Review: Roti Canai Transfer Road

Sekian lama dok dengar tentang roti canai Transfer Road, akhirnya kami dapat juga merasa. Sebelum ni tengok dalam TV aje, kali ni live depan mata. Nama pun roti canai, pastilah ia sinonim dengan sarapan pagi. Kami tiba di lokasi sekitar jam 7.45pagi. Mudah saja nak ke sini. Dengan kemajuan teknologi masa kini, type saja ‘roti canai jalan transfer’ di google map atau waze, anda akan dipandu arah dengan jayanya :p Setibanya di lokasi, anda akan nampak banyak motor dan kereta parking tepi jalan. Deretan…

Review: Roti Benggali – Maliia Bakery

Roti benggali adalah suatu yang tidak asing bagi masyarakat Pulau Pinang. Bagi yang tak tahu macam mana rupa roti benggali, berikut adalah rupanya: Jika anda buka website www.maliiabakery.com anda dapat lihat pelbagai jenis lain roti benggali seperti perasa coklat dan arang. Alkisah saya boleh ke sini adalah kerana nak beli roti untuk cicah sup pada Hari Raya Korban yang lalu. Asalnya nak beli roti di Tesco saja, tapi pak-pak menakan sarankan untuk beli roti benggali di Maliia Bakery di Jalan Transfer, Georgetown yang jaraknya belasan…

Resipi Pizza Simple

Inspirasi Internet: Piza Simple, Senang & Sedap Rebus Sosej & Ketam Fillet Sapu sos atas roti, letak cheese, ketam, layer lagi dgn cheese, sosej,layer lagi dgn cheese. (Suka hati nak berapa layer tapi make sure bawah dan atas sekali adalah cheese ye. Setiap bijik benda semua tersentuh cheese. Supaya topping tak tercabut atau terlerai). (Dalam toster oven 9minit je. Siap!!! *resipi ni sangat ringkas..pakai apa yg ada kat rumah. Korang boleh la tambah isi ayam..capsicum dan sebagainya untuk menjadikannya lebih sihat. Selamat mencuba. Anak-anak…

Resipi Crunchy Caramel Popia

[Resipi – Crunchy Caramel Popia] Bahan-Bahan (sekali makan) 10 keping kulit Popia 1 sudu besar tepung gandum 3 sudu besar gula 1 sudu besar butter Cara-cara Gulung kulit Popia. Di hujung setiap gulungan di sapu bancuhan tepung gandum dengan sedikit air sebagai gam/pelekat agar gulungan tidak terbuka. Potong serong, dan goreng hingga keperangan. Ketepikan. Cairkan butter bersama gula. Setelah cair, masukkan kulit popia yg siap dogorengkan tadi dan gaul rata. Apabila gula kelihatan perang dengan pantas tuang kan semua ke dalam bekas lain. Jangan…

Resipi Apam Susu

Resipi untuk Si Kecil Apam Susu + Coklat ******************** BAHAN-BAHAN 4 biji telur 1/2 cawan gula 1 sudu kecil esen vanila 1/2 cawan susu pekat 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil tepung penaik 1/2 cawan air 2 sudu besar minyak masak 3 sudu besar serbuk koko CARA-CARA Pukul telur,gula,esen vanila hingga kembang. Masukkan susu pekat,air, pukul lagi. Masukkan tepung gandum dan tepung penaik, minyak. Pukul lagi hingga tergaul rata. Panaskan pengukus. Asingkan adunan kepada dua adunan. Satu dimasukkan serbuk koko dan gaul…

Resipi: Udang Masak Labu

Pertama kali saya makan menu ni di Restoran Sharin Low, masakan Cina Muslim di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Sangat sedap, jadi mak cuba buat sendiri di rumah. Dan inilah hasilnya. Bila dah ada anak yang baru 2tahun ni, kadang-kadang pening nak masak apa. Jadi saya cuba menu ini. Alhamdulillah Wafiy suka. Ayah Wafiy pun suka 😉 Jadi saya sarankan menu ni untuk ibu-ibu kerana satu keluarga boleh makan. Tak pedas tapi rasa berempah sikit dari daun kari dan bawang. Selain itu ia juga berkhasiat~!!!…

Review: Jus Nenas (kotak & tin – 3jenama)

Bagi mengisi masa bersama keluarga dihujung minggu, kami buat aktiviti membanding beza jus nenas dari 3jenama dan keluaran negara yang berbeza seperti berikut: Jus Nenas: Pran, Dole, F&N Fruit Tree Dari perbandingan harga dan isipadu, yang termurah adalah jenama Pran, diikuti oleh F&N, dan yang termahal ialah Dole. Jom kita tengok warna jusnya pula 🙂 Warna Jus: Pran (Kuning terang, agak jernih), Dole (kuning pudar, keruh), F&N ( kuning dan lebih pudar, keruh) Setelah tengok warna, jom rasa. Berikut adalah markah rasa per sepuluh…

Resipi: Sambal Bilis Belimbing Buluh (Sambal Hitam)

RESIPI SAMBAL BILIS DENGAN BELIMBING BULUH (SAMBAL HITAM) Resipi Sambal Bilis dengan Belimbing Buluh   BAHAN-BAHAN 2 Cawan Ikan Bilis (siap dikopek) 1 Cawan Belimbing Buluh (direbus dengan garam) 3 Biji Bawang Besar 5 Biji Bawang Putih 5 Biji Cili Merah (jika mahu extra pedas boleh tambah cili padi) Kicap, Gula, Garam secukup rasa CARA-CARA #1 Kisar bawang besar,bawang putih dan cili. #2 Tumbuk ikan bilis. Tidak perlu hingga lumat. Cukup sekadar separa hancur. Tumbuk ikan bilis separa hancur. #3 Tumbuk belimbing buluh yang telah siap direbus…

Resipi: Kek Pisang Kukus & Microwave

Bahan utama yang nenjadikannya kek pisang ialah PISANG  😛   RESIPI KEK PISANG VERSI KUKUS & MICROWAVE BAHAN-BAHAN 2        Cawan tepung gandum 1 1/2 Cawan gula 1        Cawan minyak makan (sawit/jagung) 1        Sudu kecil serbuk penaik 1        Sudu kecil soda bikarbonat 1        Sudu kecil esen vanilla 5        Biji pisang 4        Biji telur CARA-CARA Pukul gula dan telur dengan mixer hingga kembang (nak guna…

Review: International Border Tea

INTERNATIONAL BORDER TEA, SUNGAI DUA (ISLAND), PULAU PINANG. Pada suatu malam, kami on the way nak pulang ke rumah kami telah singgah ke gerai International Border Tea ini. Sebenarnya kami dah lama perhatikan gerai ni sejak ia bertapak. Gerainya ceria dengan signboard yang menarik dan hiasan gerai yang berwarna-warni. Akhirnya malam ini kami singgah jua 😉 Sign board International Border Tea yang jelas kelihatan dari jauh. Seperti yang tertera di gambar, ada bendera Thai dan Malaysia membuatkan secara tidak langsung kita mengerti ia menjual…