Alhamdulillah, ketika entri ini ditulis saya sudah berada di 38minggu kehamilan untuk kandungan yang ke-dua. Untuk persediaan menyambut kelahiran yang ke-dua ini, saya merancang untuk berpantang di rumah sendiri memandangkan saya telah berpindah jauh dari rumah ibu bapa saya.
Oleh itu, saya agak khuatir dengan proses pengurusan uri untuk kali ini, maklumlah dulu semasa kelahiran anak yang pertama ibu saya yang uruskan semuanya hinggakan saya sendiri tak sempat lihat pun macam mana rupa uri saya tu.
Kali ini, orang yang saya akan handalkan untuk pengurusan uri ini tak lain dan tak bukan ialah suami sayalah. Jadi tercetusnya idea nak buat Kit Bahan Pengurusan Uri ni adalah untuk memudahkannya bila nak uruskan uri bila saya dah bersalin kelak.
Saya ada lihat banyak juga di pasaran yang menjual set pengurusan uri. Ada juga saya pm, tapi tak ada stok. Jadi saya Google cara-cara dan bahannya. Nampaknya macam boleh sediakan sendiri. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk pengurusan/cuci uri:
BAHAN-BAHAN:
*Asam Keping
*Garam
*Cuka
*Plastik mudah reput
*Uncang Kain
CARA-CARA:
  1. Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
  2. Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Tak perlu guna sabun/shampoo.
  3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
  4. Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
  5. Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah) Bau hanyir darah boleh menarik deria binatang untuk menggali dan memakannya.
  6. Lumurkan cuka untuk hilangkan bau hanyir juga.
  7. Boleh perahkan limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
  8. Boleh juga ditanam bersama garam dan asam jawa bagi tujuan untuk mengelakkan binatang liar menggali dan memakan uri tersebut.
  9. Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/mydin kotak mudah reput. Ini bagi menghalang air basuhan bercampur darah daripada menitik merata-rata ketika hendak membawanya nanti.
  10. Boleh juga diikat di dalam kain (tak semestinya kain putih) seperti sup bunjut. Ini untuk memudahkan kita membawanya ke tempat yang yang hendak ditanam.
  11. Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang-binatang lain nanti
  12. Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

 

P/S: bagi yang tinggal di kawasan perumahan yang tak ada tanah sendiri seperti apartment atau kawasan rumah yang dah disimen sepenuhnya macam rumah saya, boleh minta kebenaran pihak surau/masjid yang berdekatan untuk menanam uri di kawasan tersebut.
Begitulah serba ringkas bahan-bahan dan caranya. Moga membantu ayah-ayah / suami-suami yang bakal menguruskan sendiri isteri di dalam pantang. Moga Allah memudahkan segala urusan kalian. Amin.
Saya re-use kotak susu aje. Balut simple-simple dengan kertas A4, dan tulis macam ni.
Inilah apa yang ada dalam kotak ni: Asam keping, garam, cuka, plastik tesco, uncang kain. Uncang kain ni saya jahit sendiri je.
Masukkan semua dalam kotak ni. Dan simpan di tempat yang sesuai dan mudah dicapai suami nanti.
Ini contoh plastik yang mudah terurai (Oxo-Biodegradable). Plastik Tesco, Mydin diperbuat dari plastik jenis ni.
Plastik Mydin yang mudah terurai.
Sekianlah perkongsian perihal persediaan KIT BAHAN PENGURUSAN URI dari saya. Moga bermanfaat.
*****EXTRA*****
Ini antara persediaan extra untuk anak ke-dua ni. Masa anak pertama dulu takdak lagi bedung-bedung zip moden dan baby wrap ni.
Bobita Nursing Cover
Boleh dapatkan kelengkapan newborn ni dari www.facebook.com/bobitamalaysia
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

1 Comment

  1. Halo,
    Ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini untuk memohon dan mendapatkan Pinjaman segera. E-mel Kami: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *