Sekian lama dok dengar tentang roti canai Transfer Road, akhirnya kami dapat juga merasa. Sebelum ni tengok dalam TV aje, kali ni live depan mata. Nama pun roti canai, pastilah ia sinonim dengan sarapan pagi. Kami tiba di lokasi sekitar jam 7.45pagi. Mudah saja nak ke sini. Dengan kemajuan teknologi masa kini, type saja ‘roti canai jalan transfer’ di google map atau waze, anda akan dipandu arah dengan jayanya :p
Setibanya di lokasi, anda akan nampak banyak motor dan kereta parking tepi jalan. Deretan kerusi meja di laluan pejalan kaki dan atas jalan. Ya di situlah tempatnya. Carilah parking yang sesuai dan selamat ye.
Suasana di gerai Roti Canai Transfer Road
Roti Canai Transfer Road

Sebaik saja kami menghampiri gerai, kami di sapa mesra oleh uncle-uncle staff/owner untuk dapatkan tempat duduk. Waktu ni masih banyak tempat duduk kosong dan kami bebas memilih. Kami pilih untuk duduk di bahagian yang agak jauh dari pinggir jalan. Maklumlah dengan anak kecik macam Wafiy ni, dia bukan kira. Nanti main redah jalan pulak satu hal :p Ada juga ruang duduk yang lebih dalam, tapi kami tak tahu. Waktu nak basuh tangan baru nampak. Memang banyak tempat duduk. Kalau datang lewat, mungkin semua tempat duduk penuh.
Setelah duduk, uncle pun ambil order. Kami order satu set roti bakar, 1roti canai dengan kari ayam, 1roti canai dengan kari daging, dan 1roti canai kosong serta 2minuman panas.
Gerai Roti Bakar
Roti bakar. Specialkan? RM3.50
Roti Canai Transfer Road!!! Satu dengan gulai ayam. Memang seketul besar ayam dia letak dan satu lagi gulai daging. Memang puas makan.
Wafiy harini bangun awal :p
Muka bahagia dapat makan roti canai transfer road
Roti Canai Transfer Road. 1 of 1001 variety of food in Penang.

Walaupun nampak menu macam simple, tapi kenyang ya amat!!! Mungkin kerana ayam dan daging yang super banyak. Jadi memang sangat kenyang. Total kami makan semua sekali ialah RM19.50. RM3.50 untuk roti bakar dan RM16 untuk semua roti canai dan minuman. Setelah itu kami pulang ke hotel dengan amat kenyang. Alhamdulillah.
Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *