Resipi: CheeseKut

Resipi yang sedap dan senang.
 
[cheesekut]
 
Cheese Biscuit Cake. 
Anak suka. Mak&bapak pun suka
 
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
****************************
1 paket biskut Cream Crackers
1 cawan susu
1/2 tin susu pekat manis
1 tube cream cheese (250g)
 
Cara-cara
***********-
  1. Pukul creamcheese guna mixer sehingga kembang. 
  2.  Masukkan 1/2 tin susu pekat manis. Tuang sikit-sikit.Pukul lagi.
  3.  Ambik biskut n celup dalam fresh milk. Celup tu means dalam sesaat je sudah. Diingatkan celup je tau, bukannya rendam. Dah celup tu terus susun dalam bekas.
  4.  Lapiskan dengan bancuhan creamcheese tadi. Tak payah tebal sangat. Cukup sekadar menutupi.
  5.  Lapis lagi biskut2 yang da dicelup atasnya plak. Time lapis biskut ni tekan-tekan sikit bagi dia mampat sikit. Ulang lagi step 3 dan 4 sampai habis bancuhan creamcheese tadi. Atas sekali mesti lapisan creamcheese ye.
  6.  simpan dalam peti ais. Biar semalaman ye bagi dia keras skit senang nak potong. esok pagi bukak peti ais, taraaaa!!! Hasilnya.. Selamat Mencuba 😉
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *