Baby Carrier (crotch, hip-seat, SSC): Belajar dari pengalaman.

Wafiy is turning 2years young dalam beberapa hari lagi (10 September 2015) ๐Ÿ˜€ Sepanjang perjalan meniti hari-hari bersama Wafiy kami banyak bergantung harap pada baby carrier untuk memudahkan pergerakan kami sekeluarga. Ini kerana kami banyak travel, terutamanya dengan kenderaan awam. Seawal umur Wafiy 3bulan kami dah mula naik pesawat. Wafiy umur 4bulan naik keretapi (KTM) dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan pernah juga naik bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang ketika umurnya 4bulan juga.
  • Kami juga telah ke Bali, Aceh, Thailand dan Umrah ke Madinah & Mekah juga. Alhamdulillah. Jadi, sepanjang 2tahun umur Wafiy ni memang segala jenis kenderaan awam kami dah angkut Wafiy bersama, dari kenderaan darat, air, dan udara semua kami lalui. Oleh kerana itu, penggunaan stroller bagi kami adalah agak terhad dan kurang praktikal buat kami yang sering travel minima sebulan sekali.
  • Tambahan pula, Wafiy ni kategori budak tak mau stroller. Mulai umur dia 5bulan macam tu, dia akan meraung kalau letak dalam stroller, dan mahu didukung. Mulai umur 11bulan, dia dah boleh berjalan, dia yang nak tolak stroller tu. Jadi memang sejak itu kami simpan stroller dalam stor dan menghandalkan 100% kepada baby carrier sebagai alat bantu menggendong Wafiy yang semakin hari semakin berat dan lasak ๐Ÿ˜‰
  • Namun begitu, kami pada awalnya menggunakan baby carrier tanpa ilmu. Ya, KOSONG tentang baby carrier. Tanpa mengetahui rupa-rupanya baby carrier ini ada pelbagai jenis, malah ada yang bahaya~!!! Kami juga tidak pernah mendengar istilah SSC apatah lagi baby carrier yang ergonomik. Itu semua sama sekali amat asing bagi kami. Alhamdulillah, melalui pengalaman, pembacaan dan support group di FB berkaitan baby carrier seperti Malaysian Babywearers dan Gendong 101 telah banyak memberi ilmu tentang penggunaan baby carrier yang baik dan betul.
  • Di entri ini saya ingin berkongsi pengalaman saya memakai beberapa jenis baby carrier dari yang pertama, hinggalah yang terkini dan yang terbaik, Bobita Gen2 SSC Baby Carrier yang ergonomik, selesa, dan selamat ๐Ÿ˜€
#1
BABY LOVE – SNUGGY (CROTCH / NARROW BASE CARRIER)

Jenama Baby Love – Snuggy, Jenis Crotch/Narrow Base Carrier. Tidak bagus.

 

  • Inilah dia baby carrier pertama kami. Beli masa mengandungkan Wafiy 7bulan. Harga RM59.90. Tertarik dengan ilustrasi di kotak. Boleh pakai pelbagai cara. Dari 0month katanya. Itulah dia, bila membeli tanpa ilmu dan tak tahu pun ilmu tentang baby carrier ni wujud masa tu ๐Ÿ™ Masa pakai ni Wafiy baru umur 3-4bulan. Tapi kami tak pakai lama, apabila berat Wafiy sekitar 6kg, sakit-sakit badan kami dibuatnya. Sakit leher, sakit bahu dan sakit pinggang. Sampai satu tahap saya rasa pening dan rasa macam nak demam. Semenjak itu kami tak pakai lagi baby carrier dan simpan saja di dalam almari.
  • Walaupun begitu, kami masih belum tahu bahawa baby carrier itu sebenarnya tidak baik malah berbahaya. Kami cuma fikir, baby carrier semuanya sama dan sangat tidak faham kenapa ada baby carrier yang berharga ratusan ringgit. Ini antara gambar-gambar yang biasa kita lihat di kotak atau iklan baby carrier jenis ini:
Cuba lihat bayi dalam bulatan. Adakah kita sanggup bawa anak begitu? Dan anak kita pun pasti menangis kalau dibawa begitu ๐Ÿ™
Lihatlah kaki bayi dalam gambar-gambar ini. Ia jelas nampak tergantung dan kelihatan menyeksakan. Jika pakai 5minit (untuk tujuan fotografi macam gambar ni mungkin bayi masih boleh tersenyum). Tapi jika untuk 1-2jam, ia pasti menyakitkan.
Ada juga baby carrier yang mahal, tapi tetap bahaya dan membuatkan anak kita tergantung. Ia mungkin mahal kerana jenama dan materialnya yang baik, namun rekaannya tidak ergonomik dan tidak selesa sebenarnya.
Ini adalah beberapa fakta tentang jenis carrier yang bahaya dan selamat sebagai rujukan asas. Dari gambar ini harapnya dapat membantu kita untuk mengerti betapa pentingnya pemilihan baby carrier yang betul.
Posisi/kedudukan bayi yang sepatutnya apabila berada dalam baby carrier..
Kedudukan/posisi bayi yang sepatutnya apabila berada dalam baby carrier.
#2
AIEBO (HIP-SEAT CARRIER)
Hip Seat Baby Carrier. Perhatikan anak panah merah. Ia menunjukkan postur tulang bayi yang tidak baik.
  • Ini adalah baby carrier kami yang ke-dua. Dibeli ketika Wafiy sekitar 7bulan dengan harga RM99.90. Masih tanpa sebarang ilmu tentang baby carrier, kebetulan kami ke sebuah kedai barangan bayi. Tak ada niat pun nak beli carrier baru, nak beli benda lain sebenarnya. Tapi ada display tester carrier ni, jadi kami sekadar suka-suka nak cuba kerana tak pernah tengok baby carrier ada seat macam ni. Suami cuba dahulu, dia kata sedap. Dia round-round satu kedai, katanya memang tak sakit langsung dan rasa ringan sangat. Setelah itu saya juga mencuba. Betul, saya pun suka. Mungkin kerana adanya waist strap, tali dipinggang itu memberi sokongan pada pinggang dan membuat berat beban bayi disebar sama rata menjadikan anak terasa ringan. Wafiy pun nampak ceria ketika itu, Jadi tanpa dirancang, kami pun beli carrier ini.
  • Baby carrier ini memang lebih baik dari jenis narrow base atau crotch kerana kaki bayi tidak lurus ke bawah. Namun seat baby carrier tersebut tidak cukup lebar untuk menampung seluruh peha bayi hingga ke pelipat lutut menyebabkan lutut bayi berada lebih rendah dari punggung. Boleh lihat anak panah merah di bahagian kaki bayi. Ini adalah tidak ergonomik. Selain itu, ia juga seolah-olah memaksa bayi untuk duduk dalam keadaan tulang belakangnya melentik. Ini sebenarnya berbahaya terutama kepada bayi yang belum boleh duduk sendiri kerana tulang yang masih lembut. Untung saja kami menggunakan hip seat ini ketika Wafiy memang telah boleh duduk. Tapi apabila melihat kembali gambar-gambar lama, kami amat berharap Wafiy tidak ada apa-apa.
Ini antara fakta tentang baby carrier jenis hip seat dan postur tulang bayi. Ianya tidak baik.
#3
BOBITA GEN2 (SSC BABY CARRIER)
Ini dia SSC Bobita Gen2 kami. Waktu ni pertama kali pergi jalan-jalan ke Bukit Tinggi, Pahang ๐Ÿ™‚
  • Ketika Wafiy umur sekiar 8-9bulan macam tu saya ada menonton di TV, tentang pemakaian baby carrier yang selamat dan liputan gathering yang dibuat oleh Malaysian Babywearers. Jadi sejak itu saya mula membaca dari internet, mengikuti perbincangan di FB Group berkaitan baby carrier ni. Waktu itu baru saya tahu yang baby carrier jenis hipseat tidak baik. Saya bagitahu pada suami, tapi dia tidak percaya dan fikir ia hanya perkara remeh (saya tahu, pasti ramai suami/ayah yang macam ni kan?).
  • Pada suatu hari kebetulan kami ke sebuah butik bayi, nak beli baju raya untuk Wafiy yang masa tu 10bulan. Ada pelbagai jenis baby carrier jenis SSC di situ. Ada satu yang display di patung, Jenama Bobita. Jadi saya minta suami cuba. Dia pun cuba dengan Wafiy. Dia kata memang sedap. Selesa dan rasa lebih mantap dari hip seat yang kami gunakan. Dia belek-belek material talinya, bucklenya, memang nampak kuat dan meyakinkan. Tengok pula tag harga, RM379.90. Aduhhhh…patut lah.. kami tak terus beli..harus fikir 2-3kali juga ni. Tapi sejak tu, suami pun asyik teringat-ingatkan Bobita SSC tu :p
  • Kami ada juga hadiri gathering yang di anjurkan oleh Malaysian Babywearers di Space U8 kalau tak silap masa tu. Ada pelbagai jenama SSC dan wrap yang dibawa ke sana oleh peserta untuk dicuba-cuba. Di situ saya dan suami cuba pelbagai jenama seperti Jumpsac, Snuggbaby, Cuddle Me, Tula, dan mungkin ada yang saya tak ingat lagi. Ada juga mummy di situ yang sudi ajar kami pakai wrap. Kami juga dapat lihat dan pegang sendiri material dan kualiti setiap carrier yang ada. Terima kasih atas tunjuk ajar. Gathering itu sangat membantu dalam kami belajar tentang baby carrier dan memberi pengalaman merasai pelbagai jenis SSC. Ada yang sedap, ada juga yang kurang ngam di badan suami. Dia masih teringat-ingat Bobita juga :p
  • Akhirnya kami dapatkan Bobita Gen2 dengan harga yang lebih murah dari kedai sebelum ini. Pembelian SSC yang ergonomik dengan ilmu. Dan ternyata ia satu pembelian yang amat berbaloi buat kami. Merata sudah kami pergi dengan Bobita. Dari urusan kerja rumah, shopping, melancong, dan menjalani ibadah umrah juga Bobita telah menemani kami. Alhamdulillah. Jika nak baca tentang pengalaman kami bersama Bobita Gen2, boleh klik di entri ini ๐Ÿ™‚ Jika anda juga ingin dapatkan Bobita Gen2 seperti kami, boleh ke FB PAGE Bobita Baby Carrier – Malaysia untuk maklumat lanjut.
Alhamdulillah, perjalanan umrah kami lebih mudah dengan Bobita Gen2 ini. Rekaannya yang ergonomik, Wafiy selesa kerana kedudukannya tidak melenguhkan. Kami yang menggendongnya juga tidak menggunakan tenaga yang banyak dan tidak sakit badan.
Ini pula kami bercuti di Hatyai, Thailand. Alhamdulillah, perjalanan kami juga jadi senang. Wafiy boleh tidur dengan mudah dan kedudukannya tetap ergonomik dan selamat.

 

  • Inilah dia coretan pengalaman kami menggunakan beberapa jenis baby carrier dan sedikit ilmu yang dapat saya kongsikan agar bermanfaat buat ibu-ayah yang sedang ย merancang untuk membeli baby carrier. Semoga ibu ayah sekalian tidak tersalah beli dan ia bukan sahaja akan membazirkan wang, malah mungkin membahayakan anda dan anak anda. Jadi belilah baby carrier yang baik seperti SSC ini, walaupun harganya mahal sedikit, tapi ianya berbaloi, Insyaallah.

Nak beli barang baby? Layariย www.markassikecil.com.myย untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

10 Comments

  1. Unknown says:

    Terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat berguna. Keadaan anak saya yang lasak sememangnya sangat menyulitkan kami untuk mebawa anak keluar kemana-mana. Stroller pula tidak sesuai untuk di bawa travel jauh lebih-lebih lagi kami banyak menggunakan pengangkutan laut seperti bot. Lepas nie bole survey baby carrier tuk anak. Tak nak peristiwa car seat berulang semula beli yang murah tapi tidak selesa kemudian beralih kepada yg mahal pun sama. Kesudahanya hanya jadi perhiasan kat dalam stor kerana kurang ilmu untuk membeli barang bayi.

  2. jazz pina says:

    Terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat berguna. Keadaan anak saya yang lasak sememangnya sangat menyulitkan kami untuk mebawa anak keluar kemana-mana. Stroller pula tidak sesuai untuk di bawa travel jauh lebih-lebih lagi kami banyak menggunakan pengangkutan laut seperti bot. Lepas nie bole survey baby carrier tuk anak. Tak nak peristiwa car seat berulang semula beli yang murah tapi tidak selesa kemudian beralih kepada yg mahal pun sama. Kesudahanya hanya jadi perhiasan kat dalam stor kerana kurang ilmu untuk membeli barang bayi.

  3. Asa Loan says:

    Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: [email protected], anda juga boleh menghubungi e-mel ini: [email protected], Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan – daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *