Resipi: Udang Masak Labu

Pertama kali saya makan menu ni di Restoran Sharin Low, masakan Cina Muslim di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Sangat sedap, jadi mak cuba buat sendiri di rumah. Dan inilah hasilnya. Bila dah ada anak yang baru 2tahun ni, kadang-kadang pening nak masak apa. Jadi saya cuba menu ini. Alhamdulillah Wafiy suka. Ayah Wafiy pun suka 😉 Jadi saya sarankan menu ni untuk ibu-ibu kerana satu keluarga boleh makan. Tak pedas tapi rasa berempah sikit dari daun kari dan bawang. Selain itu ia juga berkhasiat~!!! Selamat Mencuba 🙂
Resipi udang masak labu dari mak 🙂
RESIPI UDANG MASAK LABU
 
BAHAN-BAHAN
1/2 biji labu sederhana besar
15 ekor udang sederhana besar
1 biji bawang besar atau bawang holland
3 tangkai daun kari
1/4 buku mentega (butter)
Garam secukup rasa
Bahan-bahan: Labu direbus lembut, udang dibuang kepala, daun kari, bawang dihiris nipis, mentega (butter).
CARA-CARA
#1 Rebus labu hingga lembut dan ketepikan.
#2 Tumis bawang dan daun kari dengan mentega (butter).
Tumis bawang besar dan daun kari hingga bawang layu dan lembut.
#3 Masukkan labu yang telah direbus lembut dan gaul rata.
Lenyek dan gaul rata labu
#4 Masukkan udang, gaul rata hingga udang masak.
Masukkan udang, gaul rata hingga masak.
#5 Hampir siap. Sesi touchup. Cuba rasa, jika kurang masin, tambah garam secukup rasa. Gaul rata dan siap~!!!
Hasilnya: Siap untuk dimakan dengan nasi panas 😉
Wafiy makan tengah hari 2kali hari ini dengan lauk ni. Mula-mula dia makan sorang, lepas tu dia tengok ayah dia makan pulak, dia nak makan lagi 😉
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *