Ayam Buttermilk ni sangat mudah dan Alhamdulillah, percubaan pertama saya buat, anak saya makan nasi dengan berselera. Menu ni juga bagus untuk kanak-kanak yang nak dinaikkan berat badan. Tapi bagi mak-mak yang nak kurus, paham-paham lah… butter lah katakan :p
BAHAN-BAHAN
(untuk 2-3orang makan)
2 ketul dada ayam
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
2 tangkai daun kari
2 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair/segar
Garam
CARA-CARA
#1
Bersihkan dada ayam, buang tulang dan potong kecil sesuai saiz yang anda mahu.
#2
Celup ayam dalam telur kemudian dalam tepung jagung dan goreng garing. Boleh masukkan sedikit garam di dalam telur sebagai perasa. Siap goreng semua ayam, ketepikan.
#3
Cairkan butter di dalam kuali/pan. Tumis daun kari. Setelah naik bau, masukkan susu.
#4
Setelah agak pekat, masukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
#5
Siap~!!!
Hidangkan dengan nasi panas-panas. Sedapnya. Makan dengan tomyam ke. Memang terangkat.
SELAMAT MENCUBA
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *