Baby Carrier & Airport Security Check

[Baby Carrier & Airport Security Check] . Pagi-pagi tadi dapat soalan ni dari ‘Encik Tugeda’ Mohd Khairul Othman 😁Dah lama saya nak posting tentang ni, tapi asyik lupa je. Maklumlah lepas balik dari travel, mesti letih. Lepas tu hilang sebahagian ingatan🤣 Sebelum lupa lagi, baik saya cepat-cepat tulis…hehe 😁 . Ramai ibu ayah yang tanya dan penasaran bila bab travel dengan baby ni. Apatah lagi kalau naik kapal terbang. Antara yang utama adalah, masa SECURITY SCANNER CHECK di airport nak kena ke buka carrier? . Dari pengalaman…

Latihan Ke Tandas (Toilet/Potty Training)

Latihan ke tandas merupakan salah satu aktiviti harian yang asas yang perlu dilalui oleh semua kanak-kanak bagi menggalakkan keberdikariaan. Latihan ke tandas juga membantu kanak-kanak untuk belajar supaya sentiasa berada di dalam keadaan kering dan bersih. Kepentingan Latihan ke Tandas kepada Kanak-kanak Ianya penting untuk perkembangan kanak-kanak  supaya mereka sentiasa berada dalam keadaan selesa, kering dan bersih. Adanya latihan ke tandas, pada umur 2 hingga 2½ tahun kanak-kanak boleh dilatih untuk menjaga dirinya berada dalam keadaan kering dan bersih. Manakala bagi kanak-kanak yang tiada…

Tips travel, bercuti bersama bayi & anak kecil.

Alhamdulillah, kami memiliki dua orang anak lelaki buat masa ini yang berumur antara 12bulan dan 5tahun. Sepanjang bergelar ibu-bapa ini, kami sudah banyak kali keluar, travel & melancong bersama anak-anak di dalam dan luar negara sejak dari dalam pantang hinggalah kini yang sulung hampir 5tahun umurnya. Entri kali ini saya akan berkongsi pengalaman tidak terhad kepada persediaan dan tips untuk ibubapa melancong bersama anak kecil sahaja. Insyaallah saya akan rangkumi juga persediaan untuk keluar bersama anak kecil walaupun hanya untuk tujuan sekejap seperti ke…

DIY Kit Bahan Pengurusan Uri

  Alhamdulillah, ketika entri ini ditulis saya sudah berada di 38minggu kehamilan untuk kandungan yang ke-dua. Untuk persediaan menyambut kelahiran yang ke-dua ini, saya merancang untuk berpantang di rumah sendiri memandangkan saya telah berpindah jauh dari rumah ibu bapa saya. Oleh itu, saya agak khuatir dengan proses pengurusan uri untuk kali ini, maklumlah dulu semasa kelahiran anak yang pertama ibu saya yang uruskan semuanya hinggakan saya sendiri tak sempat lihat pun macam mana rupa uri saya tu. Kali ini, orang yang saya akan handalkan…

Cara latih anak menggunakan tandas (toilet training)

Sesuatu yang mendebarkan setiap ibu bapa apabila nak toilet training anak untuk pertama kali. Kadang kala rasa seperti mustahil. Betul ke boleh anak aku ni buang air di tandas? Jawapannya, ya memang boleh. Saya juga dulu rasa seperti ianya mustahil. Tapi dengan ilmu, perkongsian penglaman orang lain serta kemudahan peralatan yang ada di pasaran membuatkan sesi latihan menggunakan tandas untuk anak saya yang berusia 3tahun menjadi lebih lancar. Alhamdulillah.   APA SYARAT MINIMA UNTUK MULA LATIH ANAK MENGGUNAKAN TANDAS (TOILET TRAINING)? #1- Ibu ayah…

Menaiki pesawat / kapal terbang ketika hamil

Ketika entri ini ditulis, usia kandungan saya ialah 28minggu. Saya baru sahaja lepas menaiki pesawat Air Asia untuk kesekian kalinya. Ini adalah kandungan ke-dua saya, Alhamdulillah. Sejak kandungan pertama dahulu (tahun 2013) juga saya kerap menaiki pesawat. Untuk kandungan ke-dua ini, sudah 4kali saya menaiki pesawat seawal belasan minggu usia kandungan. Jadi saya ingin berkongsi sedikit tentang pengalaman / prosedur / peraturan menaiki pesawat atau kapal terbang bagi ibu hamil atau mengandung, untuk Air Asia secara khusus dan kapal terbang lain secara umum. Moga…

Kisah Speech Therapy #2

Alhamdulillah, Wafiy telah menjalani speech therapy untuk kali ke dua. Bagi yang nak baca kisah speech therapy #1 boleh klik di sini. Setibanya kami di luar bilik therapy, Wafiy excited sangat dan tak sabar nak masuk ke dalam. Tapi tak boleh masuk terus, maklumlah, kena tunggu giliran :-p Apabila tiba masanya, Puan Ruby buka pintu, Wafiy dah meluru masuk sambil berlari pantas. Satu petanda baik, yang Wafiy sangat seronok untuk menjalani terapi dengan Puan Ruby. Alhamdulillah. Untuk sesi terapi kali ini, Wafiy sahaja yang…

Berniaga sendiri: Cara buka akaun KWSP.

Alhamdulillah, setelah mendaftarkan perniagaan di SSM, seterusnya membuka akaun bank perniagaan, kini saya melangkah untuk membuka akaun KWSP. Apa pentingnya? #1 Jika anda serius untuk menjalankan perniagaan secara sepenuh masa dan untuk jangka masa panjang. #2 Pendaftaran di KWSP adalah salah satu langkah awal yang perlu dilakukan dalam proses menjadikan perniagaan anda sebagai satu pekerjaan rasmi di ‘mata’ bank. #3 Akaun KWSP adalah antara yang akan dilihat oleh pihak bank jika anda ingin membuat pinjaman (perumahan/kenderaan/peribadi) mahupun kad kredit. #4 Jadi untuk memastikan tiada masalah…

Cara buka akaun perniagaan (enterprise) di Maybank

Kini ramai yang mula buat perniagaan secara kecil-kecilan terutamanya secara online. Saya mula menjalankan perniagaan online sejak tahun 2010. Namun tidak pernah memiliki akaun bank perniagaan sendiri walaupun telah berdaftar dengan SSM sejak tahun 2014. Bagi yang nak tahu cara mudah untuk mendaftar perniagaan di SSM boleh klik di sini. Kini saya mengorak langkah untuk lebih serius dalam perniagaan barangan bayi yang berkualiti seperti Bobita Gen2 SSC Ergonomic Baby Carrier yang kini telah berada di beberapa outlet barangan bayi di seluruh Malaysia. Dan ia…

Beli barang IKEA secara online

Ramai yang suka barangan IKEA, tapi IKEA ni cuma satu aje kat Malaysia ni. Akan dibuka satu lagi cawangan, tu pun masih di area Lembah Klang. Bagi orang-orang yang di negeri lain macam mana nak beli? IKEA tak buat online shopping. Kita kena pergi beli sendiri. Takkan nak beli sudip murah IKEA yang harga RM1.90 untuk satu set tu nak pergi jauh-jauh bayar tol,bayar minyak semua. Tak berbaloi kan? KINI ADA SOLUSI. KITA BOLEH BELI BARANGAN IKEA SECARA ONLINE DENGAN SERVIS YANG DITAWARKAN OLEH…