Hai, dah tengok semua filem Harry Potter? Filem ni dah lama sebenarnya. Ada 8-buah filem kesemuanya yang mana filem pertama ditayangkan pada tahun 2001 dan filem ke-8 ditayangkan pada tahun 2011.
Kenapa tahun 2020 baru nak buat review ni? Haa… tak lain dan tak bukan sebab PKP Covid-19 lah…tak boleh keluar rumah, kami anak beranak tengok filem Harry Potter ni dari filem pertama sampai filem ke-8 selama 8hari!
Jadi review ini 100% dari sudut pandang penonton filem yang merupakan ibu bersama anak kecil berusia 2 dan 6tahun+. Review ini saya tidak akan membandingkan filem dan novel yang diadaptasi sebab saya belum baca pun novelnya buat masa ini, ok?
Saya rasa, ramai yang skeptikal bahawa “Harry Potter cerita budak-budak”. Betul ke ni cerita kanak-kanak? Betul ke cerita ni sesuai kanak-kanak tonton? Jom ikuti sinopsis dan review saya dalam entri ini.
#1 Harry Potter and the Philosopher’s Stone (2001)
Sinopsis
Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki yatim piatu yang bernama Harry Potter. Ibu bapanya telah mati dibunuh. Harry dibesarkan oleh ibu dan bapa saudaranya dari usia bayi. Pada ulang tahun ke-11, Harry telah mendapat surat tawaran untuk masuk ke sekolah Hogwarts (sekolah untuk ahli sihir). Saat itu barulah Harry tahu yang dirinya seorang ahli sihir!
Di sekolah, Harry bertemu dan berkawan rapat dengan Ron Weasly dan Hermione Granger. Mereka bersama-sama mengikuti kelas-kelas asas ilmu sihir; bagaimana untuk menggunakannya dan mengawalnya. Harry dan rakan-rakan juga mula belajar menggunakan penyapu untuk terbang!
Selain itu, mereka juga diingatkan bahawa terdapat beberapa kawasan larangan di kawasan sekolah. Namun begitu, secara tidak sengaja, Harry, Ron, dan Hermione telah memasuki kawasan larangan tersebut dan menemui anjing gergasi berkepala tiga. Mereka mengesyaki anjing tersebut sedang mengawal sesuatu. Apakah itu? Anda kenalah tonton, ok?
Review
- Jalan cerita: Unik dan menarik. Penuh dengan aksi dan juga unsur komedi. Bermula dengan pembukaan cerita dengan adegan ular sawa besar sudah cukup mendebarkan kanak-kanak dan menarik perhatian mereka untuk terus menonton. Kehadiran pelbagai haiwan selepas itu, dengan burung hantu pembawa surat memberi keterujaan kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang menonton. Babak dan pelbagai adegan magis serts plot bergerak laju membuat ia tidak bosan ditonton. Adegan mereka belajar menaiki penyapu terbang sangat mencuit hati serta unsur suspen yang tidak putus membuatkan kita tetap ingin terus menonton.
- Apa yang paling menarik?: Sebuah filem berunsur kuasa magis yang tidak pernah ada yang seumpamanya. Jika anda belum pernah menonton atau filem Harry Potter, ini adalah filem yang wajib ada tonton dahulu dan jika anda tidak menonton filem-filem berikutnya, saya pasti ini antara filem yang terbaik pernah anda tonton. Suasana persekitaran latar belakang filem yang indah dan eksotik.
- Kesesuaian untuk tontonan kanak-kanak: Sangat sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak. Ini kerana pelakonnya sendiri dari kalangan kanak-kanak, jalan cerita juga berkaitan persekolahan membuatkan mereka merasa dekat dengan cerita. Selain itu, filem ini tiada sebarang unsur keagamaan Kristian (kecuali cuti sekolah kerana sambutan Krismas). Tiada unsur Salib dan sebagainya. Tiada sebarang unsur ritual yang pelik walaupun ia berkaitan dunia penyihir. Tapi filem ini bebas dari sebarang unsur tesebut membuatkan bagi saya tiada masalah untuk ditonton oleh kanak-kanak Islam. Istilah-istilah jampi (spell) yang digunapakai dalam filem adalah rekaan semata-mata dari penulis sendiri dan tidak mempunyai sebarang unsur keagamaan. Ia hanya perkataan biasa tetapi bukan dari basaha Latin seperti: Lumos bermaksud cahaya (digunakan ketika untuk menyalakan wand mereka. Erti kata lain, jika anak-anak ingin menyebut atau melafaz spells yang di dalam filem tiada masalah kerana ia bukan spell atau jampi yang sebenar. Ibu ayah boleh menonton bersama anak-anak dan mengulas atau memberi penerangan serba sedikit agar mereka lebih memahami jalan cerita dan nila-nilai di dalam filem.
- Kesesuaian umur untuk menonton: 2-tahun hingga dewasa.
- Bintang: 9/10 Bintang!
- Ulasan tambahan: Sesiapa yang cuma menonton filem ini sahaja dan tidak menonton filem seterusnya pasti akan merasakan ini filem untuk kanak-kanak. Ya, secara spesifik untuk filem pertama ini saya setuju, ia dalam kategori filem kanak-kanak. Malah bagi yang tidak membaca novelnya, mungkin akan terhenti tontonan di filem ini sahaja kerana ia tiada unsur ‘mendesak’ untuk kita tahu apa yang berlaku seterusnya. Tapi filem seterusnya bagaimana pula? Jom ikuti sinopsis dan review seterusnya.
#2 Harry Potter and the Chamber of Secrets (2002)
Sinopsis
Ini adalah kisah tahun kedua Harry bersekolah di Hogwarts. Beberapa hari sebelum sesi persekolahan bermula (ketika Harry masih cuti semester dan berada di rumah pakciknya), seekor elf bernama Dobby telah datang ke biliknya dan memberi amaran/larangan kepada Harry supaya tidak pulang ke Hogwarts kerana sesuatu yang buruk akan berlaku di sana. Namun begitu Harry tetap ingin pulang ke Hogwarts.
Sebaik sahaja sesi persekolahan bermula, mereka digemparkan dengan kisah bilik rahsia milik salah seorang dari 4-pengasas Hogwarts, iaitu Salazar Slytherin. Diceritakan, bilik itu pernah dibuka 50tahun lalu (dan ia mungkin disumpah) akan terbuka setiap 50tahun. Apabila ia terbuka, ia akan mengorbankan seorang pelajar yang bukan dari keturunan wizard (muggle-born).
Banyak kejadian aneh dan menakutkan berlaku, antaranya: kucing pemilik penjaga sekolah tergantung kaku di tengah-tengah laluan akibat terlaku takut (petrified) tetapi tidak mati. Terdapat tulisan dari darah di dinding. Selain itu, beberapa pelajar lain turut ditemui kaku termasuk Hermione!
Harry tidak dapat berdiam diri, dia mula menyiasat dan akhirnya Harry berjaya menemui dan masuk ke dalam bilik rahsia tersebut. Apa yang ada di dalam bilik tersebut? Harry menemui Ginny terbaring kaku di dalam bilik itu! Apa yang berlaku sebenarnya? Anda perlu tonton untuk mengetahuinya!
Review
- Jalan cerita: Sangat menarik dengan kehadiran Dobby di awal cerita, seekor elf (kalau kita mungkin panggil toyol lah kot…hehe). Adegan magik yang menghiburkan dengan unsur suspen serta komedi. Plot beralih pantas dengan kehadiran Ron dan abang-abangnya datang menjemput Harry dengan kereta terbang! Ia merupakan adegan penuh cemas dan mendebarkan di samping sangat menarik perhatian kanak-kanak untuk ditonton!
- Apa yang paling menarik?: Filem ini penuh dengan aksi dan haiwan-haiwan besar yang menakutkan! Antaranya adegan labah-lanah yang sangat besar dan banyak ingin memakan Harry dan Ron. Pembelajaran dalam kelas mereka juga melibatkan haiwan dan pokok yang aneh! Mereka perlu menanam anak pokok yang boleh menjerit bernama Mandrake. Jeritannya sangat kuat hingga ada pelajar yang pengsan! Seterusnya adegan pertarungan naga besar bernama Basilisk dengan Harry sangat mendebarkan. Plot demi plot diselubungi misteri dan makin bertambah suspen membuatkan kita tertunggu-tunggu apa yang akan berlaku seterusnya.
- Kesesuaian untuk tontonan kanak-kanak: Sangat sesuai. Ia penuh adegan menarik untuk ditonton oleh kanak-kanak. Penuh aksi dan komedi. Walaubagaimanapun, mungkin kanak-kanak tidak akan memahami kisah misteri yang ingin dirungkaikan di dalam filem, kerana ianya agak teknikal. Tetapi adegan-adegan yang menarik akan membuatkan kanak-kanak tetap terus terpaku untuk menonton.
- Kesesuaian umur untuk menonton: 2-tahun hingga dewasa
- Bintang: 7/10 Bintang!
- Ulasan tambahan: Ehh kenapa 7/10 Bintang aje? kata cerita ni best? saya bagi 7/10 Bintang sebab saya bandingkan filem ke-2 ni dengan semua 8- buah filem Harry Potter. Dari awal filem ini semua adegan sangat menarik. Tapi penutup filem agak hambar. Mungkin kesuntukan masa. Apabila Harry dapat mengalahkan Basilisk (raksasa dalam Chamber of Secrets) menyelamat serta merungkai misteri Hogwarts, cerita tamat tanpa memberi satu impak yang membuatkan kita merasa puas. Ia juga kelihatan seperti kisah Harry Potter tergesa-gesa tamat di sini. Saya yakin, ramai yang tidak meneruskan tontonan siri filem ini akibat filem ini. Ia tiada unsur mendesak atau membuatkan kita rasa ternanti siri filem berikutnya. Seingat saya, saya juga tidak menonton filem Harry Potter yang seterusnya hinggalan di tahun 2020 ini kerana ingin mengisi masa ketika PKP-Covid 19. Sebagai penonton yang tidak membaca novelnya, saya tidak rasa ternanti untuk menonton filem seterusnya yang ditayangkan 2tahun selepas itu. Mungkin atas faktor ini juga francais filem ini menukar pengarahnya bermula filem ke-3 hingga ke-8. Selain itu, bagi yang mengatakan filem-filem Harry Potter adalah filem untuk kanak-kanak, saya syak mereka semua memang menonton hanya sehingga filem ke-2 ini sahaja!
#3 Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004)
Sinopsis
Filem mengisahkan tentang tahun ke-3 Harry bersekolah di Hogwarts. Mereka digemparkan dengan berita seorang banduan yang bernama Sirius Black dari penjara Azkaban telah melepas dan melarikan diri. Perkara yang lebih menarik perhatian, beliau merupakan orang pertama yang berjaya melarikan diri dari Azkaban. Bererti ini bukan kes calang-calang! Ayah Ron mengingatkan Harry supaya berhati-hati kerana Sirius Black disyaki mempunyai kaitan dengan Voldemort (ahli sihir yang membunuh ibu dan bapa Harry) dan mungkin Sirius Black ini sedang mencari dan ingin membunuh Harry Potter.
Perjalanan pulang Harry ke Hogwarts dengan keretapi sungguh kelam dan menyeramkan apabila sesuatu menghampiri Harry dan cuba membunuhnya. Harry diselamatkan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu menerangkan bahawa itu merupakan Dementors yang merupakan penjaga Azkaban dan sedang mencari Sirius Black. Apabila mereka tiba di Hogwarts, rupa-rupanya lelaki tersebut merupakan guru baru di sana yang bernama Remus Lupin.
Filem penuh debaran dan ketakutan apabila dari semasa ke semasa mereka di maklumkan bahawa Sirius Black (yang dianggap suruhan Voldemort dan merbahaya) semakin menghampiri Hogwarts untuk membunuh Harry. Harry diarahkan untuk belajar spells untuk mempertahankan diri agar terselamat dari sebarang kemungkinan dari Professor Remus Lupin secara persendirian (Harry sorang je yang di ajar).
Akhirnya Sirius Black sampai di Hogwarts dan rupa-rupanya beliau adalah kawan kepada Remus Lupin! Apa perancangan mereka sebenarnya? Adakah mereka ingin membunuh Harry dan kenapa? Kisah penuh debaran dan plot twist. Anda perlu menontonnya!
Review
- Jalan cerita: Permulaan cerita seperti filem-filem Harry Potter sebelum dengan aksi magis yang santai dan menghiburkan. Plot bertukar pantas dengan adegan tragis Harry melarikan diri dari rumah pakciknya di malam hari dengan keadaan marah bersama beg baju yang besar kerana ibu bapanya dihina oleh adik pakciknya. Plot semakin menarik apabila Harry dijemput oleh sebuah bas 3-tingkat yang khusus untuk ‘stranded wizard’ atau kita boleh translate sebagai ahli sihir yang terkandas/gelandangan…hehe… Walaupun sepanjang cerita diselubungi rasa cemas tentang Sirius Black yang sedang mencari Harry, aktiviti di Hogwarts tetap berlangsung seperti biasa. Mereka tetap meneruskan aktiviti sukan mereka; Quidditch. Namun begitu ketika pertandingan berlangsung, Demontors telah datang menyerang Harry. Ianya sangat mencemaskan. Keseluruhan jalan cerita filem ini terasa sangat menekan jiwa dan perasaan kerana unsur debaran serta misteri yang tidak pernah terhenti sehingga saya tidak dapat mengingat sebarang unsur komedi yang menyenangkan hingga ke penamat.
- Apa yang paling menarik?: Kehadiran burung besar yang bernama Buckbeak milik Hagrid membuatkan filem ini terus menarik perhatian. Ia merupakan watak penting dalam filem kali ini. Walauibagaimanapun Buckbeak dihukum mati kerana telah dituduh merbahaya dan telah menyerang oleh Malfoy. Ia sangat menyedihkan. Selain itu, filem kali ini tidak lagi memaparkan Harry dan rakan-rakan sebagai kanak-kanak lagi. Mereka lebih matang dalam berfikir dan membuat keputusan. Filem kali ini juga memaparkan Hogsmeade (sebuah perkampungan/pekan yang dihuni 100% oleh wizard berhampiran Hogswart) buat pertama kali. Kita dapat melihat suasana di luar Hogwarts!
- Kesesuaian untuk tontonan kanak-kanak: Mungkin sudah kurang sesuai. Kerana filem ini sudah dalam kategori filem berat yang perlu pemahaman yang tinggi terhadap kronologi, penghayatan, dan penjelasan. Kanak-kanak mungkin tetap menonton kerana aksi-aksi yang menarik dalam filem, tetapi mungkin tidak dapat memahami keseluruhan jalan cerita.
- Kesesuaian umur untuk menonton: 2tahun-12tahun (menonton untuk aksi), 13tahun hingga dewasa menonton untuk memahami kisah keseluruhan dalam filem.
- Bintang: 8/10 Bintang!
- Ulasan tambahan: Filem ini mempunyai pengakhiran yang membuatkan anda rasa sangat konfius, bingung, dan tertanya-tanya. Saya sampai terpaksa tanya kawan saya yang baca novel untuk ulas…hehe… Siapa yang tonton filem ini, saya jamin 90% akan menanti sambungan filem Harry Potter yang seterusnya dan tidak lagi akan mengatakan bahawa filem Harry Potter ini adalah filem budak-budak atau untuk kanak-kanak!
#4 Harry Potter and the Goblet of Fire (2005)
Sinopsis
Ini merupakan tahun ke-4 Harry bersekolah di Hogwarts. Pada tahun ini Hogwarts terpilih untuk menjadi tuan rumah untuk acara Triwizard Tournament; ia seumpama liga triathlon lah kalau di dunia nyata ni. Ia melibatkan beberapa cabaran perlumbaan termasuk berlawan dengan naga, berenang dan menyelam, serta berlumba untuk keluar dari maze berhalangan untuk mendapatkan piala. Pertandingan ini kebiasaannya disertai dan dipertandingkan antara 3-sekolah (mungkin ada yang tak tahu, bukan Hogwarts aje sekolah wizard, ada banyak lagi sekolah lain).
Setiap sekolah akan diwakili seorang peserta. Pada tahun ini, Professor Dumbledore mensyaratkan penyertaan hanya untuk pelajar 17tahun dan ke atas sahaja. Sesiapa yang ingin menyertai boleh memasukkan nama mereka di dalam Goblet of Fire dan mereka yang terpilih akan diumumkan. Jelas sekali Harry tidak layak untuk menyertai kerana dia hanya berumur 14tahun dan tidak sama sekali memasukkan namanya ke dalam Goblet of Fire tersebut. Namun begitu, sesuatu yang tidak kena telah berlaku. 4-orang pelajar telah terplih (sepatutnya 3orang sahaja) dan orang ke-4 itu ialah Harry! Malah ini menjadikan 2-orang wakil dari Hogwarts; Harry Potter dan Cedric Diggory. Manakala 2orang pelajar sekolah lain yang terpilih ialah Viktor Krum dari Durmstrang Institute dan Fleur Delacour dari Beauxbatons Academy of Magic.
Ini memberi tekanan kepada Harry apabila dia dituduh telah memasukkan namanya sendiri untuk menjadi terkenal, menarik perhatian, dan pelbagai tohmahan buruk yang lain sehinggakan Ron, sahabat baiknya sendiri marah kepadanya. Perjalanan pertandingan ini tidak mudah buat Harry. Dia hampir terbunuh oleh naga, hampir lemas, malah ia membawa kepada sesuatu yang amat dasyat! Apakah itu? anda perlu menontonnya!
Review
- Jalan cerita: Permulaan cerita yang agak kelam dan menyeksakan. Harry bermimpi sesuatu yang melibatkan seekor ular membunuh seseorang. Walaubagaimanapun plot bertukar ceria dengan pantas apabila Harry, Hermione, dan keluarga Weasley menghadiri Quidditch World Cup (masa ni mereka sedang cuti semester). Kita biasa menonton World Cup bola sepak, kali ini sesuatu yang menarik lah kan, pertandingan bola terbang penuh magis peringkat dunia! Pembukaan acara sangat menarik membuatkan kita pasti terhibur. Walaubagaimanapun, kegirangan mereka terhenti apabila ada sesuatu yang menyerang tapak perkhemahan pertandingan dan berakhir dengan misteri. Plot bertukar, Harry, Hermione, dan Ron dalam perjalanan ke Hogwarts untuk sesi persekolahan yang baru. Di dalam tren, Harry ternampak seorang gadis Cina bernama Cho. Sepertinya Harry jatuh cinta pandang pertama! Setibanya di sekolah, seperti biasa mereka akan berkumpul di dewan makan. Pengumuman dibuat oleh Profesor Dumbledore berkaitan guru baru dikenali sebagai Mad Eye Moody dan penerangan tentang Triwizard Tournament. Kehadiran dan perarakan masuk pelajar-pelajar dari sekolah Durmstrang Institute dan Beauxbatons Academy of Magic e dewgt menarik dan penuh muzikal yang mengagumkan. Setelah itu, aksi demi aksi silih berganti. Pertandingan dimulakan dengan pertarungan Harry dengan naga yang epik. Seterusnya konflik persahabatan dengan Ron dan Hermione turut mewarnai jalan cerita. Ada adegan tari-menarik yang indah. Hermione sangat cantik pada acara itu. Aksi Ron yang lucu sangat mencuit hati. Seterusnya aksi perlumbaan di dalam air dengan kehadiran pelbagai makhluk air sangat mendebarkan kerana ia melibatkan nyawa bukan sahaja perserta, malah orang lain! Pertandingan diteruskan diperingkat terakhir. Pelbagai cabaran untuk acara yang terakhir ini, akhirnya Harry dan Cedric sama-sama dapat menggapai piala. Namun sesuatu yang tidak disangka-sangka pula berlaku! Sebaik sahaja mereka menyentuh piala tersebut, mereka telah ditranportasi ke satu kawasan perkuburan. Di sinilah adegan terpenting buat kesinambungan filem Harry Potter. Sebaik sahaja mereka ditransportasi, Cedric telah di bunuh! Harry ditangkap dan darahnya diambil untuk pemujaan kebangkitan semula Voldemort! Voldermort cuba membunuh Harry tetapi gagal kerana Harry berjaya melepaskan diri dan transportasi kembali ke tapak perlawanan bersama tubuh kaku Cedric yang tidak lagi bernyawa. Harry dirai sebagai pemenag, tapi meratapi kehilangan Cedric yang tragis.
- Apa yang paling menarik?: Terlalu banyak yang menarik! dalam filem ini Harry dan rakan-rakan bukan lagi kanak-kanak, mereka sudah remaja! terdapat unsur percintaan yang minima, tapi cukup mengindahi jalan cerita. Aksi tidak putus-putus disulami unsur komedi yang bersahaja. Penampilan pelbagai makhluk aneh dan pertarungan yang sangat menarik dan mendebarkan sepanjang perjalanan cerita. Namun begitu, kebangkitan semula Voldemort dari darah Harry sendiri mebuatkan filem ini menjadi sangat dramatik dan penuh suspen.
- Kesesuaian untuk tontonan kanak-kanak: Sesuai untuk kanak-kanak bagi menonton aksi-aksi yang menarik dan pasti mereka tidak akan bosan sama sekali. Namun untuk memahami perjalanan dan kisahnya, mungkin perlu penguasaan dan pemahaman Bahasa Inggeris yang baik atau sekurang-kurangnya mampu membaca sarikata dengan pantas.
- Kesesuaian umur untuk menonton: 2tahun-12tahun (menonton untuk aksi), 13tahun hingga dewasa menonton untuk memahami kisah keseluruhan dalam filem.
- Bintang: 10/10 Bintang!
- Ulasan tambahan: Setelah menonton 4buah filem Harry Potter, inilah filem yang terbaik dan saya sangat suka! Ia membuatkan kita tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya. saya yakin para penonton ternanti-nanti untuk sambungan filem ini. Saya dapat merasakan jualan novel juga makin bertambah kerana para penonton ingin mengetahui apa yang akan berlaku dengan lebih cepat melalui novel. Saya sendiri jika menonton di tahun 2005 itu, mungkin akan terus membaca novelnya kerana tidak tahu bila filem seterusnya akan keluar dan tak sanggup diselubungi suspen sepanjang ahyat, ewahh…. Tapi saya beruntung, saya menontonnya di tahun 2020. Jadi seusai tamat menonton filem ke-4 ini, saya boleh terus menonton filem ke-5. Namun begitu, saya tetap menunggu keesokan hari utnuk menonton filem seterusnya kerana banyak kerja nak buat, maklumlah mak-mak kan :p Tapi memang saya tak sabar nak tunggu masa yang sesuai untuk menonton filem seterusnya dengan tenang…hehehe…Anda perlu menontonnya ok?!
#5 Harry Potter and the Order of the Phoenix (2007)
Sinopsis
Mengisahkan tentang tahun ke-5 Harry bersekolah di Hogwarts. Ramai yang tidak percaya kepadanya tentang kemunculan semula Voldermort. Malah mereka-reka beliau membuat cerita. Kementerian telah menghantar Dolores Umbridge seorang guru baru (yang merupakan salah seorang pegawai tinggi kerajaan) sebagai guru di Hogwarts. Cara pengajarannya sangat kejam. Banyak peraturan-peraturan baru yang dibuat olehnya sehingga satu masa Umbridge diangkat menjadi pengetua Hogwarts menggantikan Professor Dumbledore kerana menghilangkan diri untuk mengelak dari dimasukkan ke Penjara Azkaban akibat dituduh melawan Kementerian. Harry, Hermione, Ron dan rakan-rakan telah menubuhkan pasukan rahsia yang dinamakan ‘Dumbledore Army’ untuk melawan kejahatan orang-orang kementerian yang mereka syak ia dibawah pengaruh Voldemort dan pengikutnya. Mereka membuat latihan-latihan rahsia. Akhirnya Voldemort muncul dihadapan umum dan barulah yang tidak mempercayai Harry sebelum ini percaya akan kemunculan semula Voldemort yang telah hilang berbelas tahun!
Review
- Jalan cerita: Permulaan cerita kali ini telah dibuka dengan peristiwa hitam. Harry dan sepupunya Dursely sedang berada di padang permainan di suatu petang (ketika Harry sedang cuti semester antara semester ke-4 dan ke-5). Tiba-tiba datang Dementors yang menyerang mereka dan cuba menyedut nyawa Dursely. Harry terus melafazkan spell untuk menghalau Dementor pergi untuk menyelamatkan sepupunya itu. Namun begitu, ia merupakan kesalahan kerana Harry telah melakukan magik dihadapan orang yang tidak mempunyai magik. Beliau telah dihadapkan ke mahkamah dan syukur ada saksi yang memberi keterangan dan membuatkan Harry bebas dari hukuman. Harry di bawa ke rumah Sirius Black. Rumah tersebut merupakan markas bagi Order of the Phoenix – pasukan yang melawan Voldemort dan pengikutnya dan mengetahui tentang pasukan itu. Setelah itu, Harry, Hermione, Ron, dan rakan-rakan yang lain kembali ke Hogwarts untuk tahun ke-5. Kali ini mereka dikejutkan dengan kehadiran guru baru dari kementerian, Dolores Umbride. Beliau seorang guru yang sangat kejam dan telah membuat peraturan baru di Hogwarts dan mengesyaki Umbridge adalah pengikut Voldemort. Harry dan rakan-rakan nekad untuk melawan kejahatan dengan menubuhkan pasukan rahsia. Dalam masa yang sama, Harry berkali-kali mendapat mimpi aneh dan mimpi tersebut sebenarnya bukan mimpi tetapi perkara benar-benar sedang berlaku! Harry seolah-olah dapat melihat apa yang sedang dibuat oleh Voldemort. Para guru syak pemikiran Harry dan Voldemort ada kaitan. Jadi Harry disuruh belajar cara mengawal pemikiran dari Profesor Snape agar Voldemort tidak dapat membaca pemikirannya. Akhirnya, dari panduan ‘mimpi’ itu mereka pergi ke kementerian dan akhirnya tercetusnya pertempuran antara mereka (Harry dan rakan-rakan) dengan Voldemort dan pengikutnya. Tragisnya, Sirius Black mati dibunuh Bellatrix Lestrange. Orang-orang kementerian tiba di tempat kejadian dan melihat sendiri kewujudan Voldemort. Barulah mereka percaya kata-kata Harry. Voldemort benar-benar telah muncul kembali!
- Apa yang paling menarik?: Kehadiran Luna Lovegood! ini antara watak kegemaran saya. Ketika Harry, Ron, Hermione, dan Neville tiba di Stesen Hogsmeade untuk meneruskan perjalanan ke Hogwarts, sepatutnya mereka menaiki ‘gerabak yang bergerak sendiri’ namun kali ini Harry melihat ada seekor haiwan yang menarik gerabak tersebut. Hanya harry yang nampak, kawan-kawannya tak nampak! Namun pada ketika itu, muncul Luna, menyatakan yang bukan hanya Harry yang nampak, dia juga nampak. Rupa-rupanya haiwan itu hanya dapat dilihat oleh orang yang pernah menyaksikan orang lain mati. Ya, Harry nampak depan mata sindiri Cedric Diggory mati dibunuh oleh Peter Pettigrew dan Luna melihat ibunya sendiri mati di depan mata kerana tersilap membuat magic spell. Antara lain yang menarik, Harry mula bercinta! ada selipan adegan mesra antara Harry dan Cho. Walaupun tidak banyak, filem kali ini lebih dewasa dengan unsur percintaan. Namun begitu ia cepat terpadam kerana tema peperangan dan perjuangan adalah lebih kuat dalam filem ini.
- Kesesuaian untuk tontonan kanak-kanak: Semakin kurang sesuai. Kisahnya semakin gelap, penuh tekanan perasaan. Walaupun ada sedikit humor, aksi, dan kisah cinta diselitkan, namun hampir keseluruhan filem ini sangat serius dan menekan jiwa bagi yang menghayatinya.
- Kesesuaian umur untuk menonton:13tahun hingga dewasa menonton untuk memahami kisah keseluruhan dalam filem. Bagi kanak-kanak bawah 13tahun kemungkinan mereka tidak akan berminat untuk menonton. Namun jika mereka menonton bersama (untuk aksi-aksi yang sentiasa menarik untuk kanak-kanak tonton), perlulah dengan pantauan ibu bapa kerana terdapat aksi cumbuan (walaupun hanya beberapa saat) di dalam filem. Filem ini dalam kategori PG13.
- Bintang: 8/10 Bintang!
- Ulasan tambahan: Bila menonton filem ini, penuh rasa sakit hati (tahniah kepada para pelakon kerana berjaya buat penonton rasa sakit hati!). Banyak adegan yang suram dan serius. Pastinya ini bukan filem untuk kanak-kanak. Ia tidak ceria. Ia sebuah filem berat yang perlu penghayatan dan pemahaman yang mendalam. Tak boleh skip-skip. Kalau ada nak pergi dapur kejap, kena pause, kalau tak nanti tak paham apa jadi. Lepas tengok filem ke ni, pasti kena tengok la filem seterusnya!
#6 Harry Potter and the Half Blood Prince (2009)
Sinopsis
Mengisahkan tentang tahun ke-6 Harry bersekolah di Hogwarts. Macam sekolah kita juga, diorang pun ada buku teks/skim pinjaman buku teks :p. Ketika dalam kelas ‘Making Potion’, Harry dapat buku yang pernah dimiliki oleh ‘Half Blood Prince’. Dalam buku tu, ada contengan dan nota dari pemilik asal. Asbab maklumat dari buku tu, Harry dapat buat potion yang betul dengan cara yang betul hinggakan Hermione yang terkenal pandai tu pun tak dapat buat macam Harry. Jadi, Harry curi-curi simpan buku tu yang sepatutnya kena bagi balik selepas habis kelas. Kiranya buku tu pinjam masa kelas je, habis kelas patutnya kena pulangkan. Nanti masuk kelas lagi, pinjam lagi. Harry taknak la pulangkan, sebab dia mesti takut orang lain dapat buku tu pulak. Baru nak feeling-feeling jadi budak pandai kan…hehe… Dalam buku tu juga ada nota spell-spell yang tak pernah pun diorang belajar sebelum ni. Nak jadi cerita, Harry dan Draco Malfoy ada bergaduh, Harry guna spell yang dalam buku tu, Malfoy cedera parah, sampai berdarah-darah akibat spell tu. Jadi Hermione, Ron, Ginny putuskan Harry tak boleh dah simpan/baca buku tu. Buku tu macam bahaya. Jadi mereka sorok buku tu dalam bilik stor. Kemduian, mereka dapat tahu tentang Hocrux yang mana Voldemort telah meletakkan 7bahagian jiwanya(nyawa) dalam 6unit benda! yang mana ia dinamakan hocrux. Mereka syak Voldemort telah membuat 6unit hocrux yang mana 2-telah dikenalpasti; Tom Riddle Diary (telah dimusnahkan oleh Harry ketika di dalam Chamber of Secret) dan Sebentuk cincin Marvolo yang telah dimusnahkan oleh Dumbledore. Selagi semua hocrux ini tidak dimusnahkan, Voldemort takkan mati! Selain kisah tu, pergerakan Voldemort dan pengikutnya semakin ligat. Mereka rancang nak bunuh Professor Dumbledore sebab beliau wizard yang hebat dan pelindung Harry. Keluarga Malfoy antara pengikut Voldemort. Draco ditugaskan untuk bunuh Voldemort dengan pelbagai cara. Akhirnya Professor Dumbledore mati dibunuh. Tapi bukan oleh Malfoy. Beliau di bunuh oleh Half Blood Prince! siapa dia? kena lah tonton ok?
Review
- Jalan cerita: Sangat complicated dan dramatik. Pembukaan filem tidak lagi ada adegan di rumah pakciknya seperti biasa ketika cuti semester. Harry bertemu dengan Dumbledore di sebuah stesen keretapi dan di bawa ke rumah seorang bekas guru Hogwarts. Dumbledore memujuk guru tersebut agar kembali mengajar di Hogwarts dan akhirnya beliau bersetuju. Kemudian Harry terus dihantar ke rumah Weasley. Dalam masa yang sama, Professor Snape telah mebuat perjanjian dengan ibu Draco untuk mejaga Draco di Hogwarts. Sewaktu dalam perjalanan ke Hogwarts, macam biasa diorang naik tren. Harry guna selimut halimunan dia untuk curi-curi dengan perbualan Draco dengan kawan-kawan dia. Draco tahu yang Harry ada dekat dia dan dia pun serang Harry guna spell. Terbaring kaku si Harry kat dalam gerabak tu sorang-sorang lepas semua pelajar lain dah turun dari gerabak sebab dah sampai stesen. Nasib baik ada Luna, selamatkan Harry. Di sekolah, macam biasa mereka diingatkan untuk berhati-hati dan sebagainya. Bila masuk kelas buat potion, Harry dapat buku yang pemilik asalnya ‘Half Blood Prince’. Dalam buku tu ada ajar cara buat potion yang betul. Semua budak dalam kelas tu tak menjadi potionnya, kecuali Harry (sebab dalambuku Harry ada nota ekstra). Disebabkan Harry berjaya, cikgu dia bagi hadiah ‘Liquid Luck’. Dengan Liquid Luck tu juga harry dapat informasi tentang Hocrux yang dibuat oleh Voldemort. Dumbledore dan Harry pergi ke satu tempat untuk mencari Hocrux ke-3 iaitu; loket Slytherin untuk dimusnahkan. Namun loket yang mereka dapat adalah loket palsu kerana loket yang asli telah diambil oleh seorang yang misteri dengan akronim nama R.A.B. Selepas itu, dengan bantuan Draco, geng-geng Voldemort dapat masuk Hogwarts dan serang Dumbledore. Dumbledore mati. seluruh sekolah bersedih dan Professor Snape menjadi pengetua Hogwarts menggantikan Professor Dumbledore.
- Apa yang paling menarik?: Fred dan George Weasly dah dah buka kedai! Mereka dah tamat sekolah. Dulu masa kat sekolah, diorang memang suka meniaga barang-barang magik yang lucu. Sekarang dah buka kedai, Meriah kedainya. Antara yang menarik, ada jual ‘Love Potion” untuk orang jatuh cinta..hehe… Selain tu, dalam filem ni Ron dapat girlfriend! Rupa-rupanya Hermione dah lama jatuh hati kat Ron. Tapi tak bagitau Ron dan Ron pun tak tahu. Makan hati la si Hermione. Dalam masa yang sama, Harry pun suka kat Ginny. Tapi Ginny pun ada boyfriend lain. sama-sama lah makan hati :p Sesungguhnya kisah percintaan yang tak seberapa itu telah mewarnai kegelapan filem ini yang tidak putus-putus penuh misteri dan debaran.
- Kesesuaian untuk tontonan kanak-kanak: Kurang sesuai. Filem Harry potter kini bukan lagi filem untuk kanak-kanak. Namun begitu, jika mereka ingin menonton untuk aksi-aksi magis luar biasa memang tak ada masalah. Cuma mereka pun mungkin takkan bertahan lama nak menonton sebab filem ni penuh kesuraman dan kegelapan dan perlu penghayatan.
- Kesesuaian umur untuk menonton: Diklafikasikan sebagai filem PG13, jadi ia sesuai untuk kanak-kanak 13tahun dan ke atas.
- Bintang: 9/10 Bintang!
- Ulasan tambahan: Sebuah filem yang penuh dengan suspen dan plot twsit. Kita tak boleh tinggal satu babak pun. Kalau nak pergi tandas ke, minum air ke, memang kena pause. Kalau tak, nanti tak faham sebab plot dia memang laju. Banyak penerangan kena faham. Lepas habis filem ni, memang jadi tak tenang nak tau apa jadi seterusnya! p/s Macam sedap je Butter Beer (takde alkohol) yang diorang minum dalam filem tu. nak try lah buat nanti 🙂
#7 Harry Potter and the Deathly Hallows – Part1 (2010)
Sinopsis
Mengisahkan tentang tahun ke-7 Harry bersekolah di Hogwarts (sepatutnya). Namun begitu Harry, Ron, dan Hermione tidak ke Hogwarts. Mereka dengan misi menghapuskan Voldemort! Ketika Harry dan yang lain dalam perjalanan ke rumah Weasly, mereka telah diserang oleh pengikut Voldemort menyebabkan kematian Hedwig (brung hantu milik Harry) dan Mad-Eye (salah seorang ahli Order of Phoenix). George Weasly turut cedera hingga kehilangan sebelah telinganya. Sementara itu, Kementerian telah dikuasai oleh Voldemort. Maka Harry dan semua yang menentang Voldemort kini diburu untuk dibunuh! Mereka berusaha mencari hocrux untuk dimusnahkan. Mereka berjaya menumui hocrux ke-3, iaitu loket Slytherin yang dipakai oleh Dolores Umbridge. Namun mereka tidak tahu cara memusnahkannya. Oleh itu mereka bergilir-gilir menjaganya dan memakainya. Malang sekali setiap yang memakainya akan medapat aura jahat dan akhirnya membuatkan Ron dan Harry serta Hermione bergaduh dan mereka berpecah. Sebelum itu, mereka bertiga telah didatangani oleh Menteri Kementerian Magik. Beliau menyerahkan 3-objek yang diwariskan oleh Dumbledore kepada mereka. Harry menerima bola Golden Snitch, Ron menerima Deluminator, dan Hermione menerima sebuah buku. Dari pembacaan buku tersebut, Hermione perasan ada satu lambang. Hermione tunjuk lambang tu kepada Harry dan Harry teringat yang dia pernah nampak lambang tu pada rantai ayah Luna. Jadi mereka pergi mencari ayah Luna. Ayah Luna menerangkan bahawa itu ialah lambang the Deathly Hollow. Sewaktu di rumah Luna, mereka dapat tahu yang Luna dah ditangkap oleh Voldemort. Jadi Ayah luna hubungi Death Eaters (pengikut suruhan Voldemort) yang memang tengah cari Harry untuk datang tangkap Harry untuk dia tukar dengan anak dia. Harry dan kawan-kawan tertangkap dan dibawa ke Malfoy Manor, rumah Malfoy yang menjadi markas operasi para pengikut Voldemort. Harry dan kawan-kawan diselamatkan oleh Dobby. Namun begitu Dobby terbunuh. Voldemort pula berjaya mendapatkan wand terhebat dalam sejarah wizard dari kubur/mayat Dumbledore. Dengan wand terhebat itu, Voldemort kini yakin akan dapat menghapuskan semua musuh-musuhnya, terutamanya Harry Potter!
Review
- Jalan cerita: Kali ini dah tak ada pemulaan yang lucu atau santai. Permulaan cerita terus rasa sedih dan tertekan. Hermione terpaksa menggunakan kuasa magik kepada kedua ibu bapanya untuk menghilangkan ingatan mereka terhadap kewujudannya dan menghapus semua jejak kewujudannya di dunia muggle. Sungguh menyayat hati terpaksa memadam ingatan orang yang disayangi demi keselamatan bersama. Ini kerana Voldemort sedang menyerang dan mencari semua ahli keluarga musuhnya untuk dibunuh! Keluarga pakcik Harry juga berpindah. Kenapa dan ke mana agak kurang jelas bagi saya. Selepas rumahnya dikosongkan, kumpulan Phoenix datang untuk membawanya ke rumah Weasly. Mereka datang untuk melindungi Harry dari serangan Death Eaters. Namun perjalanan mereka tidak lancar. Mereka diserang dan mengakibatkan George cedera, kehilangan sebelah telinganya. Hedwig dan Mad-Eye terkorban. Di rumah Weasly berlangsung majlis perkahwinan abang Ron; Billy dengan Fleur. Namun ektika majlis, mereka diserang sekali lagi dengan Death Eaters. Pada ketika ini Voldemort telah menguasai kementerian. Hermione, Ron, dan Harry berjaya melarikan diri hingga ke dalam hutan. Perjalanan cerita ketika ini agak perlahan. penuh dengan konflik dan banyak cakap-cakap. Kalau budak-budak tengok memang boring la sikit. Tak banyak aksi. Lebih kemada permainan emosi. Namun dihujung cerita agak dramatik dan sedih bercampur suspen (dobby mati dibunuh dan Voldemort berjaya mendapatkan wand terhebat di dunia) membuatkan kita pasti tertunggu apa kelanjutan cerita seterusnya!
- Apa yang paling menarik?: Hermione ada bag magik macam poket Doraemon! Bag tu kecik aje, tapi macam-macam ada :p Ada majlis perkahwinan, menarik lah juga sebab diorang gotong royong pasang khemah macam kita kenduru kat kampung. Selain tu babak Harry jadi kembar-6 tu pun best jugak. Banyak benda yang menarik sebenarnya, cuma disebabkan filem ni sangat ebrat dan emosi sedih lebih menguasai, jadi kadang kita yang menonton pun rasa kelam. Banyak juga aksi lucu di mana Harry, Hermione, dan Ron bertukar wajah dan menyamar masuk ke dalam kementerian. Ada yang sedih bila mana Ron cedera agak parah hingga terpaksa memakain anduh di tangan. Harry dan Hermione diserang ular. Dan kelihatan Draco Malfoy mula menunjukkan nilai kebaikan dalam dirinya.
- Kesesuaian untuk tontonan kanak-kanak: Kurang sesuai. Filem Harry potter kini bukan lagi filem untuk kanak-kanak. Namun begitu, jika mereka ingin menonton untuk aksi-aksi magis luar biasa memang tak ada masalah. Cuma mereka pun mungkin takkan bertahan lama nak menonton sebab filem ni penuh kesuraman dan kegelapan dan perlu penghayatan.
- Kesesuaian umur untuk menonton: Diklafikasikan sebagai filem PG13, jadi ia sesuai untuk kanak-kanak 13tahun dan ke atas.
- Bintang: 6/10 Bintang!
- Ulasan tambahan: Kenapa 6/10bintang je ni? Bintang ni mewakili perbandingan filem ke-7 ni dengan semua 8-buah filem Harry Potter (semua filem dia power). Mungkin cerita ni paling slow, paling kurang aksi. Selain itu filem ni macam yang paling sedih jugak la. Tapi walaupun rasa slow melow ja masa tengok cerita ni, ending dia sangat trigger kita untuk tengok filem ke-8 dan akan terus berfikir bagaimana semua ini akan berakhir?!
#8 Harry Potter and the Deathly Hallows – Part2 (2011)
Sinopsis
Voldemort dah dapat wand terhebat di dunia. Bererti dia dah jadi wizard yang paling berkuasa! Harry, Hermione, dan Ron berusaha mencari baki hocrux untuk dimusnahkan dan ini membawa mereka ke Gringotts untuk mencarinya dan mereka berjaya. Voldemort dapat membaca pemikiran Harry tentang misi mereka membuatkan beliau sangat marah. Harry dan dan rakan-rakan kembali ke Hogwarts untuk mencari baki hocrux yang mereka percaya ia ialah Ravenclaw Diadem; sebuah mahkota. Hasil bantuan Luna, Harry berjaya menemui apa yang dicari. Hocrux seterusnya dan berjaya memusnahkannya. Kini sudah 5-hocrux telah dapat dimusnahkan. Apa yang lagi 2? Ternyata ia perlu dimusnahkan terlebih dahulu sebelum Voldemort dapat dihapuskan. Namun perjalanan bukan mudah. Pertemputan, peperangan, dan banyak kematian yang ditangisi perlu ditempuhi sebelum sampai ke pengakhiran.
Review
- Jalan cerita: Penuh aksi dan drama. Plot bergerak laju dari awal hingga akhir. debaran yang tidak putus. Bermula dengan perbualan Harry dan Ollivander untuk mengetahui tentang pemilik wand yang dipegangnya, seterusnya tentang Elder Wand; wand terhebat di dunia. Kemudian mereka meminta Griphook untuk membawa mereka ke Gringotts dengantujuan ingin memasuki bilik simpanan Bellatrix kerana mereka mengesyaki Hocrux milik Voldemort ada tersimpan di situ. Adegan di Gringotts sangat menarik dan penuh aksi di mana Hermione menyamar menjadi Bellatrix. Sedikit lucu, namun tidak kalah dengan aksi magis dengan adegan bersama naga. Setelah selamat dari Gringotts, mereka kembali ke Hogwarts. Ketika ini, Professor Snape merupakan pengetua Hogwarts. Beliau mengarahkan semua pelajar untuk menyerahkan Harry kepadanya. Namun beliau melarikan diri apabila ditentang oleh guru-guru dan para pelajar. Maka bermulalah perang dan pertahanan di Hogwarts dari serangan Voldemort dan pengikutnya! Jalan cerita sangat laju, penuh aksi dan debaran. sehingga hampir tidak terasa 2jam+ durasi filem. Namun kita akan tertunggu-tunggu kesudahan cerita. Bagaimana akan berakhir? sedangkan tiba-tiba Harry dapat tahu bahawa dialah Hocrux terakhir Voldemort! bererti dia perlu mati sebelum Voldemort dapat dibunuh. Bagaimanakah itu? Saya tak nak cerita kat sini, sebab anda perlu tengok sendiri…hehehe…yang pasti hero selamat, tapi bukan mudah untuk dia selamat dan apa yang terjadi kepada Voldemort?
- Apa yang paling menarik?: Aksi, emosi, dan suspen yang tidak pernah putus. Terlalu banyak perkara yang menarik. Antaranya kejadian di dalam bilik simpanan (vault) Bellatrix di Gringgots. Adegan yang penuh suspen apabila mereka hampir lemas dalam timbunan barang apabila barang-barang di dalam bilik itu telah disihir menjadi berganda apabila disentuh! Boleh bayang tak, bila sentuh je, benda tu jadi dua. Tersentuh lagi jadi 4, dan seterusnya sampai banyak sangat, penuh dan diorang nak terggelam dalam tu! Tak boleh bayang? kenalah tengok, ok? Seterusnya adegan diorang tunggang naga pun best! budak-budak syok la nak tengok. Seterusnya, cara bagaimana mereka berjaya masuk semula ke Hogwarts pun menarik; melalui lukisan?! Adegan-adegan peperangan takyah cerita la..memang lain daripada yang lain sebab semua perang pakai magic. takde tumbuk-tumbuk. pakai pistol ke apa :p Antara yang terpenting dan menarik, akhirnya Ron dan Hermione bersatu sebagai pasangan kekasih (walaupun tengah sibuk perang..hehe) Hampir ke penghujung, plot twist yang sangat mengejutkan. Professor Snape yang selama ini memusuhi Harry dan pengikut setia Voldemort rupa-rupanya sentiasa melindungi Harry? Namun begitu dia mati di tangan Voldemort. Di akhir cerita memaparkan 19tahun kemudian selepas peristiwa perang di Hogwarts. Harry mengahwini Ginny dan ada 3orang anak! Anak pertama dan keduanya kini turut belajar di Hogwarts. Hermione dan Ron juga berkahwin dan memiliki 2orang anak. Seronok sangat tengok dan jauh disudut hati nak juga tengok sambungan lagi…
- Kesesuaian untuk tontonan kanak-kanak: Walaupun filem Harry Potter ke-8 iini bukan lagi filem untuk kanak-kanak, namun kepadatan aksinya membuatkan kana-kanak akan tertarik untuk menonton dari awal hingga ke akhir. Ada adegan bercium (beberapa saat), jadi ibu bapa dinasihatkan untuk bersedialah tutup mata anak ke apa, ok?
- Kesesuaian umur untuk menonton: Diklafikasikan sebagai filem PG13, jadi ia sesuai untuk kanak-kanak 13tahun dan ke atas.
- Bintang: 10/10 Bintang!
- Ulasan tambahan: Filem terbaik antara 8-buah filem. Sesuai sebagai filem Grand Finale selama 10tahun tayangan, filem terakhir ini membuatkan penantian selama 10tahun itu berbaloi. Tiada kata lain, silalah tonton, dan pastikan anda menontonnya dari filem pertama sehingga ke8 ini secara berturutan, jangan skip-skip, ok?
Ranking Filem Harry Potter dari yang paling best ke yang paling kurang best (tapi semua pun best):
-
Harry Potter and the Deathly Hollows – Part2 (2011)
-
Harry Potter and the Philosopher’s Stone (2001)
-
Harry Potter and the Goblet of Fire (2005)
-
Harry Potter and the Order of the Phoenix (2007)
-
Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004)
-
Harry Potter and the Half Blood Prince (2009)
-
Harry Potter and the Chamber of Secrets (2002)
-
Harry Potter and the Deathly Hollows – Part1 (2010)
So, mana nak boleh tengok filem ni? Kalau nak secara legal, anda boleh tengok di Google PlayStore (berbayar). Anda boleh tengok dengan harga RM10-48jam atau RM51 untuk beli terus filem tersebut dan boleh simpan dan tonton berulang-ulang kali sesuka hati, sepuasnya. Kalau nak tengok cara illigal, anda pun tahu lah kot cara nak cari :p Kalau taktau mana nak cari, komen kat bawah (nak link), nanti kita try figure out link untuk anda ok?
Sebelum mengakhiri entri ni, anda boleh juga tengok 10+ Fakta menarik tentang filem Harry Potter & pelakon ciliknya yang mungkin anda belum tahu. Kalau nak tengok wajah-wajah mereka dulu dan sekarang, boleh klik di sini.
Macam biasa, kalau nak beli barang-barang baby dan kanak-kanak dan mungkin barang-barang berkaitan Harry Potter, boleh ke www.markassikecil.com.my ok?