Resipi ini boleh dikatakan sebagai kids friendly. Tak pedas sangat dan sesuai untuk yang ada anak umur sekitar 2tahun macam saya. Bila ada anak kecil ni, bila nak masak sesuatu, kena fikir menu yang sesuai untuk anak dan bapak anak sekali :p
BAHAN-BAHAN
(untuk 2orang makan)
10 ekor udang sederhana besar
1 inchi halia
1 inchi kunyit
1 inchi lengkuas
1 kotak santan
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi
3 keping asam keping saiz kecil
1/2 batang lobak merah
Garam secukup rasa
CARA-CARA
#1
Kisar kunyit, halia, lengkuas, bawang besar,bawang putih, cili padi.
#2
Tumis bahan kisar hingga kering dan masukkan udang dan lobak merah.
#3
Setelah udang kemerahan, masukkan santan dan asam keping. Setelah mendidih, bolehlah tambah garam dan gula secukup rasa. Setelah lobak empuk, bolehlah dihidang dan makan dengan nasi panas-panas.
SEDAPNYA
SELAMAT MENCUBA
Wafiy umur 2thn, dia pun suka. Budak besar ni sibuk nak makan sendiri aje. Jadi saya gumpalkan nasi jadi seketul-seketul tu…senang dia suap terus masuk mulut. Taklah bersepah sangat :p
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *