Bahan utama yang nenjadikannya kek pisang ialah PISANG  😛

 

RESIPI KEK PISANG VERSI KUKUS & MICROWAVE
BAHAN-BAHAN
2        Cawan tepung gandum
1 1/2 Cawan gula
1        Cawan minyak makan (sawit/jagung)
1        Sudu kecil serbuk penaik
1        Sudu kecil soda bikarbonat
1        Sudu kecil esen vanilla
5        Biji pisang
4        Biji telur
CARA-CARA
  1. Pukul gula dan telur dengan mixer hingga kembang (nak guna blender pun boleh).
  2. Ramas pisang hingga lumat. Ada ketul-ketul pisang sedikit pun tidak mengapa.
  3. Masukkan pisang dan semua bahan lain ke dalam mixer/blender. Pukul/blend hingga sebati.
  4. Untuk mengukus, siapkan dan panaskan kukusan. Tuang adunan ke dalam loyang. Dan masukkan loyang ke dalam pengukus dan kukuslah sekitar 50minit atau sehingga masak (saya kukus 1jam).
*kebetulan adunan saya berlebihan, tak muat dalam loyang. Jadi saya decide untuk cuba membakar baki adunan menggunakan microwave.
  • Saya gunakan bekas cupcake kertas. Untuk membakar atau memasak menggunakan microwave pastikan bekas yang kita gunakan memang sesuai untuk kegunaan microwave. Bekas besi seperti loyang tidak boleh digunakan dalam microwave.
  • Masukkan adunan ke dalam bekas yang bersesuaian dan gunakan kepanasan paling tinggi, misalnya high untuk tempoh 5minit jika adunan banyak. Jika sedikit cukup sekadar 3minit. Bergantung kepada berapa banyak adunan kek.
Adunan sebelum kukus dan masuk microwave.

5. Pastinya kek microwave siap lebih dahulu dan diikuti oleh kek kukus satu jam kemudian. Mari kita lihat hasilnya 😉

SIAP~ Inilah hasilnya. Ternyata ada perbezaannya.

 

PERBEZAAN ANTARA KEK PISANG KUKUS DAN MICROWAVE
  • #KUKUS
  • Lebih moist tapi tetap gebu. Warna lebih gelap tapi menarik. Kelihatan serat-serat pisang. Ambil masa yang lama, 1jam++.
  • #MICROWAVE
  • Kek kering dan gebu. Warna jadi cerah dan tiada serat-serat pisang kelihatan. Masa membakar cuma 5minit.
Kedua-dua kek tetap ada rasa pisang, cuma bagi saya kek pisang kukus lebih enak. Tapi tidak salah untuk mencuba beberapa teknik. Mana tahu ada emergency nak buat kek cepat, kaedah microwave pasti menjadi pilihan 😉
SELAMAT MENCUBA~!!!
Wafiy kagum dengan kek pisang yang dia buat pakai microwave :-p
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *