Resipi Apam dari Nasi

Kadang-kadang kita ada nasi lebihan semalam tapi sayang nak buang. Tapi pastikan nasi tu belum basi ye 😉 Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.

Resipi Udang Masak Lemak Cili Padi

Resipi ini boleh dikatakan sebagai kids friendly. Tak pedas sangat dan sesuai untuk yang ada anak umur sekitar 2tahun macam saya. Bila ada anak kecil ni, bila nak masak sesuatu, kena fikir menu yang sesuai untuk anak dan bapak anak sekali :p BAHAN-BAHAN (untuk 2orang makan) 10 ekor udang sederhana besar 1 inchi halia 1 inchi kunyit 1 inchi lengkuas 1 kotak santan 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 5 biji cili padi 3 keping asam keping saiz kecil 1/2 batang lobak…

Resipi tauhu telur dengan cendawan dan blackpaper

Menu ni kita sering lihat dan makan di kedai-kedai makan ketika waktu tengah hari. Malah ini antara menu kegemaran saya jika makan tengah hari di luar atau tapau lauk bawak balik rumah. Tapi tak pernah masak sendiri di rumah. Hari ini saya cuba buat sendiri. Tanpa rujuk mana-mana resipi, pakai instinct aje. Menjadi juga. Inilah cara saya buat: BAHAN-BAHAN 1 tube tauhu telur 1 batang cili merah 1 labu bawang besar 3 biji bawang putih 1 inci halia 1 sudu besar serbuk lada hitam…

Resipi Ayam Buttermilk

Ayam Buttermilk ni sangat mudah dan Alhamdulillah, percubaan pertama saya buat, anak saya makan nasi dengan berselera. Menu ni juga bagus untuk kanak-kanak yang nak dinaikkan berat badan. Tapi bagi mak-mak yang nak kurus, paham-paham lah… butter lah katakan :p BAHAN-BAHAN (untuk 2-3orang makan) 2 ketul dada ayam 1 biji telur 1 cawan tepung gandum 2 tangkai daun kari 2 sudu besar butter 1/2 cawan susu cair/segar Garam CARA-CARA #1 Bersihkan dada ayam, buang tulang dan potong kecil sesuai saiz yang anda mahu. #2…

Resipi Kek Coklat 2minit (Microwave)

Sebagaimana dalam gambar, kek ini sangat mudah dan menyeronokkan apatah lagi jika buatnya dengan anak kecil. Mereka pasti gembira. Selamat mencuba~!!! BAHAN-BAHAN (adunan untuk satu mug) 2 sudu besar tepung gandum 2 sudu besar gula icing (kalau guna biasa, mungkin perlu 3 sudu besar) 2 sudu besar serbuk koko 3 sudu besar susu cair/susu segar/susu tepung yang dibancuh 1 sudu kecil tepung penaik 1 sudu besar minyak masak/jagung 1 biji telur CARA-CARA #1 Gaul semua bahan sehingga sebati. Pastikan tiada sebarang ketulan. #2 Tuang…

Resipi Keli Goreng Cili

BAHAN-BAHAN (Untuk 2orang) 2 ekor ikan keli 5 batang cili merah 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1/2 biji tomato 2 helai daun limau purut garam dan gula CARA-CARA #1 Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng ikan keli hingga garing dan ketepikan. #2 Kisar cili, bawang, dan tomato. #3 Tumis bahan kisar hingga kering. Kemudian tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan daun limau purut yang telah dikoyak kasar. #4 Setelah cukup rasa semua, tuangkan sambal tersebut ke atas ikan…

Resipi Puding Roti – Kukus & Sos Kastad

  Ini juga satu resipi manisan yang mudah dan murah. Kalau ada roti yang nak expired tu, jangan bazirkan. Buat puding roti ni. Sedap. Satu keluarga pun pasti berselera. BAHAN-BAHAN 4 keping roti (dipotong empat) 1 tin susu cair 2 biji telur 4 sudu besar gula 1 sudu kecil esen vanila 1 sudu besar butter Kismis CARA-CARA #1 Masukkan susu, telur, gula, dan esen vanila ke dalam satu bekas dan gaul sebati. #2 Sapu butter pada roti. Kemudian susun dalam bekas atau loyang dan…

Resipi Ikan Masak Asam

Ini adalah salah satu lagi resepi masakan ringkas yang mak-mak selalu buat. Bukan sahaja cepat disediakan malah ia adalah resepi yang mesra ekonomi :p Kenapa begitu? Kerana kita boleh gunakan ikan goreng tak habis semalam. Bagus kan? Tapi make sure simpan ikan goreng tu elok-elok, dalam peti ais ke…ok? BAHAN-BAHAN (2orang makan) 2 ekor ikan kerisi/kembung 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 tangkai daun kari 3 biji cili padi 1/2 biji tomato 2 sudu besar pati asam jawa Air, Gula &…

Resipi Puding Karamel

BAHAN-BAHAN (A-Puding) 5 biji telur 1/2 tin susu pekat 1/2 tin air 1 sudu besar tepung kastad 1 sudu kecil esen vanila (B-Karamel) 3 sudu besar gula pasir CARA-CARA #1 Cairkan gula pasir di dalam non-stick pan hingga keperangan. Kemudian tuang ke dalam loyang dan ketepikan. #2 Masukkan semua bahan (A-Puding) ke dalam blender dan kisar sebati. Nak pakai mixer pun boleh. #3 Tuang adunan yang dikisar kedalam loyang yang telah dituang karamel tadi dan kukus selama 45minit atau sehingga masak. #4 Setelah masak,…

Resipi Ayam Goreng Cili Senang & Sedap

  Ini adalah menu ringkas apabila kering idea nak masak apa. Kalau malas masak, ini antara lauk pemalas tapi sedap…hehe…anak suka…bapak anak pun kata sedap jadi saya pun share lah kat sini 😉 BAHAN-BAHAN (2orang makan) 4 ketul ayam (kepak/dada/peha) 5 batang cili merah 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu besar cuka makan 1 sudu besar sos ikan 2 helai daun limau purut Garam & Gula secukup rasa CARA-CARA Gaul ayam dengan garam dan kunyit dan goreng hingga masak /…