Resipi Puding Roti – Kukus & Sos Kastad

Ini juga satu resipi manisan yang mudah dan murah. Kalau ada roti yang nak expired tu, jangan bazirkan. Buat puding roti ni. Sedap. Satu keluarga pun pasti berselera.
BAHAN-BAHAN
4 keping roti (dipotong empat)
1 tin susu cair
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar butter
Kismis
CARA-CARA
#1
Masukkan susu, telur, gula, dan esen vanila ke dalam satu bekas dan gaul sebati.
#2
Sapu butter pada roti. Kemudian susun dalam bekas atau loyang dan taburkan kismis. Kemudian tuang adunan susu dan lain-lain tadi ke dalam bekas roti. Tekan-tekan roti agar semua roti menyerap adunan susu tersebut. Kemudian kukus selama 20-25minit.
#3
Setelah masak, sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais untuk didinginkan. Nikmati ketika sejuk. Kerana ia akan lebih keras dan mudah dipotong. Siap~!!!
Nota: Puding Roti ni enak dimakan dengan sos kastad. Macam dalam gambar di atas yang warna kuning tu sos kastad saya. Tapi salah buat. Itu filling kastad sebenarnya, untuk buat filling donut macam Dunkin Donut punya tu atau cream puff :p
Resepi Sos Kastad Sebenar:
BAHAN-BAHAN
1 Tin Susu Cair
2 Sudu Besar Tepung Kastard
2 Sudu Besar Gula
CARA-CARA
Masukkan susu dan tepung ke dalam periuk. Gaul rata agar tidak berketul. Panaskan di atas api. Setelah agak panas (tak perlu mendidih), masukkan gula. Setelah gula larut. Tutup api. SIAP~!!!
Resepi Filling Kastad (macam yang saya buat) – sesuai untuk creampuff, filling donut, dll.
BAHAN-BAHAN
1/2 tin susu pekat
3 sudu tepung kastad
sedikit air
CARA-CARA
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak di atas api dan masukkan sedikit air untuk mengawal kepekatan. SIAP~!!!

Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *