Sepetang di Entopia, Teluk Bahang, Pulau Pinang
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah hujung minggu yang lalu kami telah berkesempatan berkunjung ke Entopia, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Dahulu ia dikenali sebagai Taman Rama-rama. Ia telah ditutup sekian waktu untuk proses baik pulih dan naik taraf. Kini ia telah dibuka semula sejak 2hb Mei 2016 yang lalu dengan nama baru, iaitu Entopia. Secara peribadi saya merasakan harga tiketnya agak mahal, namun apabila melihat anak saya sangat gembira dan senyum gelak tawa tidak putus sepanjang kami di sini, jadi saya rasakan ‘pelaburan’ untuk ke sini adalah sesuatu…