Cara menggendong yang baik: S.E.N.A.N.G

Sebagai ibu bapa dengan anak kecil, perkara utama yang kita akan utamakan ialah keselamatan & keselesaan anak. Selain itu, kita juga mahu menjalankan aktiviti dan rutin harian sebaik mungkin dengan keadaan selesa, selamat dan terkawal. Penggunaan baby carrier adalah antara pilihan ibu bapa masa kini di Malaysia. Mungkin ada di antara kita yang tidak sedar, di negara luar penggunaan alat gendongan (baby carrier) ini adalah tradisi zaman berzaman sejak ratusan tahun yang lalu untuk memudahkan mereka bekerja, bergerak dan melaksanakan rutin harian.

Namun begitu, masih belum terlambat untuk kita di Malaysia untuk turut mengikut jejak langkah ibu bapa terdahulu dengan menggunakan baby carrier yang baik, dengan cara yang betul. Ikuti perkongsian ini, moga ibu ayah semua dapat memilih dan menggunakan baby carrier dengan betul:

Menggendong dengan SENANG ini telah diadaptasi dari TICKS Rule for Safe Babywearing yang Berbahsa Inggeris kepada Bahasa Indonesia oleh seorang Babywearing Consultant & Educator dari Indonesia bernama Henti Nikimawati yang mana turut merupakan pemilik jenama baby carrier antarabangsa yang baik; Nana Baby Carrier.

S – Selalu Terlihat: Memastikan anak kita mudah untuk dilihat ketika digendong.

E – Erat: Anak didalam gendongan perlulah dalam keadaan erat, tidak longgar. Jika di dalam carrier, tidak boleh ada jarak yang besar antara badan anak dan kita yang menggendong.

N – Natural Posisi: Posisi yang semulajadi. Mengikut postur dan bentuk tulang anak yang sebenar dan selesa.

A – Aman: Dalam bahasa Malaysia bererti Selamat. Direka dengan ergonomik dari material yang kuat dan kukuh.

N – Nyaman & Nyangga Punggung: Nyaman bermaksud selesa. Selesa kepada bayi dan juga selesa kepada kita yang menggendong. Nyangga punggung p[ula bermaksud: menyokong penuh dari bahagian punggung hingga ke pelipat lutut dan hingga ke pangkal leher.

G – Gampang Dicium: Mudah untuk mencium dahi anak ketika digendong di hadapan tanpa perlu menundukkan kepala dengan banyak atau membongkok.

 

Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.

Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *