di kemas rapi. Sesuai sangat dengan kami yang ada anak kecil, sampah lampin segala. Bilik pun dibersihkan setiap hari, Pastikan anda meletakkan tanda di pintu bilik bahawa anda ingin bilik dikemaskan ye.
Balkoni comel yang menyeronokkan.
Balkoni inilah tempat kami sarapan setiap pagi dengan kopi panas dan roti. Sangat mendamaikan. Hotel juga tenang dan tidak bising kerana tidak menghadap jalan besar.
Dekorasi balkoni yang comel.
Tandas yang bersih dan moden. Lengkap dengan pemanas air dan jubin dinding yang ceria.
Hotel ini sangat pemurah plug. Di kiri kanan katil ada 4 plug. Jadi tak perlu nak berebut plug untuk charge segala Hp, kamera dan sebagainya. Walaubagaimanapun plug Thai tidak sama dengan kita di Malaysia. Jadi bawaklah adapter. Jika tiada, boleh minta dengan receptionist hotel. Kami minta satu je, seganlah nak minta banyak-banyak kan…jadi bergilirlah kami gunakannya. Kalau nak beli, 7eleven berhampiran juga ada jual, cuma 23 Baht, kurang dari RM3. Di sekitar Lee Garden juga banyak yang jual. Murah-murah saja. Masuk saja bilik, buka peti ais, ada 2botol air mineral. Esoknya house keeping tambah lagi 2botol.
Lobi: ruang menunggu.
Ini adalah lobi hotel. Comel aje. Ini adalah hotel bajet ye.
Antara dekorasi mini sekitar hotel.
Bahagian luar hotel.
Di hadapan hotel ada deretan mesin basuh berbayar. Bagi yang nak membasuh, tak ada masalah. Mesin ini sedia berkhidmat.
Ini adalah Voucher Agoda. Terdapat alamat lengkap hotel. Simpan dan bawalah ke mana-mana untuk memudahkan anda pulang ke hotel.
Kad nama hotel (depan).

 

Kad nama hotel (belakang) lengkap dengan peta.
TV plasma. Lengkap dengan pelbagai channel.

Sekian review saya tentang hotel ini, saya tak dapat komisyen pun promote hotel ini, cuma saya ingin membantu jika ada yang berniat nak ke Hatyai, hotel ini adalah antara yang baik yang anda boleh jadikan pilihan. Insyaallah.

Nak mudah travel bersama anak kecil? lawatiย www.markassikecil.com.myย untuk pelbagai kelengkapan travel yang bermanfaat!

Share

You Might Also Like

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *