Perkhidmatan Uber di Pulau Pinang (Sekarang GRAB)

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebelum ini saya tak pernah tahu kewujudan perkhidmatan Uber ni sehinggalah keluar berita di TV kekecohan tentang ketidakpuasan teksi-teksi terhadap Uber baru-baru ni. Jadi oleh kerana itu saya pun mula google tentang Uber ni. Orang kata ia lebih murah dan mudah. Jadi saya pun inginlah mencuba. Jadi review ini lebih kepada PENGALAMAN PERTAMA saya menggunakan perkhidmatan Uber di Pulau Pinang khususnya kerana saya tinggal di Pulau Pinang. Saya gunakan perkhidmatan Uber dari rumah kami untuk ke Lapangan Terbang Pulau Pinang dan kali ke dua adalah waktu dari Lapangan Terbang untuk pulang ke rumah kami.
Pertama sekali, downloadlah apps Uber di Google Store 😉
Bila buka google store, macam ni lah rupanya 😉
Setelah siap di download, Uber akan loading.
Lepas tu…taraa~ makesure anda on GPS/Location serta data/wifi untuk gunakannya. Sebab aplikasi ini memerlukan internet okey 🙂 Dari sini anda akan nampak berapa buah kenderaan Uber yang available di sekitar anda. Contoh macam dalam gambar di atas ni, cuma ada satu kereta. Kadang-kadang boleh dapat lebih banyak pilihan. Bergantung pada masa yang anda nak pakai Uber ni lah…maklumlah rata-rata pemandu Uber ni adalah part time driver sahaja.
Seterusnya, anda taiplah destinasi yang ingin anda tuju. Jadi secara langsung pemandu Uber ni dah tahu ke mana bakal penumpang ingin tuju. Jadi jika mereka mahu menghantar, mereka akan accept dan kita terus dapat tahu siapa yang akan datang menjemput kita berserta jenis kereta dan nombor plate sekali. Mudahkan? Kita juga boleh tahu lokasi mereka di mana dan anggaran berapa minit lagi mereka akan tiba di tempat kita. Oh ya… Perkhidmatan Uber ini adalah serta merta. Maksudnya kita tak boleh nak booking waktu. Contoh nak mereka jemput satu jam lagi misalnya, 6pm sedangkan sekarang baru 5pm. Tak boleh macam tu. Jadi korang jangan main-main tekan request tu. Sebab memang diorang akan datang terus serta merta. Jadi, bila korang dah betul-betul ready nak jalan/bertolak baru request Uber ni ok? So far tak lama pun, less dan 10minutes diorang dah boleh datang jemput. Contoh dalam gambar ni, 6minit aje 🙂
Kadang-kadang teknologi pun ada batasnya. Macam kes ni, gps signal lost. Jadi Uber driver ni taktau mana nak tuju. Dah dekat sangat dah dengan rumah kami sebenarnya. Tapi takde masalah, diorang boleh terus tekan call untuk call kita untuk tanya exact location. Uber apps detect ada problem sikit, jadi mereka pun bagi mesej ni pada kita untuk mohon maaf. Sejuk rasa hati :-p
Kami pun selamat menaki Uber ni. Kami pun sembang-sembang la dengan brader driver ni pasal best ke bawak Uber etc. Excited jugalah, sebab first time naik Uber. Sebelum ni kalau nak ke airport memang naik teksi aje lah. So, kami pun secara tak langsung bagitaulah kat driver tu yang kami ni first time naik uber 😉 Dia kata “Ooo ya ka? U boleh dapat diskaun RM10 tau kalau first time. U key-in ini code” ha, macam tu lah lebih kurang ayat dia :-p Dia pun bagi code diskaun tu, saya pun key in la. Tadaa~ dapat diskaun RM10. Bestnya 🙂
Sepanjang perjalanan pun kita boleh tengok secara live movement kereta kita dan anggaran lagi berapa minit nak sampai ke destinasi. Alhamdulillah, kami selamat sampai akhirnya walaupun jalan agak sesak, maklumlah peak hours, orang balik kerja. Jadi jam lah sikit 🙂
Inilah total akhir jumlah yang perlu saya bayar untuk trip kali ini. RM26.99 adalah berpatutan. Dengan servis yang cepat, harga ini lebih daripada baik bagi saya 🙂
Ini adalah ringkasan perjalanan pada hari tesebut. Ia di e-mailkan kepdada kita. Lengkap dengan masa bertolak dan masa tiba di destinasi. Baguskan?

 

Ini pula fare brakedown di mana segala charge di tulis secara terperinci. Jika anda perasan, normal fare sebenarnya cuma RM13.21. Namun kerana petang itu adalah waktu puncak, Uber akan meminta persetujuan dari awal, untuk dicaj 2.8kali ganda dari normal fare untuk menarik perhatian pemandu uber agar ingin membawa kita. Saya telah klik Agree. Dan walaupun telah dicaj 2.8kali ganda, harganya masih berpatutan.
************************************
PENGALAMAN KE-DUA
Setelah berpuas hati dengan pengalaman pertama, saya tidak ragu-ragu untuk menggunakan perkhidmatan Uber untuk kali ke-dua. Iaitu ketika ingin pulang ke rumah dari Lapangan Terbang Pulau Pinang. Ehh, kami bukan saja-saja pergi airport dan balik ke rumah untuk naik Uber, kami telah terbang ke KLIA2, untuk pulang ke rumah parents di Bangi. Di sana kami tak sempat nak guna Uber, kerana kami telah menaiki ERL Transit dan dijemput oleh keluarga di Terminal Putrajaya 🙂 Kami memang suka naik public transport :-p Meh nak share lah jugak sikit gambar-gambar masa travel menaiki kenderaan awam ni (AirAsia & ERL)
Kami selalu travel dengan Wafiy sejak dia masih bayi. Jadi penggunaan stroller agak sukar buat kami. Malah Wafiy pun tidak suka di stroller. Dia akan panjat dan turun dari stoller. Maka, sejak itu kami hanya menggunakan baby carrier sehingga kini (Wafiy sudah 2thn 8bulan) jika ingin ke mana-mana. Ia lebih praktikal, mudah, dan selesa. Tapi, pastikan ia baby carrier yang ergonomik dan selamat. Tak semua baby carrier sedap dan selesa di pakai seperti Bobita SSC ni. Walaupun Wafiy dan hampir 12kg beratnya, kita yang menggendong rasa anak lebih ringan dan tak lenguh atau sakit badan untuk dukung dalam jangka masa yang lama. Jadi travel dengan anak kecil lebih mudah dengan Bobita Baby Carrier ni 🙂
Nak juga baby carrier seperti ini? boleh KLIK DI SINI.
Kami jumpa Cheetah jinak lah di Stesen ERL KLIA2 ni :p
Mana Wafiy? dia sedang tidur dalam Baby Carrier Bobita dibelakang ayahnya. Mudahkan? Anak memang tidur lena kalau rasa badan kita. Jadi even anak tidur ke, berjaga ke, pergerakan kita tak terbatas. Kita tak risau, hati pun tenang 🙂
Ok, berbalik kepada pengalaman ke-dua kami menggunakan perkhidmatan Uber di Pulau Pinang 😉
Sesampainya kami di airport Penang, saya terus on apps Uber ni. Set ke mana destinasi, dan sekelip mata ada driver yang berdekatan yang sedia menjemput kami dalam tempoh seminit. Baguskan? Alhamdulillah 🙂
Trip kali ini sebelah malam, jadi jalan pun tak jam. Lengang. Cepat je sampai rumah 🙂
Taraaa~ dari airport ke rumah kami cuma RM8.27~!!! sangat murah. Kalau pakai teksi/limosin airport….siaplah atleast RM30++ okey…itu rate biasa yang kami sering bayar untuk pulang ke rumah dengan teksi. Beza banyak kann~ Kami nak bagi lebih pada En. Hasmizi ni, sebab rasa murah sangat pula nak bayar RM8.27 aje. Tapi dia menolak. Dia siap return lebih pulak. Menjadikan kami cuma bayar RM8 pada dia… Ya Allah, moga En. Hasmizi ini dimurahkan rezeki yang berterusan. Amin….
Ini fare breakdown yang di emailkan kepada saya. Happy nya boleh jimat dan servis pun tiptop 😉
Inilah serba ringkas pengalaman saya menggunakan perkhidmatan Uber di Pulau Pinang. Mungkin akan membantu anda yang mahu bercuti di Pulau Pinang tanpa kenderaan sendiri dan mungkin datang ke Penang dengan pesawat, bas, atau keretapi. Jadi buatlah pilihan yang bijak dan selamat untuk poket anda :-p
Selamat ber-Uber 😉
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *