Tempat ini antara tumpuan pelancong dan masyarakat tempatan untuk merasa makanan Pulau Pinang yang popular seperti pasembor dan mi rebus mamak. Ia juga boleh dijadikan destinasi alternatif selain Medan Selera Padang Kota yang menawarkan variasi makanan yang hampir sama. Di Medan Selera Padang Brown bagi saya lebih selesa kerana terdapat kemudahan Parkir berbayar. Jadi tiada masalah untuk mencari parkir yang dekat dan selamat. Terdapat juga kemudahan surau, tandas, dan bilik menyusu. Bagi ibu-ibu dengan bayi yang masih menyusu badan, ia merupakan suatu berita gembira 😉 terdapat juga bilik persalinan lampin bayi dan padang permainan di tengah-tengah medan selera. Tempat ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu khusus untuk peniaga muslim di sebelah kanan dan non-muslim di sebelah kiri.
Sign Board yang besar dan cantik. Mudah nampak dari jalan.
Suasana gerai makan
Papan tanda Tandas, Surau, & Bilik Menyusu
Suasana yang santai
Taman permainan mini yang disediakan menjadikan medan selera ini mesra kanak-kanak.
Wafiy pun enjoy ketika di sini
Mi Rebus, RM4. Sedap dengan pelbagai isi. Ada cucur rangup, sotong, paru. Sangat disarankan dan berbaloi.
Ini gerai mi rebus yang kami makan. Meja sebelah kami ada order mi goreng, nampak menyelerakan juga.
Ada banyak gerai yang menjual pasembor. Jadi kami tak mahu melepaskan peluang untuk mencuba. Tapi memandangkan kami sangat kenyang lepas makan mi rebus yang sedap tu, jadi kami beli bungkus dan makan di hotel.
Nin diaaa.. pasembor satu pinggan besar dan menggunung. RM14. Puas makan. Wafiy pun suka.

Secara keseluruhan, saya suka makan di Medan Selera Padang Brown ini. Sesuai untuk keluarga dengan kanak-kanak. Kerana suasana yang lapang dan santai lengkap dengan taman permainan dapat mengisi masa dengan baik. Kita dapat makan yang sedap-sedap, anak pun boleh beriadah dan bergembira. Nak ke sini mudah saja. Dengan kecanggihan teknologi, gunakan Google Map dan taip “Medan Selera Padang Brown” pastikan lokasi yang ditanda di Jalan Perak,Georgetown, Pulau Pinang. Saya ada cuba guna Waze, tapi lokasinya tersasar. Entah di mana. Jadi lebih baik untuk gunakan Google Map Navigation untuk ke sini. Selamat menjamu selera 🙂 
Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *