Alhamdulillah kini anak saya Wafiy telah berumur 2 tahun pada 10 September 2015 yang lalu. Tamatlah gelaran bayi atau infant kepadanya. Lepas ni kalau naik flight dah tiket kid dan boleh dapat seat sendiri dah ๐Ÿ˜‰ Saya amat bersyukur kerana dari aspek kesihatan, Wafiy boleh dikategorikan sebagai anak kecil atau bayi yang tidak sering sakit. Dia hanya pernah demam, batuk, dan selsema sebanyak 3kali dalam tempoh 2 tahun ini. Alhamdulillah, rezeki dari Allah tidak banyak memberi dugaan sakit buat Wafiy. Walaubagaimanapun, saya sendiri telah membuat banyak pembacaan tentang penjagaan kesihatan bayi dan cuba mempraktikkannya kepada Wafiy. Kita perlu berusaha, Allah jua yang menentukan. Oleh itu, di entri ini saya ingin berkongsi tips kesihatan bayi yang pernah saya baca dan aplikasikan. Moga bermanfaat ๐Ÿ™‚
ย 
TIPS: PENJAGAAN KESIHATAN ANAK KECIL DI BAWAH 2 TAHUN.
ย 
#MINYAK TELON BAYINI MESTIKA
ย 
Minyak telon: Minyak Bayini Mestika
  • Ini minyak telon pertama yang saya beli untuk Wafiy sejak dia dalam kandungan lagi. Harganya RM7 sebotol. Baunya wangi berbanding minyak telon lain di pasaran. Saya pernah beli minyak telon jenama lain, tapi baunya tidak menyenangkan saya. Saya lebih suka bau minyak telon keluaran Mestika ini. Awas, jenama Mestika ada juga mengeluarkan minyak urut untuk dewasa, jangan tersilap beli. Takut panas pula bayi anda. Minyak jenama Mestika ini adalah produk tempatan, dikilangkan di Kelantan. Penggunaannya; sejak hari pertama lahir, setiap kali selepas mandi dan tukar lampin saya akan sapukan minyak ini ke tapak kaki dan perut Wafiy.
  • Alhamdulillah, Wafiy tidak pernah alami masalah kembung perut. Saya terus menyapukan minyak ini sebagai rutin sehingga dia berumur 1tahun 6bulan pada tapak kaki dan perutnya setiap kali selepas mandi. Kini saya hanya sapukan jika dia mandi laut atau swimming pool, kerana khuatir masuk angin. Alhamdulillah selama 2tahun ini Wafiy tidak pernah alami masalah angin.

 

#MINYAK TROPIKA COCONUT VIRGIN OIL (HAIR & BODY OIL) – LAVENDER
Minyak kelapa dara untuk rambut dan badan Tropika – Lavender
  • Mengikut sunnah, kita perlu mencukur botak rambut bayi yang baru lahir pada hari ke-7 kelahirannya. Alhamdulillah, seminggu selepas Wafiy lahir, dia telah kami botakkan ๐Ÿ™‚ Jika ada ibu-ayah yang tak sempat cukur botak rambut anak hari ke-7, mungkin dah sebulan baru tahu yang sunat botakkan anak ni, teruskanlah botakkan anak, kerana ada hikmahnya membuang rambut yang dari dalam rahim itu. Ada kebaikan dari aspek kesihatan dan sains begitu juga dalam agama Islam. Jangan kerana takut rambut anak tak tumbuh, kita tak cukur, sedangkan rambut yang bersama anak kita sewaktu lahir itu akan gugur juga dalam tempoh 3-4bulan pertama hayatnya dan akan tumbuh rambut baru. Jangan sia-siakan pahala sunat yang boleh kita dapatkan dan juga manfaat mencukur rambut kepada anak kita ๐Ÿ™‚
  • Sekitar umur Wafiy 2bulan, saya beli minyak ni dan sapu di kepalanya setiap kali selepas mandi. Wangi dan menyegarkan. Saya sapu juga dibadannya supaya wangi ๐Ÿ˜‰ Alhamdulillah, rambut Wafiy cepat tumbuh dan lebat. Seawal Wafiy 4bulan kami dah perlu potong rambut Wafiy kerana panjang. Sejak itu, memang selang sebulan memang kena potong rambut hinggalah sekarang dah 2tahun, dah lebih 10kali potong rambut. Kalau perempuan, agaknya dah panjang la rambut dia, boleh ikat tocang :-p oh ya, harga minyak ni RM20 sebotol 30ml. Agak mahal, tapi berbaloi.
  • Selain melebatkan dan mempercepat pertumbuhan rambut, minyak kelapa ini secara tradisional dapat mencegah dan merawat selsema. Mungkin kerana itu juga Wafiy sangat jarang selsema dalam tempoh 2tahun ini. Dia cuma pernah selsema 3kali sahaja. Alhamdulillah. Jika anak selsema, bolehlah sapukan minyak kelapa ke ubun-ubun anak. Insyaallah cepat sembuh.
#SUDOCREM – NAPPY CREAM
Sudocrem untuk punggung bayi yang melecet.
  • Saya rasa semua ibu-ayah menghadapi masalah punggung bayi melecet kerana bayi pada awal kehidupannya terutama ketika dalam pantang kerap buang air besar dan risiko melecet ini sering berlaku. Pada mulanya saya pun tidak tahu bagaimana cara mengatasinya. Mujur ada kawan ibu saya yang beritahu, cucunya pakai Sudocrem ini. Baru saya perasan, saya ada dapat sample botol kecil krim ini dari pakej PPUM, hospital dimana saya melahirkan Wafiy.
  • Alhamdulillah, memang berkesan. Lecet punggung Wafiy sembuh dalam hari yang sama. Sejak itu, saya pasti akan sapukan krim ini di punggung Wafiy setiap kali mandi dan tukar lampin. Saya menggunakannya secara rutin sehingga Wafiy umur sekitar 1tahun 6bulan setiap kali lampinnya ditukar. Setiap kali guna tak banyak, 1botol sample yang kecil tu saya pakai hingga Wafiy umur 6bulan. Setelah habis, saya beli di farmasi botol besar, setahun lebih juga masih belum habis pakai. Kini Wafiy pun makin lasak, nak sapu krim pun tak sempat dah :p Saya amat sarankan penggunaan Sudocrem ini bagi menangani masalah punggung bayi melecet ๐Ÿ™‚
#JUS PRUNE
Prune Juice: untuk anak sembelit.

 

  • Sembelit atau sukar buang air besar atau najis keras adalah antara masalah biasa yang dihadapi oleh bayi terutamanya bagi bayi yang baru mula makan solid food pada usia 6bulan. Wafiy tidak terkecuali. Pada awal-awal dia mula makan solid food pada umurnya 6bulan, dia pernah tidak buang air besar hingga 5hari. Untuk bayi yang menyusu badan penuh dan belum mula makan, jika tidak buang air besar seminggu pun sebenarnya tidak mengapa. Ketika itu Wafiy baru mula makan puri buah-buahan. Tapi dia tidak buang air besar. Ibu mana yang tidak risau, jadi saya bawa dia ke klinik kesihatan yang biasa saya pergi untuk check-up bulanan Wafiy. Doktor periksa perut Wafiy, katanya normal, tiada sebarang simptom yang mencurigakan. Cuma bila doktor tanya, Wafiy ada kentut tak? Saya kata macam tak ada. Macam dah lama tak dengar dia kentut :-p
  • Doktor kata, kalau bayi tidak buang air besar tapi masih kentut, tidak perlu risau, kerana itu tanda saluran dalam perutnya tidak ada masalah atau tersumbat. Tapi Wafiy ketika itu saya rasa macam dia tak ada kentut dah 2-3hari dan hari itu adalah hari ke-5 dia tak buang air besar. Jadi doktor berikan ubat cairkan najis untuk minum dan juga untuk dari bawah. Apabila nak ambil ubat dikaunter farmasi, pegawai farmasi yang baik hati lagi cantik itu mensarankan agar Wafiy minum air prune. Katanya ubat-ubat ni tak baik untuk anak bayi sekecil Wafiy jika diberi secara kerap. Kerana ubat ini sekadar merawat, adalah lebih baik kita mencegahnya dan menjadikan rutin pemakanan sihat sejak bayi ๐Ÿ™‚
  • Pulang dari klinik, saya berikan Wafiy ubat cair najis mengikut dosej yang dinyatakan. Memang sikit saja, tapi setelah itu Wafiy berak dengan jayanya. Stock 5hari selesai dalam satu hari :-p Setelah itu, saya tanya pada rakan yang ada anak kecil juga. Dia berikan anaknya jus prune. Dia ajarkan saya untuk dilute (cairkan) jus itu dengan air masak agar tidak terlalu pekat dan tidak terlalu masam agar bayi boleh minum. Saya pun jadikan rutin bagi Wafiy minum jus ini sehari sekali pada awalnya. Kemudian selang sehari dan seterusnya jika Wafiy tak buang air besar lebih dari 2hari, baru saya bagi. Alhamdulillah, lancar penghadamannya, tak perlu bagi ubat lagi. Jus Prune ini hanya sesuai untuk bayi 6bulan ke atas ye. Di botol jus ini juga ada tulis umur minima bayi 6bulan untuk minum.
#MINYAK BAWANG PUTIH
Bahan-bahan Minyak Bawang Putih

 

  • Wafiy batuk dan selsema pada kali pertama pada usianya hampir 7bulan. Pada masa itu jerebu teruk pada tahun 2014. Banyak sekolah terpaksa ditutup ketika itu. Jadi tidak hairanlah Wafiy yang belum pernah sakit pun boleh selsema. Untuk bayi di bawah 2tahun sebenarnya tidak boleh diberikan ubat batuk atau selsema. Tapi kebiasaannya klinik swasta akan tetap berikan ubat. Lebih parah ada klinik yang berikan ubat dewasa pada bayi. Itu adalah tindakan yang amat tidak beretika dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Jadi saya pun google cara merawat selsema bayi secara tradisional.
  • Pertama, saya baca buku perubatan Islam dari buku ibu saya di rumah, boleh sapukan minyak kelapa pada ubun-ubun bayi, dan selawatlah. Jangan lupa berdoa untuk kesembuhan anak. Ke-dua, yang lebih banyak di google adalah minyak bawang putih untuk merawat selsema bayi. Caranya ialah: kupas bawang putih 2-3ulas. Cucuk di garfu dan bakar direct dengan api dapur hingga seluruh bawang putih kehitaman. Anda juga mungkin akan dengar desiran dari bawang menandakan minyak sedang terhasil. Bawang yang anda cucuk dan bakar itu juga mungkin akan licin dan terjatuh dari garfu kerana telah berminyak. Seterusnya, lenyekkan bawang-bawang yang telah dibakar tadi dengan garfu di dalam piring atau mangkuk. Tuangkan sedikit minyak zaitun atau minyak makan pun boleh. Gaulkan hingga rata dan akhir sekali perahkan sedikit jus lemon. Jus limau nipis pun boleh. Siap~!!! ๐Ÿ™‚ Pernah sekali-dua Wafiy selsema selepas mandi kolam renang, jadi cepat-cepat saya buat minyak ni dan sapukan pada tapak kakinya semasa tidur malam. Alhamdulillah, esoknya dia tak selsema lagi. Kita yang dewasa pun boleh amalkannya. Berkesan juga untuk saya ๐Ÿ˜€
Minyak Bawang Putih: inilah rupanya. Sapukan pada tapak kaki anak ketika dia tidur. Kalau boleh, setelah itu pakaikan stokin. Insyaallah berkesan merawat selsema anak.

 

#JUS LEMONย + MADU
Air Suamย + Maduย + Lemon untuk merawat batuk

 

  • Bayi batuk juga perkara biasa, Wafiy tidak terkecuali. Dia juga pernah batuk sekitar 2-3kali. Jadi saya guna ramuan ini, air suam dengan perahan lemon dan madu asli. Gaulkan dan biar rasa seimbang. Masam-masam manis. Insyaallah anak pun suka. Amalkan sebagai minuman hariannya ketika dia batuk. Insyaallah membantu melegakannya tanpa perlu ubat. Banyakkan bagi air suam juga ketika anak tidak sihat ๐Ÿ™‚
#AIR ZAMZAM
Air Zamzam sesuai untuk minuman harian

 

  • Sejak Wafiy 4bulan, saya ada berikan beberapa teguk air zamzam sehari untuknya. Seteleh Wafiy masuk 6bulan, saya memang sediakan air zamzam dalam botol untuk dia minum. Insyaallah kesihatan anak terpelihara dengan khasiat dan berkah air dari tanah suci Mekah ini ๐Ÿ™‚
#MINYAK KELAPA DARA
Minyak kelapa dara untuk penyembuhan luka dan gigitan nyamuk atau serangga.

 

  • Minyak ini saya beli ketika trimester ke-3 mengandungkan Wafiy. Asalnya beli sebab nak sapu di perut saya untuk elak stretchmark dan nak minum untuk mudahkan bersalin. Harganya RM40 sebotol. Selepas Wafiy lahir, saya dah tak gunakannya. Saya ada dengar di radio IKIM tentang khasiat lain minyak kelapa dara ni, antaranya sapu pada luka atau pada bekas gigitan nyamuk atau serangga. Jadi kalau Wafiy ada merah-merah seperti kesan gigitan nyamuk atau serangga, memang saya sapukan minyak ni aje. Menang cepat sembuh. Sejak Wafiy dah boleh berjalan dan berlari, dia selalu juga jatuh di jalan tar dan luka di lutut. Jadi saya sapukan juga minyak ini kerana menurut informasi yang saya dengar di radio IKIM tu, minyak kelapa dara bersifat anti-bakteria dan ada agen penyembuhan semula jadi. Alhamdulillah, lukanya cepat sembuh. Selain itu, saya juga ada sapukan minyak ini ke ubun-ubun Wafiy jika selsema ๐Ÿ™‚
#AIR LEMONADE
Air Lemonade: Air masak dengan hirisan lemon pelbagai manfaat dan khasiat untuk bayi dan sekeluarga.

 

  • Air Lemonade atau air lemon ni senang saja nak buat. Satu jug air dan hiris-hiris lemon macam dalam gambar di atas. 3-4 hiris lemon aje. Jangan sampai sebiji, nanti masam sangat. Tak perlu perah pun lemon tu. Cuma perlu masukkan hirisan lemon dan biarkan sekitar 15minit sebelum minum. Apabila air kurang, tambahlah air. Saya masukkan air ni dalam botol minuman Wafiy dan selang seli jadikan minuman harian. Insyaallah badan akan lebih sihat. Ianya kaya dengan vitamin C mampu mencegah selsema dikalangan bayi dan juga kita yang dewasa.
#BAWANG BESAR YANG DIBELAH
Bawang yang dibelah umpama magnet bakteria.

 

  • Tips ini saya dapat dari internet. Jadikan amalan sentiasa ada bawang yang terbelah di ruang rumah kerana bawang ini bagaikan magnet menyerap bakteria termasuk virus selsema, batuk, dan demam. Ada beberapa kes yang dicatatkan, antaranya tentang wabak demam selsema merebak diseluruh kampung, tapi ada satu keluarga terselamat kerana keluarga itu meletakkan bawang yang dibelah diruangan rumah. Selain itu, kajian makmal juga mendapati bawang yang terbelah ย dan dibiarkan beberapa hari di dalam rumah mengandungi kuman-kuman asing yang tidak sepatutnya ada pada bawang seperti virus batuk dan selsema. Oleh kerana itu juga kita digalakkan untuk memotong bawang terlalu awal misalnya satu hari lebih awal dan dibiarkan semalaman sebelum dimasak adalah tidak baik untuk kesihatan. Ini kerana bawang tersebut telah tercemar dengan pelbagai bakteria. Alhamdulillah, saya telah mengamalkannya hampir setahun. Saya belah bawang dan letak di atas rak/meja yang tak dapat dicapai oleh Wafiy. Apabila bawang dah kecut dan kering, saya akan gantikan dengan bawang baru. Begitulah, tak pernah putus dengan ada belahan bawang di rumah. Alhamdulillah, kami sekeluarga sihat. Cubalah~!!! ๐Ÿ™‚
#QASEH GOLD JUNIOR
Qaseh Gold Junior: untuk imunisasi anak

 

  • Saya beli Qaseh Gold Junior untuk Wafiy ketika dia 1tahun 5bulan, sebagai persediaan kesihatannya untuk kami mengerjakan umrah. Alhamdulillah, sepanjang di sana Wafiy sihat sehingga pulang ke Malaysia dia tetap sihat. Saya dan ahli keluarga yang lain semua batuk-batuk selepas pulang umrah, tapi Wafiy tetap sihat. Alhamdulillah, berkat doa dan usaha, Allah berikan kesihatan yang baik buat Wafiy. Qaseh Gold Junior ini sebagai ikhtiar saya untuk menambah baik imuniti badan Wafiy ๐Ÿ™‚ Setelah pulang umrah, saya tetap meneruskan pengambilannya untuk Wafiy. Alhamdulillah, selera makannya pun bertambah baik.
#CALIPH
Caliph: Supplement Sunnah untuk kanak-kanak
  • Ini supplement terbaru di pasaran. Saya tidak mahu terlepas untuk cuba memberikan yang terbaik untuk Wafiy. Wafiy suka rasanya. Dia sampai pergi buka peti ais sendiri dan ambil botol Caliph ni minta saya beri dia minum. Alhamdulillah, moga Wafiy dapat manfaat dari khasiatnya untuk kekal sihat, cergas, dan cerdas ๐Ÿ™‚

 

#SUSU IBU
Khasiat susu ibu yang tiada tandingan
  • Last but not least; susu ibu. Alhamdulillah Wafiy direzekikan Allah untuk minum susu ibu dan saya dan saya dapat menyusukannya penuh selama 2tahun ini. Saya juga yakin kesihatan Wafiy yang baik ini antara berkat khasiat dan manfaat susu ibu yang tiada tandingan. Perjalanan 2tahun menyusu badan juga bukanlah satu yang mudah. Penuh liku dan ranjau. Tabahlah ibu-ibu demi kebaikan yang telah dijanjikan Allah.
  • Mungkin itu motivasi terbaik buat ibu-ibu agar terus berusaha untuk memberikan susu ibu. Allah telah menetapkan susu ibu untuk bayi bawah 2tahun, pasti ada hikmahnya. Bagi yang tidak dapat memberikan susu ibu pada anak, Allah lebih tahu tentang usaha kita. Berdoalah agar anak sihat dan bersyukurlah apabila mereka sihat. Moga dengan entri ini dapat membantu ibu-ibu berkaitan informasi menjaga kesihatan bayi kita. Insyaallah ๐Ÿ™‚
Nak beli barang baby? Layariย www.markassikecil.com.myย untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *