RESIPI SOS BUTTERSCOTCH
(inspirasi dari Thai)
 
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan krim masakan / santan
1/4 buku mentega (butter)
1/4 cawan gula pasir (jika perlu)
       Secubit garam
CARA-CARA
#1
Cairkan gula perang
#2
Masukkan krim masakan / santan
(Resipi mat salleh biasanya pakai krim masakan. Jika tiada, boleh guna santan, bagi yang pernah ke Thailand mungkin pernah cuba pisang bakar yang di makan dengan sos butterscotch ala Thai. Akan ada rasa santan. Unik dan sedap)
#3
Kacau sehingga tiada ketulan, masukkan butter. Gaul hingga sebati.
#4
Sesi touch-up. Masukkan secubit garam. Jika terlalu pekat boleh tambah air. Jika terlalu cair atau kurang manis boleh tambah gula pasir. Boleh juga tambah tepung untuk likatkan.
#5
Siap~!!!
Bolehlah buat untuk makan dengan roti, pancake dan sebagainya. Nak buat pisang bakar ala Thai pun sedap juga makan dengan sos butterscotch ni.
Rupa sos butterscotch saya. Macam seri kaya kan?
Saya simpan sos buterscotch dalam balang. Boleh makan dengan roti atau pancake macam dalam gambar.
Wafiy pun suka makan pancake dengan sos butterscotch ni 🙂

 

Untuk resipi pancake, boleh klik di sini 🙂
Nak baca pengalaman saya ke Thai boleh klik di sini 🙂
SELAMAT MENCUBA!!!
Lawati www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan berkaitan si kecil yang bermanfaat!
Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *