Roti benggali adalah suatu yang tidak asing bagi masyarakat Pulau Pinang. Bagi yang tak tahu macam mana rupa roti benggali, berikut adalah rupanya:

Roti Benggali
Maliia Bakery: Transfer Road, Penang.
Jika anda buka website www.maliiabakery.com anda dapat lihat pelbagai jenis lain roti benggali seperti perasa coklat dan arang.
Alkisah saya boleh ke sini adalah kerana nak beli roti untuk cicah sup pada Hari Raya Korban yang lalu. Asalnya nak beli roti di Tesco saja, tapi pak-pak menakan sarankan untuk beli roti benggali di Maliia Bakery di Jalan Transfer, Georgetown yang jaraknya belasan kilometer dari lokasi kami. Tapi dek kerana raya korban bukan selalu, kami dengan senang hati gagahi jua. Dapat juga merasa roti benggali yang di sebut-sebut itu 🙂
Dengan bantuan aplikasi Waze, kami tiba dengan selamat ke lokasi.
WAZE: Type saja Marliia Bakery.
Marliia Bakery, kedainya di corner lot, mudah nampak.
Kami tiba di kedai sekitar jam 7.30malam. Tiada pelanggan lain, maklumlah waktu Maghrib, pastilah kurang orang. Kedai ini dibuka setiap hari dari jam 8pagi hingga 11malam. Maliia Bakery bukan menjual sekadar roti. Ada juga ruang cafe dengan deretan meja dan kerusi untuk menikmati minuman dan makanan seperti nasi briyani, shawarma, burger dan pelbagai lagi. Ini adalah persekitaran kedainya;
Ruang makan cafe yang santai.
Pelbagai pilihan roti dan kek.
Kaunter order dan cashier
Pelbagai jenis tart. RM2.50 setiap satu. Saiznya besar.
Memandangkan masa kami yang suntuk (Maghrib), kami tidak duduk makan-makan di situ, kami cuma beli dan bawa pulang. Apa yang kami beli?
2bantal roti benggali plain.
1bantal roti benggali coklat.
1/2bantal roti benggali arang.
*1bantal=8buku roti
8biji tart.
1botol kecil kaya.
Selain roti benggali yang kami beli ada juga roti benggali wholemeal. Untuk orang diet, bolehlah cuba.
Terdapat pelbagai saiz botol seri kaya. Jika ke sini jangan lupa beli seri kayanya. Bagus juga sebagai ole-ole kerana rasa seri kaya benggali ni memang berbeza dan sedap dari seri kaya Gardenia tu :p
Harga: RM2.30 – Botol paling kecil 90gm.
Roti Benggali disimpan dalam rak khas.
Harga roti benggali:
Plain: 1buku – RM1, 1bantal – RM8
Coklat & Arang: 1buku – RM2++, 1bantal x 8 (tak ingat harga yang tepat…sorry)

Wholemeal: tak beli jadi taktau harga…hehe :-p

Inilah dia 1bantal roti benggali dengan 8buku roti setiap bantal.

 

Pembelian kami: Total RM62.70. Penuh satu kaunter.
Saya dan Wafiy bersama 2bantal roti benggali.
Selesai membeli, kami pun berangkat pulang dengan segera. Tapi waktu hujung-hujung sebelum pulang ramai juga yang datang untuk beli roti. Ada yang masuk sekadar untuk beli satu roti yang disapu kaya sahaja. Lepas dah masuk kereta, rasa rugi pula tak beli yang itu. Takpa, next time. Makan dulu yang berbantal-bantal ni. Selamat Hari Raya Korban~!!!

***********************Hari Raya Korban pun tiba********************

Inilah sup tulang yang super sedap dari lembu korban oleh MakSu
Roti Benggali siap dipotong dadu untuk dimakan dengan sup tulang lembu korban.
Dari kiri: Plain, Chocolate, Charcoal.
Sedikit komentar tentang rasa. Rata-rata ‘responden’ sukakan roti benggali plain (biasa) dan charcoal (arang) jika untuk di makan dengan sup atau begitu sahaja. Rasa chocolate seperti kurang serasi dengan sup. Namun demikian, oleh kerana sup tu memang super sedap, cicah dengan roti apa pun jadi sedap 🙂
P/S: Terima kasih yang tidak terhingga kepada seisi keluarga, pak-pak menakan, mak-mak menakan, sepupu-sepapat dan orang kampung kerana telah menjayakan program korban pada tahun ini. Moga di tahun-tahun akan datang kita dapat berbagi lagi untuk melaksanakan ibadah yang mulia ini. “Sesungguhnya tiada amalan lain yang lebih disukai Allah selain melaksanakan korban di Hari Raya Aidil Adha”
.
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *