Isu dalam penggunaan Baby Carrier: Mengapa ‘front-facing’ itu tidak baik?

Ketika dalam pemilihan nak beli baby carrier, ramai yang bertanya, baby carrier SSC Bobita, NaNa ni boleh carry baby menghadap luar/depan (front facing) tak? Jawapannya tidak, kerana kedua-dua carrier ini tidak direka untuk carry baby menghadap depan. Bukan Bobita atau NaNa saja-saja taknak reka bagi boleh baby hadap depan, ada sebabnya. . Sebenarnya carry anak menghadap depan untuk satu tempoh yang lama merbahaya kepada mental dan fizikal bayi. . Fungsi otak bayi dibawah 2tahun belum ‘well-develope’ Jika kita carry anak menghadap hadapan untuk satu jangka masa…

Baby Carrier (crotch, hip-seat, SSC): Belajar dari pengalaman.

Wafiy is turning 2years young dalam beberapa hari lagi (10 September 2015) 😀 Sepanjang perjalan meniti hari-hari bersama Wafiy kami banyak bergantung harap pada baby carrier untuk memudahkan pergerakan kami sekeluarga. Ini kerana kami banyak travel, terutamanya dengan kenderaan awam. Seawal umur Wafiy 3bulan kami dah mula naik pesawat. Wafiy umur 4bulan naik keretapi (KTM) dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan pernah juga naik bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang ketika umurnya 4bulan juga. Kami juga telah ke Bali, Aceh, Thailand…

Bersama Bobita Gen2 SSC Baby Carrier, ke mana telah kami pergi?

Kami pengguna Bobita Gen2, baby carrier dari jenis Soft Structured Carrier (SSC) yang ergonomik, selesa, dan selamat. Alhamdulillah, telah merata tempat kami pergi bersama Bobita Gen2 kesayangan kami. Wafiy selesa dan gembira, kami juga sebagai ibu dan ayah hati senang. Ini antara perkongsian saya tentang pengalaman kami menggunakan Bobita Gen2 dalam melayari keindahan bercuti, travel, dan kehidupan harian bersama Bobita 😀 #1 BUKIT TINGGI, COLMAR TROPICALE (BERJAYA HILL), PAHANG, MALAYSIA. Tempat pelancongan ini terkenal dengan cuaca yang dingin, udara yang segar, dan binaan bangunan seperti…

Makan Angin di Hatyai & Songkla (Part 3)

17hb Ogos 2015. Hari ke-3 dan terakhir kami di Hatyai, Thailand. Untuk tengok aktiviti kami pada hari pertama klik di sini, dan hari ke-2 boleh klik di sini. #SARAPAN. Kami mulakan hari dengan sarapan ringkas di balkoni bilik hotel kami. Kami dah beli sebuku roti dan sebotol jem strawberi semalam di 7eleven berdekatan hotel. Roti & Jem Thai. Sebelum beli check tanda Halal ye.   #CHECK-OUT. 11.50am kami pun melangkah keluar dari bilik hotel kami yang best ni. Nak baca detail review tentang hotel…

Resipi: Pancake Senang

Home made pancake   RESIPI PANCAKE BAHAN-BAHAN 2 cawan tepung gandum 1 biji telur 1 sudu kecil serbuk penaik 1 sudu kecil esen vanila 1/2 cawan susu tepung 1 sudu besar gula 1 cubit garam    air secukupnya CARA-CARA #1 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. #2 Tambah sedikit demi sedikit air hingga semua bahan larut dan sebati. Tekstur yang kita mahukan adalah likat seperti susu pekat. #3 Panaskan non-stick pan. Setelah cukup panas, tuangkan ke dalam pan. Banyak mana nak tuang, mengikut kesukaan…

Resipi: Sos Butterscotch Sedap

RESIPI SOS BUTTERSCOTCH (inspirasi dari Thai)   BAHAN-BAHAN 1/2 cawan gula perang 1/2 cawan krim masakan / santan 1/4 buku mentega (butter) 1/4 cawan gula pasir (jika perlu)        Secubit garam CARA-CARA #1 Cairkan gula perang #2 Masukkan krim masakan / santan (Resipi mat salleh biasanya pakai krim masakan. Jika tiada, boleh guna santan, bagi yang pernah ke Thailand mungkin pernah cuba pisang bakar yang di makan dengan sos butterscotch ala Thai. Akan ada rasa santan. Unik dan sedap) #3 Kacau sehingga…

Makan Angin di Hatyai & Songkla (Part 1)

Kami ke Hatyai dan Songkla, Thailand pada 15-17 Ogos 2015 yang lalu. Ini sedikit perkongsian tentang percutian bajet kami. Moga boleh dijadikan panduan buat mereka yang ingin ke Hatyai & Songkla, terutama dengan anak kecil (Wafiy 1tahun 11bulan) seperti kami 😀 15 OOGOS 2015 (Sabtu – Hari Pertama)   Kami bertolak dari Pulau Pinang dengan menaiki van sewa khusus ke Hatyai dengan harga RM35 seorang pada pukul 9.30pagi. Satu van memuatkan 12orang penumpang. Hari kami pergi, semua penumpang lain orang putih. Kami saja yang…

Duyufurrahman [Umrah Part 2] – Madinah

Kami tiba di Madinah sekitar jam 3pagi (waktu Malaysia dah pukul 8pagi) bayangkan kami dah travel hampir 20jam. Penat tu dah pasti. Tapi excited dan bersyukur semuanya lancar dan baik-baik saja 😀 Cerita perjalanan kami boleh baca di entri Duyufurrahman [Umrah Part 1]. Setelah check-in ke bilik hotel penginapan, kami pun mula susun beg dan unpack barang. Wafiy tidur lena dari dalam bas tak sedar langsung ..memudahkan saya nak uruskan diri dan bolehlah rehat 🙂 Alhamdulillah bilik kami view Masjid Nabawi dan Perkuburan Baki’.…

Makan-makan di Thailand: Hatyai & Songkla

Sebut sahaja Hatyai, Thailand pasti ia sangat sinonim dengan makanan asli Thai yang ingin kita cuba seperti Tom Yam, Som Tam, dan Pulut Mangga. Sebenarnya makanan Thai lebih dari itu. Di entri ini saya ingin kongsikan pengalaman kami (saya, suami, dan anak saya Wafiy berumur 1tahun 11bulan) makan-makan di Thai sepanjang 3hari 2malam di Hatyai & Songkla pada 15-17 Ogos 2015 yang lalu 😉 #1 RESTORAN KAI TOD DECHA (HATYAI) Ini tempat makan pertama yang kami tuju sebaik sahaja tiba di Hatyai untuk makan…

Duyufurrahman [Umrah Part 1] – Keberangkatan

Bismilahirrrahmanirrahim. Duyufurrahman bermaksud Tetamu Allah. Kata Ustaz Solah, mutawif kami; “Umrah ini bukan perjalanan yang biasa-biasa. Ianya ke tempat yang Allah Mukarram. Yakni tempat yang Allah muliakan. Iaitu Mekah dan Madinah. Ia satu perjalanan yang luar biasa“ Moga perkongsian ini dapat memberi gambaran kepada yang bakal mengerjakan Umrah dan mungkin sebagai imbasan kenangan kepada yang pernah mengerjakan umrah. Insyaallah penulisan ini akan terbahagi kepada EMPAT BAHAGIAN. Iaitu: Umrah Part 1: Sekitar Keberangkatan Umrah Part 2: Di Madinah Umrah Part 3: Di Mekah Umrah Part…