Zaman sekarang anak kecil seawal usia bayi kita dah perkenalkan dengan video di handphone, tab dan sebagainya. Kadang-kadang perlu juga kita alih perhatian mereka dengan permainan yang lebih menjana minda dan skill motorik mereka. Ini antara permainan kepunyaan Wafiy. Satu diberi oleh maklong nya sebagai hadiah ulang tahun yg ke2 nya yang lalu. Satu lagi saya beli kerana Wafiy memang gemar dan cenderung untuk menyususun barang ni ๐Ÿ™‚
#1 – Shape Puzzle House
Inilah dia Shape Blocks Puzzle House. Terdiri dari 8 blok pelbagai bentuk dan warna dilengkapi model rumah dan bumbung yang berlubang mengikut bentuk.
Model baby tengah main dengan gembira ๐Ÿ˜‰
Wafiy first time main. Mula-mula dia memang tak faham macam mana nak main. Paklang dia demo cara main. Dengan bantuan, dia faham yang dia kena masukkan blocks tu dalam lubang, tapi dia main nak sumbat aje. Memang la tak boleh masuk kalau tak kena bentuk kan? Agak stres mulanya di situ :-p
Setelah percubaan beberapa kali dia mula faham bahawa dia perlu memasukkan blocks mengikut bentuk. Memang budak-budak cepat belajar. Dia dah boleh cam bentuk itu perlu ke lubang yang itu. Dia happy, kita ibu ayah pun happy tengok improvement anak ๐Ÿ™‚

 

Kini saya bagi Wafiy main selang sehari. Kalau hari-hari pun mesti nanti bosan. Ada lagi mainan lain, kita selang selikanlah. Setiap kali main mungkin sekitar 10-15minit. Ia dah memadai untuk train skill motorik dan minda dia. Dari hari ke hari memang nampak improvement kecekapan dia memadankan bentuk puzzle blocks tersebut. Saya rasa ini permainan yang amat sesuai untuk anak-anak sekitar umur Wafiy (1-3tahun). Selain itu, blocks nya juga besar-besar, Insyaallah tak boleh masuk mulut anak-anak kecil. Jadi ianya selamat. Saya rasa pembelian permainan ini (oleh Maklong Wafiy) sebagai hadiah harijadi untuk Wafiy amat berbaloi dan bermanfaat. Terima kasih Maklong Wafiy ๐Ÿ™‚
#2 – Tower Blocks
Inilah dia Tower Blocks. Terdiri dari 7blok yang bewarna-warni dan pelbagai saiz. Dari yang paling kecil di bahagian bawah hinggalah yang terkecil di puncaknya.
Model baby sedang main tower blocks
Wafiy leka main Tower Blocks. Memang kegemaran dia menyusun barang. Jadi sangatlah sesuai untuk anak-anak yang suka menyusun ni ๐Ÿ˜‰

 

Ibu ayah yang lain pun patut dapatkan permainan-permainan yang macam ni untuk anak-anak yang sel-sel otak sedang berhubung pantas ni. Ia amat baik untuk menjana minda dan skill motorik mereka ๐Ÿ™‚ย Berbaloi beli. Anak happy, ibu ayah senang hati ~Nak beli kat mana?ย Layariย www.markassikecil.com.myย untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *