Crotch Baby Carrier: Benarkah ianya bahaya?

  Alhamdulillah, kini ramai ibu ayah telah terbuka untuk mendalami ilmu menggendong anak. Tahniah. Saya percaya, ibu ayah yang ingin menggendong anak dengan baby carrier ada sebab tersendiri. Dan ada juga ibu ayah yang tidak menggunakan baby carrier juga ada sebab tersendiri. Kita ibu ayah yang bijaksana, terbukalah dengan pilihan ibu bapa lain yang mungkin tidak sama dengan kita. Yang pasti, kita semua menyayangi anak kita 🙂   Baiklah, dikalangan ibu ayah yang mula berjinak-jinak dengan dunia menggendong pastinya tidak terlepas dari mendengar, terbaca,…

Anak yang di gendong~

Duhai anak, Semua ibu ayah di dunia ini mencintaimu. Mereka menggendongmu kerana kasihnya mereka kepadamu. Bukan soal gendongan murahan. Bukan juga soal gendongan tiruan. Ini soal mahu yang terbaik dan selamat. Apakah yang murah itu tidak baik? Apakah yang tiruan itu tidak selamat? Ibu ayahmu mungkin belum tahu. Jika mereka tahu, pasti akan beri yang terbaik buat mu. Mungkin ibu ayahmu tidak mampu. Tapi kamulah hartanya yang membuatkannya kaya. Dunia menggendong bayi yang suci sejak tradisi. Jangan jadikan kecaman di sana-sini. Sokonglah ibu ayah…

“Busy Board” bukan permainan biasa-biasa

Saya mula google tentang busy board ni apabila ada yang share tentangnyadi FB. Saya memang cepat terpengaruh kalau apa-apa yang berkaitan untuk permainan anak-anak yang menarik dan menjana minda ni. Dah lama teringin nak buat. Akhirnya terealisasi juga. Di sini saya nak kongsikan pengalaman pembikinannya dan hasilnya. Moga bermanfaat. Inilah antara barang yang saya beli untuk buat Busy Board ni.   Ternyata tidak semudah yang disangka nak kumpulkan barang-barang yang sesuai. Bukan apa, sebab nak bajet. Kalau tak kisah harga mungkin selamba je la…

Silap tanggapan berkaitan penggunaan baby carrier

[Silap tanggapan #1] “Anak saya ni lasak, hyper-active, dan sukar dikawal. Tak boleh nak gendong pakai baby carrier.” Yang sebenarnya; Anak yang lasak, hyper-active, dan sukar dikawal inilah yang lebih lagi perlu digendong dengan baby carrier. Kenapa? Kerana anak hyper-aktif suka berkeliaran dan berlari hingga kita tidak sempat mengejarnya di tempat awam. Ia amat membahayakan. Penggunaan baby carrier akan membantu anda mendukung anak anda tanpa kerahan tenaga yang tinggi. Baby carrier yang kukuh seperti Bobita Gen2 SSC akan membantu anda ‘memeluk’ erat anak anda…

Review Bobita Gen2 SSC

Bobita Gen2 SSC adalah salah satu baby carrier yang ergonomik, selesa dan selamat buat bayi dan kita yang menggendong. Kini telah mencecah ratusan pengguna Bobita Gen2 di Malaysia dan pastinya dah mencecah ribuan pengguna di seluruh dunia kerana kualitinya yang amat baik memandangkan ianya adalah sebuah jenama antarabangsa yang telah terjual di banyak negara antaranya Malaysia, Indonesia, Singapura, Amerika, & Sepanyol. Dan mungkin lebih lagi. Ini antara review & testimoni dari ibu ayah, pengguna di Malaysia: www.facebook.com/bobitamalaysia Nak dapatkan satu untuk keluarga anda?  …

Permainan menjana skill dan minda anak

Zaman sekarang anak kecil seawal usia bayi kita dah perkenalkan dengan video di handphone, tab dan sebagainya. Kadang-kadang perlu juga kita alih perhatian mereka dengan permainan yang lebih menjana minda dan skill motorik mereka. Ini antara permainan kepunyaan Wafiy. Satu diberi oleh maklong nya sebagai hadiah ulang tahun yg ke2 nya yang lalu. Satu lagi saya beli kerana Wafiy memang gemar dan cenderung untuk menyususun barang ni 🙂 #1 – Shape Puzzle House Inilah dia Shape Blocks Puzzle House. Terdiri dari 8 blok pelbagai…

Pengalaman Penyusuan Anak Selama 2tahun

Pengalaman ibu menyusukan anak mungkin ada perbezaan antara satu-sama lain. Walaubagaimanapun secara umumnya rata-rata adalah hampir sama. Di entri ini saya ingin kongsikan pengalaman penyusuan (susu badan dan formula) anak pertama saya (dan masih satu-satunya), Wafiy selama 2tahun ini. Moga bermanfaat 🙂 #SEBELUM KELAHIRAN Ketika masih hamil, saya tidak banyak buat pembacaan tentang isu-isu dalam penyusuan. Ketika itu pembacaan dan pencarian maklumat lebih kepada proses kelahiran atau bersalin itu sendiri. Walaupun info penyusuan saya agak minima ketika itu, berikut apa yang saya dapatkan sebelum…

Destinasi percutian yang kurang mesra stroller.

Entri ini saya pernah tulis sebelum ini dalam bahasa inggeris. Saya copy paste kembali di blog ini. Moga bermanfaat buat ibu-ayah dengan anak kecil 🙂 Top destinations to travel with family, babies and small kids that NOT really STROLLER FRIENDLY: #1 Bandung, Indonesia – Pasar Baru. The paradise of shopping. Always crowded with people and stuff!! What ever u need is under one roof called Pasar Baru!!! – Tangkuban Perahu. An active valcano. A hilly area yet magnificent view. Make sure you on flat…

Tips: Bawa Bayi Naik Pesawat

Pertama kali nak bawa bayi naik pesawat pasti membuatkan ibu-ibu risau dan berdebar. Khuatir akan keselamatan anak dan mungkin juga takut anak menangis di dalam pesawat. Saya juga sebagai ibu ketika pertama kali ingin terbang bersama Wafiy di usianya 3bulan sibuk bertanya pada orang yang lebih berpengalaman dan banyakkan pembacaan tentang membawa bayi atau anak kecil menaiki pesawat. Kini, sudah banyak kali Wafiy menaiki pesawat. Bermula jarak pendek seperti KL-PENANG (40minit), jarak sederhana; KL-BALI (3jam), dan jarak jauh; KL-JEDDAH (9jam). Oleh itu, saya ingin…

Tips Penjagaan Kesihatan Anak Kecil Di Bawah 2 Tahun.

Alhamdulillah kini anak saya Wafiy telah berumur 2 tahun pada 10 September 2015 yang lalu. Tamatlah gelaran bayi atau infant kepadanya. Lepas ni kalau naik flight dah tiket kid dan boleh dapat seat sendiri dah 😉 Saya amat bersyukur kerana dari aspek kesihatan, Wafiy boleh dikategorikan sebagai anak kecil atau bayi yang tidak sering sakit. Dia hanya pernah demam, batuk, dan selsema sebanyak 3kali dalam tempoh 2 tahun ini. Alhamdulillah, rezeki dari Allah tidak banyak memberi dugaan sakit buat Wafiy. Walaubagaimanapun, saya sendiri telah…