‼️SCAMMER ALERT‼️
LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT oleh pihak kami, Kedai Markas Si Kecil atas penipuan dan penyalah gunaan alamat premis perniagaan kami:
Markas Si Kecil
Lot 51161 Tingkat Bawah
Taman Tarom Permai
Bandar Permaisuri 22100
Setiu, Terengganu.
Hal ini berikutan kerana kami telah menerima beberapa panggilan telefon sejak Disember 2021 dari empat (4) individu tidak dikenali yang berbeza untuk mengesahkan adakah alamat tersebut merupakan alamat warehouse (gudang) barangan yang ingin/telah mereka tempah.
.
Apabila ditanya lebih lanjut, dari mana mereka mendapat maklumat tersebut, penjual (seller) barangan yang memberikan alamat kami dengan menyatakan barangan tempahan mereka akan dipos dari ‘warehouse’ itu (kedai kami).
.
Jelas ini adalah satu bentuk PENIPUAN/SCAM kerana kami adalah kedai menjual barangan ibu, bayi, dan kanak-kanak. Sebagaimana nama kedai kami, Markas Si Kecil, kami adalah sebuah kedai kecil sahaja dan sama sekali tidak mungkin menjadi gudang barangan seperti perabot sofa, almari, pasu-pasu hiasan dan gaun-gaun mewah sebagaimana yang didakwa seller terbabit.
.
Berikut antara maklumat berkaitan scammer terbabit yang dapat kami kongsikan:
Nama page FB:
(1) Pilot (Jual perabot, tapi macam dah tak ada page tu sekarang. Link pun dah broken.
(2) & (3): Boleh rujuk gambar, tulisan cina kami tak pandai nak tulis/baca ☺️
(3) Spring Blossoms (masih aktif) link: https://www.facebook.com/Spring-blossoms-105258108905757/
Nombor telefon yang pernah terlibat:
(1) +6011 2853 1072
(2) +6011 6188 5207
Antara nombor akaun bank yang terlibat:
(1) Kwan Yee Chen 9093251497 UOBB (United Overseas Bank Berhad)
(2) Mohamad Hidayat 0112941100025299 BSN (Bank Simpanan Nasional)
(3) Vennie Hoo Wan Yee 04000134642 HLB (Hong Leong Bank)
(4) Chong Chee Wei 641440013001941 Alliance Bank
*Walaubagaimnapun yang empunya akaun ini kemungkinan juga bukan milik sang scammer, tapi mungkin dimiliki oleh individu lain yang mereka gunakan dalam modus operandi scam mereka.
.
Oleh itu, kami dari Markas Si Kecil menafi sekeras-kerasnya dakwaan alamat kedai kami sebagai gudang penyimpanan dan membuat penghantaran sebarang barangan dari pihak lain. Kami sendiri tak cukup ruang dalam kedai nak letak barang sendiri, apatah lagi nak jadi gudang😅
.
Kami nasihatkan agar semua berhati-hati sebelum membeli barangan dari kedai-kedai online, apatah lagi yang tulisan cina banyak-banyak tu, tak pandai Bahasa Melayu, tu petanda scammer tegar dari luar tu. Mereka mungkin kebal atau halimunan di Malaysia😔
.
Kepada sang scammer, jika hal ini berlarutan, kami akan mengambil tindakan yang lebih lanjut selepas ini😡
.
Untuk semua screenshot boleh scroll gambar.
.
Markas Si Kecil jual barang baby. Bukan gudang bukan warehouse. Kalau ada seller kata nak pos dari gudang Terengganu, lepas tu bagi pulak alamat kami, cancel terus lah ye. Lepas tu report lah page tu ke apa ke. Ok? 😉
.
Sekian, terima kasih.
Markas Si Kecil
Lot 51161 Tingkat Bawah
Taman Tarom Permai
Bandar Permaisuri 22100
Setiu, Terengganu.
📲0102314714
📲0178087844
Laman web rasmi:
.
Waktu operasi:
SABTU-KHAMIS
🕙10.00pagi – 🕖7malam
JUMAAT & CUTI UMUM
⛔TUTUP⛔
.
Lokasi Google Map:
Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *