Review: Laksa Sotong di Warung Bendang

Selama ini selalu tengok di TV, di FB orang share tentang Laksa Sotong. Encik Suami memang teringin sangat nak rasa, tapi lokasi laksa sotong tu mesti jauh dan tak pasti lokasi di mana. Tiada yang berdekatan. Suatu hari nan indah kami berniat nak makan Laksa Janggus di Balik Pulau, Pulau Pinang. Tapi mungkin jodoh dan rezeki kami nak dapat makan Laksa Sotong, waktu on the way tu, kami ternampak satu gerai tepi sawah bendang. Rasa macam menarik je. Tapi kami teruskan juga perjalanan ke Laksa Janggus. Tiba saja kami di sana, takdak tempat nak parking kereta. Tengok orang pun beratur panjang, tempat duduk pun penuh. Jadi kami pun batalkan niat nak makan kat situ dan patah balik ke warung tepi bendang tadi. Waktu tu tak tahu pun gerai tu ada jual laksa sotong. Waktu abang ambik order tu tanya nak makan apa, dia tanya nak laksa biasa ka laksa sotong? Wahhh…bagai mimpi. Laju je la Encik Suami jawab nak laksa sotong. Saya pula order bihun sup. Saja ambil menu lain-lain sebab nak cuba.
Saujana mata memandang. Wafiy tidur pulak. Kalau tak mesti dah berlari sampai hujung :p
Wafiy pun tidur dengan damai.
Susah nak dapat makan sambil tengok view macam ni kan~
Senarai harga: Laksa biasa RM2.50. Laksa Sotong RM3.00, Bihun, Mi, & Kuew Tiaw Sup RM3.00.
Total makan & minum RM8.50
Laksa Sotong: laksa + sambal sotong. Sedap~!!! Nanti nak pi lagi nak minta extra sambal kata En. Suami :p
Bihun Sup: supnya bukanlah sup daging atau ayam. Tapi sedap dengan sambalnya. Ada fishcake dan fishball. Tidak berempah macam sup mamak. Ianya tersendiri dan sedap rasanya 🙂

 

Insyaallah kami akan kembali lagi. Lokasi: Sawah padi bendang Sg. Burung, Balik Pulau, Pulau Pinang. (Berdekatan dengan rumah Dr. Hilmi)
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *