Resipi: Aiskrim semudah 1,2,3

Bila ada anak kecik ni, seronok nak mencuba masak makanan yang anak suka nak makan. Walaupun Wafiy taklah selalu makan aiskrim, adalah 2-3kali seumur hidup dia yang baru 2tahun 1bulan ni :-p Jadi ada baiknya bagi aiskrim yang kita buat sendiri pada anak-anak kecil ni. Walaupun kosnya tidaklah lebih murah dari kita beli sesetengah aiskrim siap di kedai, tapi kita tahu apa bahan yang kita gunakan dan yang pasti tanpa bahan pengawet.
RESIPI AISKRIM
BAHAN-BAHAN (asas)
1tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1biji telur
1 sudu kecil perasa vanilla
1 sudu besar ovalet halal
Bahan-bahan yang mudah nak dapat dan simple aje kan?
CARA-CARA
#1
Masukkan semua bahan dalam satu bekas, pukul guna mixer selama 15-20minit.
Saya pukul guna stand mixer selama 15minit. Jika tiada stand mixer, tabahlah ye.
#2
Dah naik gebu tu, bolehlah nak letak perasa apa yang kita suka. Oreo ke, perasa strawberi ke, jagung ke. Untuk kali ini saya buat dua perisa. Coklat dan Thai Green Tea. Jadi saya bahagikan adunan kepada 2bekas.
Perisa pertama saya: Thai Green Tea. Original dari Thailand.
Perisa kedua: Coklat. Saya masukkan serbuk koko dan Chocolate rice.
#3
Setelah siap diperisakan, bolehlah pindahkan ke dalam bekas yang sesuai untuk dibekukan di dalam peti ais.
Satu adunan dapat banyak ni.
#SIAP
Keesokan harinya kami pun menikmati aiskrim home made kami. Alhamdulillah. Seronok betul. Rasa aiskrim pun saling tak tumpah macam yang kita beli kat kedai.
SELAMAT MENCUBA~!!!!
Selepas 17jam. Inilah hasilnya. Saya mula bekukan sekitar jam 7malam, 12tgh hari esoknya kami makan.
Gambar Bonus: Wafiy excited nak buat aiskrim sendiri.
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

6 Comments

  1. Nak tanya tekstur dia gebu mcm ais krim kedai ke. Sebab sy tgk nk buat ais krim kna pkai ice cream maker..hurm..n resepi ni untuk brape scoop yea? Brapa sudu green tea yg akk letak?

  2. Maaf atas kelewatan reply. Ya, macam aiskrim kedai. tak perlu aiskrim maker…memang pukul pakai mixer je lepas tu bekukan semalaman 😉
    Green tea tu 1 sudu je. Bukan letak serbuk terus tau, bancuh sikit dengan air. dalam suku cawan, than tuang dalam adunan. Jangan banyak air. nanti tak jadi sebab air tu beku jadi ais. tak jadi aiskrim nnt. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *