Resipi Inti Kari Kentang untuk Karipap, Samosa dan sebagainya.

Resipi Inti Kari Kentang untuk Karipap, Samosa dan sebagainya. BAHAN-BAHAN 5 ulas bawang putih 3 tangkai daun kari (diambil daun sahaja) 2 sudu besar serbuk kari 4 biji kentang (siap direbus) 3 tangkai daun sup (dicincang) 1 sudu/kiub pati ayam Air, garam, gula secukupnya. CARA-CARA   #1 Tumis bawang putih dan daun kari #2 Masukkan serbuk kari, setelah garing, masukkan air agar serbuk kari tidak hangit. #3 Masukkan kentang yang telah siap direbus. Jika ingin gunakan kentang mentah, tambah air hingga paras kentang dan…

Resipi All Day Sandwich ala Subway

Saya salah seorang peminat all day sandwich SUBWAY. Tapi harganya yang tak berapa nak murah membuatkan ia agak jarang untuk saya nikmati :p Oleh itu saya cuba-cuba buat sendiri di rumah. Memang mengubat rindu mengidam nak makan Subway secara kerap. Kenapa dipanggil all day sandwich? Kerana ia boleh di makan tak kira waktu. Pagi, tengah hari atau malam dan ianya mengenyangkan. Bahan-bahan yang saya gunakan juga bahan asas yang mudah diperoleh di supermarket seperti Tesco atau pasar raya besar Mydin. BAHAN-BAHAN (untuk 2org) 4…

Resipi: Aiskrim semudah 1,2,3

  Bila ada anak kecik ni, seronok nak mencuba masak makanan yang anak suka nak makan. Walaupun Wafiy taklah selalu makan aiskrim, adalah 2-3kali seumur hidup dia yang baru 2tahun 1bulan ni :-p Jadi ada baiknya bagi aiskrim yang kita buat sendiri pada anak-anak kecil ni. Walaupun kosnya tidaklah lebih murah dari kita beli sesetengah aiskrim siap di kedai, tapi kita tahu apa bahan yang kita gunakan dan yang pasti tanpa bahan pengawet. RESIPI AISKRIM BAHAN-BAHAN (asas) 1tin susu cair 1/2 tin susu pekat…

Resipi Moist Chocolate Cake ala Anis

Saya tak pasti resipi Anis Moist Chocolate Cake ni dah dibocorkan atau Anis yang ikut resipi ni 😉 TAPI Yang pasti hasil dari resipi ni memang sama sebijik rasanya macam kek Anis yang RM6 untuk bekas love tu 😉 Pastikan anda ikut betul-betul ye untuk dapatkan rasa yang sama. BAHAN-BAHAN: (Bahan A) 1 cawan gula 1 cawan susu pekat 1 cawan susu cair 1 cawan serbuk koko 1 cawan minyak (Masukkan semua dalam periuk, dan masak atas api sehingga larut dan sebati) (Bahan B)…

Resipi Pizza Simple

Inspirasi Internet: Piza Simple, Senang & Sedap Rebus Sosej & Ketam Fillet Sapu sos atas roti, letak cheese, ketam, layer lagi dgn cheese, sosej,layer lagi dgn cheese. (Suka hati nak berapa layer tapi make sure bawah dan atas sekali adalah cheese ye. Setiap bijik benda semua tersentuh cheese. Supaya topping tak tercabut atau terlerai). (Dalam toster oven 9minit je. Siap!!! *resipi ni sangat ringkas..pakai apa yg ada kat rumah. Korang boleh la tambah isi ayam..capsicum dan sebagainya untuk menjadikannya lebih sihat. Selamat mencuba. Anak-anak…

Resipi Crunchy Caramel Popia

[Resipi – Crunchy Caramel Popia] Bahan-Bahan (sekali makan) 10 keping kulit Popia 1 sudu besar tepung gandum 3 sudu besar gula 1 sudu besar butter Cara-cara Gulung kulit Popia. Di hujung setiap gulungan di sapu bancuhan tepung gandum dengan sedikit air sebagai gam/pelekat agar gulungan tidak terbuka. Potong serong, dan goreng hingga keperangan. Ketepikan. Cairkan butter bersama gula. Setelah cair, masukkan kulit popia yg siap dogorengkan tadi dan gaul rata. Apabila gula kelihatan perang dengan pantas tuang kan semua ke dalam bekas lain. Jangan…

Resipi Apam Susu

Resipi untuk Si Kecil Apam Susu + Coklat ******************** BAHAN-BAHAN 4 biji telur 1/2 cawan gula 1 sudu kecil esen vanila 1/2 cawan susu pekat 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil tepung penaik 1/2 cawan air 2 sudu besar minyak masak 3 sudu besar serbuk koko CARA-CARA Pukul telur,gula,esen vanila hingga kembang. Masukkan susu pekat,air, pukul lagi. Masukkan tepung gandum dan tepung penaik, minyak. Pukul lagi hingga tergaul rata. Panaskan pengukus. Asingkan adunan kepada dua adunan. Satu dimasukkan serbuk koko dan gaul…

Resipi: Udang Masak Labu

Pertama kali saya makan menu ni di Restoran Sharin Low, masakan Cina Muslim di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Sangat sedap, jadi mak cuba buat sendiri di rumah. Dan inilah hasilnya. Bila dah ada anak yang baru 2tahun ni, kadang-kadang pening nak masak apa. Jadi saya cuba menu ini. Alhamdulillah Wafiy suka. Ayah Wafiy pun suka 😉 Jadi saya sarankan menu ni untuk ibu-ibu kerana satu keluarga boleh makan. Tak pedas tapi rasa berempah sikit dari daun kari dan bawang. Selain itu ia juga berkhasiat~!!!…

Resipi: Sambal Bilis Belimbing Buluh (Sambal Hitam)

RESIPI SAMBAL BILIS DENGAN BELIMBING BULUH (SAMBAL HITAM) Resipi Sambal Bilis dengan Belimbing Buluh   BAHAN-BAHAN 2 Cawan Ikan Bilis (siap dikopek) 1 Cawan Belimbing Buluh (direbus dengan garam) 3 Biji Bawang Besar 5 Biji Bawang Putih 5 Biji Cili Merah (jika mahu extra pedas boleh tambah cili padi) Kicap, Gula, Garam secukup rasa CARA-CARA #1 Kisar bawang besar,bawang putih dan cili. #2 Tumbuk ikan bilis. Tidak perlu hingga lumat. Cukup sekadar separa hancur. Tumbuk ikan bilis separa hancur. #3 Tumbuk belimbing buluh yang telah siap direbus…

Resipi: Kek Pisang Kukus & Microwave

Bahan utama yang nenjadikannya kek pisang ialah PISANG  😛   RESIPI KEK PISANG VERSI KUKUS & MICROWAVE BAHAN-BAHAN 2        Cawan tepung gandum 1 1/2 Cawan gula 1        Cawan minyak makan (sawit/jagung) 1        Sudu kecil serbuk penaik 1        Sudu kecil soda bikarbonat 1        Sudu kecil esen vanilla 5        Biji pisang 4        Biji telur CARA-CARA Pukul gula dan telur dengan mixer hingga kembang (nak guna…