Review SSC Baby Carrier: Tugeda Chance & Bobita Gen2

Entri kali ini saya akan review secara peribadi antara SSC baby carrier Tugeda Chance dan Bobita Gen2. Kenapa saya nak bandingkan dua carrier ni? Sebab saya sebenarnya pengguna tegar Bobita Gen2, tak pernah ada SSC lain pun. Sejak anak saya masih bayi, sampai sekarang dah dekat 3tahun umurnya memang cuma pakai Bobita Gen2 hampir setiap hari. Tapi baru-baru ni saja tukar (swap) carrier dengan kenalan FB saya, dia hanya ada Tugeda Chance dan teringin nak merasa guna Bobita Gen2 sebab selalu tengok orang pakai, nampak macam best je katanya πŸ˜‰ Jadi, inilah kali pertama saya berpeluang nak buat reveiw antara dua buah baby carrier jenis SSC yang dalam kategori bajet yang ada di pasaran Malaysia. Dan yang terpenting, kedua-duanya adalah ergonomik, selamat dan selesa di pakai. Insyaallah πŸ™‚

Ini dia Tugeda Chance dan Bobita Gen2. Kedua-duanya adalah baby carrier jenis SSC dan ergonomik

 

#1 HARGA
Tugeda ada banyak variasi dan koleksi SSC nya. Iaitu Tugeda Air, Smart Street dan Chance. Walaubagaimanapun, yang termurah adalah Tugeda Chance di mana ia dijual dengan harga RM270 (tidak termasuk postage)Β sebagaimana boleh dilihat di laman web mereka,Β http://tugedacarrier.com.my/.
Bobita Gen2 pula hanya mempunyai satu jenis SSC sahaja. Tapi features nya adalah antara yang terlengkap di dunia. Wahhh… apa maksudnya? boleh baca dan lihat semuanya dalam entri review ini ya πŸ™‚ Harga pasaran untuk Bobita Gen2 ialah RM249 (tidak termasuk postage)Β sebagaimana boleh dilihat di FB page rasmi Bobita Malaysia, www.facebook.com/bobitamalaysia.
#2 SAIZ
Antara concern utama ibu bapa apabila ingin mememilih sebuah SSC adalah saiz body panel nya. Ada carrier yang baby/standard size, ada toddler size, malah ada yang pre-school size. Size-size ini adalah istilah umum yang digunakan. Walaubagaimana pun, saiz sebenar untuk sesebuah carrier itu tidak boleh digambarkan secara tepat sekadar dengan nama saiznya sahaja. Kerana, ada sesetengah carrier standard sizenya adalah sama besar dengan carrier jenama lain yang bersaiz toddler dan juga sebaliknya. Jadi yang terbaik, kita harus tahu saiz ukurannya yang sebenar iaitu yang dalam cm / inchi bagi lebar dan tinggi body panel sesebuah SSC. Boleh faham ke ni? hehehe…harapnya boleh fahamlah apa yang saya cuma sampaikan ni ye :p
Dan yang paling penting, carrier yang besar itu tidak semestinya lebih baik. Adalakalanya kita rasa nak jimat, anak baru 4bulan beli yang toddler teruslah. boleh pakai lama. NO….NO…NO… BIG NO… salah tu. Baby carrier ni umpama baju juga. pakailah saiz yang sepadan. Takkan anak baru 4bulan kita belikan baju saiz 2tahun? macam tu lah perumpamaannya. Kenapa jangan beli yang terlalu besar? kerana ia mungkin akan terlalu longgar. umpama kita pakai seluar over besar, longgar, nak terlondeh,,,tak selesa kan? malah baby carrier lebih kritikal kerana ia akan menyangkut keselamatan postur tulang anak. Apabila carrier itu terlalu besar untuk anak kita, akan terdapat banyak ruang kosong di dalam carrier membuatkan tubuh anak kita tidak disokong penuh oleh carrier. Ini akan menyebabkan ketidak-keselesaan pada anak dan membahayakan postur tulangnya. Akhirnya carrier yang asalnya ergonomik, boleh jadi tidak ergonomik buat anak anda.
Tugeda Chance: Standard Size
Lebar Body Panel: 15inci
Tinggi Body Panel: 15inci
Pendapat peribadi: Memandangkan lebarnya adalah 15inci, saya merasakan jika bayi baru 4bulan yang memakainya mungkin akan sangat besar. Sedangkan anak saya yang berusia 2thn++ masih k2k (knee-to-knee). Bererti jika dia pakai pada usianya 4bulan, mungkin bukan k2k, tapi ankle-to-ankle kot πŸ˜› Jadi ia mungkin sesuai untuk bayi yang berbadan besar dan toddler seperti anak saya. Just nice fit. Nampak dia selesa didalamnya pada usia ini πŸ™‚
Bobita Gen2: Standard Size
Lebar Body Panel: ~12inci
Tinggi Body Panel: 15.5inci
Pendapat peribadi: Bobita Gen2 standard size ini didatangkan dengan lebar body panel hampir 12inci. Iaitu kurang 1.5inci pada kiri dan kanan berbanding Tugeda Chance. Ukuran Bobita ini sebenarnya sama dengan SSC jenama Manduca. Dengan kelebaran ini, ia sangat sesuai untuk bayi dari usia 4bulan. Ia memberi sokongan k2k (knee-to-knee) yang sempurna. Anak saya tetap k2k sehingga umurnya sekitar 2tahun. Namun, apabila anak saya menjangkau usia sekitar 2tahun, ia tidak lagi k2k buat anak saya. Tapi tak ada masalah kerana Bobita Gen2 ini mempunyai aksesori tambahan, iaitu Toddler Extender πŸ˜‰
Taaraaaa~ setelah aksesori Toddler Extender ini dipasang, secara sekelip mata lebar carrier telah menjadi 18inci~!!! Jadi tiada masalah lagi untuk anak saya yang kini telah berusia 2tahun 6bulan. Saya juga boleh berjimat kerana tak perlu nak beli carrier saiz toddler pula. Cuma beli Toddler Extender ini dengan harga RM39.90, saya boleh terus menggunakan Bobita Gen2 selama mana yang saya suka asalkan berat anak saya tidak melebihi 20kg πŸ™‚ Andaikata nanti ada rezeki dapat baby baru, nak guna carrier yang sama untuk adiknya pula pun tak ada masalah. Cuma tanggalkan Toddler Extender ini, dan ia menjadi carrier standard size kembali. Mudahkan? Jimat pula tu πŸ™‚
Inilah dia aksesori dari Bobita Gen2 yang namanya Toddler Extender. Ia boleh dipasang dan dibuka mengikut keperluan. RM39.90 sahaja harganya πŸ™‚
#3 MATERIAL
Seterusnya, apabila ingin membeli sebuah baby carrier, kita pasti bertanya tentang materialnya. Maklumlah, Malaysia ni cuacanya panas. Ada pula anak jenis kuat berpeluh dan ada pula yang eczema. Jadi material yang tidak panas amatlah diperlukan. Mari kita lihat perbandingan material bagi kedua-dua SSC ini.
Tugeda Chance
Material luar: Dari Kanvas. Nampak tebal tetapi lembut. Pada saya material luarnya tidak panas dan tampak kukuh.
Material dalam: Dari Mesh (jaring). Memberi kesan bulky (tebal) dan sedikit cushy. Mungkin membantu pengudaraan, Dan mengurangkan panas. Wakaubagaimanapun jaringnya adalah disebelah dalam dan tertutup oleh kanvas yang berada disebelah luar.
Bobita Gen2
Material luar & dalam: Gabungan dua material utama iaitu 100% soft cotton dan 3D-Mesh (jaring) di bahagian body panel. Bahagian luar dan dalam adalah sama di mana terdapat bahagian jaring yang dapat mengalirkan udara dari dalam ke luar dan begitu juga sebaliknya. Jadi badan anak kita boleh ‘bernafas’ dan jika berpeluh, ia akan mudah kering kerana terdapatnya ventilasi udara ini.
#4 BUCKLE
Perkara yang tidak kurang pentingnya ialah buckle. Isu utama bagi sebuah baby carrier yang selamat ialah ketahan menampung beban pada buckle nya. Sebuah baby carrier tidak boleh menggunakan buckle yang sebarangan. Ia perlulah yang tahan lasak dan berkualiti tinnggi kerana ia menyangkut hal keselamatan anak kita.
Tugeda Chance
Jenama bucklenya tidak dapat dikenalpasti. Tiada sebarang cop jenama pada buckle. Saya cuba cari maklumat di website juga tiada maklumat tentang jenama buckle. Walaubagaimanapun, ada dinyatakan bahawa buckle nya berketahanan sehingga 20kg. Alhamdulillah sehingga hari ini saya belum pernah dengar kes buckle pecah untuk jenama ini πŸ™‚
Bobita Gen2
Menggunakan Buckle dari pengeluar buckle antarabangsa, Duraflex. Jika kita lihat di laman web Duraflex, buckle ini di dalam kategori Military Standard dengan 3-point lock security yang berketahanan sehingga 20kg. Antara jenama carrier lain yang menggunakan buckle seperti ini ialah Manduca & LennyLamb. Manakala Ergobaby dan Boba turut menggunakan buckle dari Duraflex, tetapi dari jenis 2-point lock.
Tambahan: Ini pula buckle kecil untuk tali bahu (shoulder strap) untuk kedua-dua buah SSC:
Tugeda Chance:
Menggunakan buckle kecil standard. Walaubagaimanapun tali pada bahagian ini agak nipis. Nampak kedutan pada tali tu? Ia sebenarnya kedutan akibat struktur tali yang telah berubah. Mungkin kerana perubahan (adjustment) yang kerap atau faktor ketahanan tali itu sendiri. Usia carrier ini sekitar 11bulan.
Bobita SSC:
Buckle untuk tali bahu ini tetap menggunakan jenis 3-point lock dari Duraflex. Jadi potensi untuk ianya terbuka dengan tidak sengaja adalah lebih rendah. Dan satu perasaan yang lebih yakin dan selamat apabila memakainya. Walaupun carrier ini telah berusia hampir 2tahun, talinya masih seakan baru, tiada sebarang perubahan bentuk walaupun kami telah menggunakannya dengan sangat kerap, iaitu hampir setiap hari. Talinya lebih tebal πŸ™‚
#5 SLEEP HOOD
Kedua-dua SSC ini mempunyai sleeping hood. Sleeping hood ini befungsi untuk menyokong kepala anak apabila mereka tertidur di dalam carrier (anak memang sering tertidur dalam carrier). Selain itu, ia boleh digunakan sebagai perlindungan kepala dari terik matahari dan hujan renyai. Ia juga dapat melindungi ketika ibu-ibu menyusukan anak di dalam carrier (penyusuan di dalam carrier – NIC Nursing in Carrier).
Kedua-dua sleep hood bagi Tugeda Chance dan Bobita Gen2 adalah detachable yakni boleh dicabut jika anda mahu kerana ianya menggunakan butang.
Walaubagaimanapun, untuk Bobita Gen2 sleeping hood boleh digulung dan diikat dengan getah yang telah tersedia di bahagian pangkal hood jika tidak mahu dicabut, Β Berbanding Tugeda Chance, sleephood tidak boleh digulung.
Tugeda Chance
Panjang sleep hood adalah 8inci, menggunakan adjustable mini buckle untuk memasangnya.
Bobita Gen2
Panjang Sleephood adalah 12inci, dengan panjang yang sebegini, ia boleh digunakan untuk anak yang tinggi sehingga toddler. Ia menggunakan button dengan 4 tahap pelarasan untuk keselesaan dan kesesuaian tinggi anak.
#6 SECURITY & X-BOX STITCH
Setiap carrier yang baik itu perlulah menepati ciri-ciri keselamatan tertentu. Antaranya ialah teknik jahitan yang betul dan kukuh. Selain itu, material untuk menjahit seperti benang adalah dari jenis yang high durability (tahan lasak) dan ia bukanlah benang yang sama untuk menjahit baju harian kita. Ia harus jauh lebih kuat daripada itu.
Ini adalah gambar di bahagian sambungan antara shoulder strap (tali di bahagian Β bahu) dan body panel. Kedua-duanya dilengkapi jahitan X-Box Stitch. Manakala bagi Bobita Gen2 terdapat satu material tambahan berupa strap untuk menambah kekuatan tali dibahagian tersebut. Tali bahu Tugeda Chance lebih besar dan tebal. Ia juga lebih keras berbanding Bobita yang lebih mudah lentur mengikut bentuk badan penggendong.
#7 PENYIMPANAN
Antara perkara penting adalah penyimpanan yang rapi apabila ia tidak digunakan. Pada sangkaan saya semua SSC baby carrier boleh dilipat kemas dan disimpan rapi. Rupanya tidak. Tugeda chance tidak boleh dilipat/digulung rapi. Mungkin kerana material padding yang keras, jadi ia tidak dapat dilentur dan dilipat sekemas Bobita Gen2.
Ini adalah hasil terbaik lipatan yang boleh saya hasilkan untuk kedua-dua SSC. Untuk Tugeda Chance, berkali-kali juga saya cuba..tapi akhirnya terburai juga. Lepas saya ambil gambar ni, saya angkat, memang carrier terus terburai. Berbanding Bobita Gen2, dengan mudah untuk dapatkan lipatan kemas dan padat. Saya sering gunakan carrier yang terlipat ni sebagai bantal atau alas kepala anak apabila travel jarak jauh dengan kereta atau kapal terbang.
Cara mudah melipat Bobita Gen2 dengan kemas dan dan rapi.
Antara keistimewaan Bobita Gen2 ni, dengan adanya panel cover. Yang bercorak tu…ia cuma perlu disarungkan aje pada body panel. Nak tukar-tukar corak pun boleh. Jadi kita ada pilihan, nak pakai plain colour boleh, nak pakai bercorak pun boleh πŸ™‚
Contohnya macam dalam gambar ni, kami cuma guna carrier yang sama iaitu hitam plain. Tapi kadang-kadang pakai lain-lain cover bercorak πŸ™‚
Ini pula Bobita Gen2 SSC kami yang dilengkapi semua aksesori dari Bobita, iaitu: Panel Cover, Teething / Drool Pad dan toddler Extender.
Ini pula adalah aksesori asas yang memang dilsertakan dalam setiap pembelian;
  • Foot Rest – Berfungsi untuk meletak dan merehatkan kaki anak agar dalam posisi yang selamat dan selesa.
  • Sleeping Hood – Untuk menyokong kepala anak ketika tidur. Selain itu boleh melindingi anak ketika terik matahari atau hujan renyai. Sebagai pelindung juga jika ibu menyusu di dalam carrier (NIC – Nursing in Carrier)
  • Purse Strap – Untuk membantu ibu-ibu ‘memegang’ beg tangan agar tidak mudah melorot dengan cara menyangkutkan tali beg tangan pada purse strap tersebut.
  • Mesh Bag – Beg berjaring ini bukan sahaja digunakan untuk penyimpanan, malah ia berfungsi untuk mencuci carrier menggunakan mesin basuh.
Cara penggunaan Purse Strap yang memudahkan πŸ™‚
Mudah nak basuh πŸ™‚
Sekianlah sudah review saya. Saya pun nak pulangkan dah Tugeda Chance SSC ini pada tuannya. Moga entri ini membantu dan bermanfaat πŸ™‚
Nak beli barang baby? LayariΒ www.markassikecil.com.myΒ untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

8 Comments

  1. Anonymous says:

    tlg reply ye..untuk guna ssc disarankan setelah bayi mencapai umur 4 bulan sebab tulang belakang bayi mula kuat dan leher bole tegak sendiri…

  2. Terima kasih, betul. Bobita juga seperti kebanyakan SSC lain, sesuai utk bayi 4bulan keatas hingga berat maksima 20kg. Selagi baby belum 20kg boleh pakai, biasa parents pakai hingga anak 3-4thn. Ada juga carry anak yg 5thn πŸ™‚

  3. Bobita juga seperti kebanyakan SSC lain, sesuai utk bayi 4bulan keatas hingga berat maksima 20kg. Selagi baby belum 20kg boleh pakai, biasa parents pakai hingga anak 3-4thn. Ada juga carry anak yg 5thn πŸ™‚

  4. Shira says:

    As salam..da 2minggu saya survey ttg baby carrier. Kat mana saya bole beli bobita? Prefer COD or beli direct di kedai. Saya newbie

  5. waalaikumussalam sis Shira. Bobita ada beberapa outlet reseller di beberapa negeri. Sis boleh tengok di page FB rasmi Bobita Baby Carrier Malaysia untuk senarai outlet. Boleh juga PM page atau WhatsApp direct dengan distributor untuk maklumat lanjut berkaitan outlet: 0102314714 πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *