Sarapan di Taman Tun Sardon

Astaka Taman Tun Sardon memang telah menjadi tumpuan sarapan pagi warga Pulau Pinang sejak sekian lama. Tapi kini, para pelancong dari luar turut telah menjadikan Taman Tun Sardon sebagai destinasi sarapan ketika bercuti di Pulau Pinang. Dengan aneka pilihan makanan seperti serabai, nasi lemuni, mi sotong, pelbagai kuih muih dan pelbagai lagi pasti menggamit selera. Tidak hairanlah banyak rancangan TV, artis popular turut singgah ke sini untuk menikmati sarapan di sini. Anda boleh lihat plat Jalan-Jalan Cari Makan, TV3 di kedai-kedai terpilih menunjukkan team…

Bobita Gen2 SSC Baby Carrier: Kami Jatuh Cinta~

[Kami jatuh cinta] Kenapa kami jatuh cinta dengan SSC Bobita? ✔Bila pakai, selesa sangat. Tak terasa macam tengah dukung anak. Terasa ringan!!! ✔Macam ada ubat tidur. Sleepy dust kata orang puteh. Masuk je dalam tu, anak senang tidur. ✔Pakai berjam-jam pun takde masalah sebab rekaannya ergonomik. Sesuai dengan postur tulang bayi dan kita yang menggendong. Tak sakit badan. ✔Bila tengok secara dekat, jahitan dan material yang digunakan memang berkualiti. Jadi nak pakai pun rasa yakin dan selamat. ✔Anak kami tak suka duduk dalam stroller.…

Review: Wonderfood Museum, Penang

Alhamdulillah, dengan sukacitanya saya nak bercerita tentang Wonderfood Museum yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang. Memang best tempat ni. Memang sangat disarankan untuk singgah ke sini jika anda ke Pulau Pinang. Search aje di Google map, pasti akan menemui lokasi yang tepat. Jadi jangan risau 😉 Parking tidak menjadi masalah, kami ke sini pada hari Sabtu (normal weekend, bukan cuti sekolah atau cuti umum). Ada banyak parking tersedia di kawasan ini. Ada juga parking bertingkat di dalam bangunan. Insyaallah tak perlu berjalan jauh beribu…

Review: Pisang Goreng Cheese, Plaza Ivory, dekat USM, Pulau Pinang.

Pizang goreng cheese dah tidak asing lagi di Malaysia yang mana ianya sebelum ini adalah makanan minum petang yang biasa di negara Indonesia. Beberapa tahun kebelakangan ini idea manisan dari seberang ini telah mendapat tempat di hati warga Malaysia dan ianya terus berkembang dan mudah di dapati di mana-mana. ‘Fried Banana Cheese’ nama diberi untuk stall yang khusus menjual pisang goreng cheese ini terletak di ruang legar Plaza Ivory, Bukit Gambier, berdekatan USM Pulau Pinang. Di sini terdapat deretan pelbagai restoran dari makanan barat,…

Kedai Jeruk Madu Pak Ali, Pulau Pinang

Jeruk Madu Pak Ali ini memang tidak asing lagi bagi orang Pulau Pinang. Malah ia menjadi buah tangan utama bagi para pelancong yang datang ke Pulau Pinang. Secara peribadi saya bukanlah penggemar jeruk. Tapi jeruk Pak Ali ni memang sedap. Makan sepeket memang tak cukup rasanya.  Saya pun pelik, kenapa jeruk Pak Ali ni sedap, jeruk kat KL tak macam ni rasa dia. Kalau makan jeruk selalu rasa semacam aje tekak. Silap-silap boleh sakit tekak. Tapi jeruk Pak Ali ni tak jadi macam tu.…

Daftar Perniagaan di SSM

Zaman sekarang ramai yang buat perniagaan secara atas talian (online)… Betul tak? Saya juga tidak terkecuali. Saya mula berniaga secara online ni sejak tahun 2010. Pertama kali mendaftarkan perniagaan di SSM secara rasmi pada 2014 dengan menggunakan nama persendirian sebagaimana di MyKad saya. Dan baru-baru ini saya mendaftarkan satu lagi perniagaan dengan menggunakan nama tred iaitu Bobita Enterprise. Di sini sedikit perkongsian tentang prosedur mendaftar perniagaan di SSM menurut pengalaman dan pengetahuan yang saya ada. Moga bermanfaat buat mereka yang baru ingin menapak dalam…

Review: Aroma Laziz Cafe

Aroma Laziz (bukan Aaron Aziz ye ?). Aroma Laziz Cafe ini dikategorikan sebagai sebuah cafe baru di Penang ni…sekitar hujung tahun 2015 kami menyedari menyedari kewujudannya :p Kalau lalu  Persiaran Bukit Jambul, mesti akan nampak signboard macam ni ye? Kami selalu ulang alik jalan ni waktu on the way Bukit Gambier – Balik Pulau. Memang dah usha lama sebab restorannya cantik, nampak selesa dan santai. Pernah 2-3kali teringin nak pi makan kat sini, tapi tutup…rupa-rupanya hari Ahad memang tutup kot…jadi akhirnya Isnin lepas kami mencuba nasib ke sini lagi, Alhamdulillah buka ? Parking. Ruang letak kereta agak besar…jadi insyaallah tak ada masalah untuk meletakkan kenderaan di dalam kawasan…

Makanan sedap di Pulau Pinang yang patut anda cuba~

Pulau Pinang kaya dengan variasi makanan yang 1001 macam jenis. Makanan di Pulau Pinang juga dinobatkan sebagai antara makanan tersedap di dunia. WOW~!!! Pelbagai pilihan makanan, dari makanan cina, india dan melayu. Sebagai orang Pulau Pinang, saya akan dikongsikan makanan halal muslim yang terbaik untuk anda cuba ketika melawat ke Pulau Pinang 🙂 Turutan di dalam entri ini bukanlah mengikut ranking apa-apa. Ianya secara rawak sahaja dan semuanya sedap-sedap belaka dan patut dicuba 🙂                    …

Bukit Bendera, Pulau Pinang

Permulaan cuti sekolah hujung tahun ini kami mulakan dengan ke Bukit Bendera, Pulau Pinang. Harga tiket standard untuk dewasa warganegara Malaysia RM10. Ada juga tiket ekspress segala bagai RM30. Ada juga tiket promosi RM3 aje. Ada juga tiket sehala. Agak complicated. Tak larat nak explain, boleh buka website Penang Hill untuk details harga tiket ye :p Tren naik ke puncak Bukit Bendera bermula seawal jam 6.30pagi dan trip terakhir untuk turun ke kaki Bukit Bendera ialah jam 11.00malam. Kami haritu ke sana pada hari…

Umrah Bersama Bayi

Assalamualaikum ibu ayah sekalian. Alhamdulillah kini makin ramai orang muda berinisiatif untuk menunaikan Umrah dan syukur yang tidak terhingga telah berpeluang menjadi Duyufurrahman, yakni tetamu Allah. Jika ibu ayah mula membaca entri saya ini, pasti anda sedang bercadang untuk mengerjakan umrah bersama bayi anda. Saya doakan segala urusan pergi, semasa, dan pulang anda sekeluarga penuh bahagia dan dilimpahi barakah. Insyaallah. Moga entri ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat bermanfaat buat ibu ayah beserta bayi anda sebagai Duyufurrahman. Amin. Persediaan sebelum berangkat. PERSEDIAAN SEBELUM BERANGKAT…