Review: Aroma Laziz Cafe

Aroma Laziz (bukan Aaron Aziz ye ?). Aroma Laziz Cafe ini dikategorikan sebagai sebuah cafe baru di Penang ni…sekitar hujung tahun 2015 kami menyedari menyedari kewujudannya :p Kalau lalu  Persiaran Bukit Jambul, mesti akan nampak signboard macam ni ye? Kami selalu ulang alik jalan ni waktu on the way Bukit Gambier – Balik Pulau. Memang dah usha lama sebab restorannya cantik, nampak selesa dan santai. Pernah 2-3kali teringin nak pi makan kat sini, tapi tutup…rupa-rupanya hari Ahad memang tutup kot…jadi akhirnya Isnin lepas kami mencuba nasib ke sini lagi, Alhamdulillah buka ? Parking. Ruang letak kereta agak besar…jadi insyaallah tak ada masalah untuk meletakkan kenderaan di dalam kawasan…

Makanan sedap di Pulau Pinang yang patut anda cuba~

Pulau Pinang kaya dengan variasi makanan yang 1001 macam jenis. Makanan di Pulau Pinang juga dinobatkan sebagai antara makanan tersedap di dunia. WOW~!!! Pelbagai pilihan makanan, dari makanan cina, india dan melayu. Sebagai orang Pulau Pinang, saya akan dikongsikan makanan halal muslim yang terbaik untuk anda cuba ketika melawat ke Pulau Pinang 🙂 Turutan di dalam entri ini bukanlah mengikut ranking apa-apa. Ianya secara rawak sahaja dan semuanya sedap-sedap belaka dan patut dicuba 🙂                    …

Resipi Udang Masak Lemak Cili Padi

Resipi ini boleh dikatakan sebagai kids friendly. Tak pedas sangat dan sesuai untuk yang ada anak umur sekitar 2tahun macam saya. Bila ada anak kecil ni, bila nak masak sesuatu, kena fikir menu yang sesuai untuk anak dan bapak anak sekali :p BAHAN-BAHAN (untuk 2orang makan) 10 ekor udang sederhana besar 1 inchi halia 1 inchi kunyit 1 inchi lengkuas 1 kotak santan 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 5 biji cili padi 3 keping asam keping saiz kecil 1/2 batang lobak…

Resipi tauhu telur dengan cendawan dan blackpaper

Menu ni kita sering lihat dan makan di kedai-kedai makan ketika waktu tengah hari. Malah ini antara menu kegemaran saya jika makan tengah hari di luar atau tapau lauk bawak balik rumah. Tapi tak pernah masak sendiri di rumah. Hari ini saya cuba buat sendiri. Tanpa rujuk mana-mana resipi, pakai instinct aje. Menjadi juga. Inilah cara saya buat: BAHAN-BAHAN 1 tube tauhu telur 1 batang cili merah 1 labu bawang besar 3 biji bawang putih 1 inci halia 1 sudu besar serbuk lada hitam…

Resipi Ayam Buttermilk

Ayam Buttermilk ni sangat mudah dan Alhamdulillah, percubaan pertama saya buat, anak saya makan nasi dengan berselera. Menu ni juga bagus untuk kanak-kanak yang nak dinaikkan berat badan. Tapi bagi mak-mak yang nak kurus, paham-paham lah… butter lah katakan :p BAHAN-BAHAN (untuk 2-3orang makan) 2 ketul dada ayam 1 biji telur 1 cawan tepung gandum 2 tangkai daun kari 2 sudu besar butter 1/2 cawan susu cair/segar Garam CARA-CARA #1 Bersihkan dada ayam, buang tulang dan potong kecil sesuai saiz yang anda mahu. #2…

Review: Laksa Sotong di Warung Bendang

Selama ini selalu tengok di TV, di FB orang share tentang Laksa Sotong. Encik Suami memang teringin sangat nak rasa, tapi lokasi laksa sotong tu mesti jauh dan tak pasti lokasi di mana. Tiada yang berdekatan. Suatu hari nan indah kami berniat nak makan Laksa Janggus di Balik Pulau, Pulau Pinang. Tapi mungkin jodoh dan rezeki kami nak dapat makan Laksa Sotong, waktu on the way tu, kami ternampak satu gerai tepi sawah bendang. Rasa macam menarik je. Tapi kami teruskan juga perjalanan ke…

Resipi Kek Coklat 2minit (Microwave)

Sebagaimana dalam gambar, kek ini sangat mudah dan menyeronokkan apatah lagi jika buatnya dengan anak kecil. Mereka pasti gembira. Selamat mencuba~!!! BAHAN-BAHAN (adunan untuk satu mug) 2 sudu besar tepung gandum 2 sudu besar gula icing (kalau guna biasa, mungkin perlu 3 sudu besar) 2 sudu besar serbuk koko 3 sudu besar susu cair/susu segar/susu tepung yang dibancuh 1 sudu kecil tepung penaik 1 sudu besar minyak masak/jagung 1 biji telur CARA-CARA #1 Gaul semua bahan sehingga sebati. Pastikan tiada sebarang ketulan. #2 Tuang…

Review Restoran Boat Noodle @Flamingrill Bangi

Sebagai ibu dengan anak kecil yang sedang melasak, saya sangat sukakan kedai ini. Sebab apa? Jom baca dan tengok sampai habis :-p Sign board di depan kedai. Kedai ni terletak betul-betul di bawah butik tudung Emma Maembong. Jadi ada gambar Emma besar kat atas tu 😉 Kami tiba di kedai sekitar jam12.30 tengah hari pada hari Ahad. Tapi kedai belum buka sepenuhnya. Mereka minta kami tunggu 15minit. Jadi kami round-round lah area Bangi Sentral yang sememangnya banyak kedai-kedai dan butik-butik. Sekitar jam 1pm, kami…

Resipi Keli Goreng Cili

BAHAN-BAHAN (Untuk 2orang) 2 ekor ikan keli 5 batang cili merah 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1/2 biji tomato 2 helai daun limau purut garam dan gula CARA-CARA #1 Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng ikan keli hingga garing dan ketepikan. #2 Kisar cili, bawang, dan tomato. #3 Tumis bahan kisar hingga kering. Kemudian tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan daun limau purut yang telah dikoyak kasar. #4 Setelah cukup rasa semua, tuangkan sambal tersebut ke atas ikan…

Resipi Puding Roti – Kukus & Sos Kastad

  Ini juga satu resipi manisan yang mudah dan murah. Kalau ada roti yang nak expired tu, jangan bazirkan. Buat puding roti ni. Sedap. Satu keluarga pun pasti berselera. BAHAN-BAHAN 4 keping roti (dipotong empat) 1 tin susu cair 2 biji telur 4 sudu besar gula 1 sudu kecil esen vanila 1 sudu besar butter Kismis CARA-CARA #1 Masukkan susu, telur, gula, dan esen vanila ke dalam satu bekas dan gaul sebati. #2 Sapu butter pada roti. Kemudian susun dalam bekas atau loyang dan…