Review: Aroma Laziz Cafe
Aroma Laziz (bukan Aaron Aziz ye ?). Aroma Laziz Cafe ini dikategorikan sebagai sebuah cafe baru di Penang ni…sekitar hujung tahun 2015 kami menyedari menyedari kewujudannya :p Kalau lalu Persiaran Bukit Jambul, mesti akan nampak signboard macam ni ye? Kami selalu ulang alik jalan ni waktu on the way Bukit Gambier – Balik Pulau. Memang dah usha lama sebab restorannya cantik, nampak selesa dan santai. Pernah 2-3kali teringin nak pi makan kat sini, tapi tutup…rupa-rupanya hari Ahad memang tutup kot…jadi akhirnya Isnin lepas kami mencuba nasib ke sini lagi, Alhamdulillah buka ? Parking. Ruang letak kereta agak besar…jadi insyaallah tak ada masalah untuk meletakkan kenderaan di dalam kawasan…