Alkisah Oktober 2019 yang lalu suami saya telah mengalami kemalangan mengakibatkan Clavicle Fracture (retak tulang bahu/tulang gagah), Internal Soft Tissues Injuries (Tisu dalaman koyak/cedera), & Dislocate (taktau bahasa melayu panggei apa. Tergeliat kot😝).

************************************

Jadi, atas saranan rakan sekerja beliau, sampailah kami ke sini, rumah Paksu Mat di Tanah Merah, Kelantan yang terkenal sebagai ‘Bomoh Patah’ dikalangan orang-orang yang mengalami kecederaan berkaitan tulang.

Bila dengar perkataan ‘Bomoh’ ni kadang kita skeptical lah sikit kan…kot satgi pakai jampi saka ke apa 😅 Ternyata Paksu Mat bukanlah begitu. Beliau merupakan bekas pelajar pondok di Selatan Thai pada suatu ketika dahulu. Beliau memulakan setiap rawatan dengan kalimah suci Bismillah dan ayat-ayat AlQuran. Malah beliau akan turut memberikan senarai ayat-ayat AlQuran tertentu untuk diamalkan oleh pesakit setelah dirawat olehnya. Kalau guna istilah ‘Ustaz Patah’ macam menunggang agama la pulak nanti kan 😅

Kepakaran Paksu ni adalah merawat patah tulang (betulkan tulang yang patah), terseliuh, & Slip Disc.

Banyak testimoni berkaitan paksu ni, jiran sebelah rumah kami pun pernah ada slipdisc, berubat dengan dia, lepas 2kali visit baik. Kawan suami pun kalau terseliuh ke apa, memang pergi kat Paksu ni lega. Ini meyakinkan kami untuk berkendara ratusan kilometer untuk kesembuhan☺️

Bila kami sampai, dah ramai juga orang. Menariknya, ada nombor giliran. Ada 2warna; Merah & Kuning. Merah: untuk yang pertama kali datang. Kuning: untuk yang kali ke2 dan seterusnya (rawatan susulan).

Kaedahnya, yang ambik nombor merah akan terus jumpa paksu. Dia akan check condition kita. Patah tulang ke, tergeliat ke, slip disc ke. Lepas tu, baru mula rawatan. Bagi yang nombor kuning yang mana rawatan susulan, akan jumpa para pembantu dia dulu. Ada ramai pembantu dia. Sekitar 3-4orang. Pembantu dia akan urut, check perkembangan. Lepas tu akan referlah kepada paksu untuk final view, saranan pemakanan penyembuhan, nasihat berkaitan penjagaan kesihatan dan kalau ada ayat yang perlu diamal, dia akan bagitau lah masa ni. Lain sakit, lain tulang yang patah, lainlah saranannya.

Yang pasti, bukan hanya orang-orang sekitar Terengganu, Kelantan sahaja yang ke sini, malah dari Kedah pun ada kami temui pada hari tersebut. Jauh tau, sanggup meredah hutan Gerik nak jumpa paksu ni.

Kenapa famous sangat Paksu ni? Saya rasa salah satu sebab, teknik rawatannya tidak menyakitkan. Paksu dan para pembantunya memang nampak berilmu berkaitan tulang. Saranan tentang teknik pergerakan orang patah sama macam yang disarankan oleh pegawai fisio & doktor. Tak bertentangan. Ditambah pulak dengan sokongan ayat-ayat AlQuran yang beliau kongsi berkaitan tulang pun meyakinkan. Maksudnya dalam Quran pun ada bagitau, tulang patah ni akan sembuh selepas 100hari, tak boleh magic lepas berubat terus nak baik☺️

Jadi apa yang paksu ni buat? Paksu akan betulkan kedudukan tulang yang patah tu pada kedudukan asal supaya penyembuhan tulang semulajadi dengan tulang dalam keadaan asal/sepatutnya (siapa yang tahu pasal tulang patah, rasanya tahu kot mekanisma penyembuhan tulang patah macam mana kan? sebab kalau tulang tu patah bertindan, biasa tulang akan sembuh secara bertindan tu jugak, tapi kalau pergi kat paksu ni, dia akan betulkan supaya tulang tu lurus seperti asal sebelum penyembuhan tulang semulajadi berlaku).

Selain itu, saya tengok ada orang sakit lutut…tempurung lutut dah tak boleh gerak, lepas rawatan boleh gerak. Ada yang datang sebab sakit belakang, slip disc, tulang lari/dislocate sebab eksiden, macam-macam lah. Tapi bukan lah siap sembuh dengan satu kali visit. Kena datang lagi untuk follow-up. Tu yang ada nombor merah kuning tu 😉

Antara sebab lain yang saya suka dan mungkin orang lain juga suka untuk berubat kat sini sebab Paksu ni ada waktu/jadual operasi rawatan yang tetap. Macam klinik dah jadinya. Jadi tak pening nak buat appointment by call ke apa, datang je ikut waktu yg dia buka tu, insyaallah memang boleh dirawat.

Bukan apa, tukang-tukang urut biasanya kan urut kat rumah, part time je. Biasanya diorang ada kerja lain. Bila kita nak urut tu, kadang 2-3kali set appointment baru jadi. Lepas tu, biasanya diorang akan kata lepas seminggu kena urut lagi…tapi bila nak urut yg kali ke2 tu, adoi…dia takda lah, ada kerjalah. Jadi macam fed-up lah juga kan, orang sakit ni😅

Kalau dengan paksu ni, dia dah ramai pembantu. In-case paksu tak dapat rawat, pembantu-pembantu ada ramai. Jadi kalau orang datang dari jauh pun, takde lah frust tak dapat buat rawatan.

Bayaran: Seikhlas hati. Selit je kat poket baju paksu atau letak je dalam bekas yang tersedia (usha tengok la orang sebelum kita letak duit kat mana dulu 😁)

Begitulah secara ringkas review saya berkaitan Paksu Mat Bomoh Patah ini. Boleh tengok gambar untuk alamat, waktu operasi, dan nombor telefon. Moga bermanfaat buat yang memerlukan 😃

Selepas Rawatan Paksu akan tampal plaster macam ni supaya tulang yang dibetulkan tidak bergerak. Selepas seminggu perlu pergi ke Paksu lagi untuk buka dan rawatan susulan (jika perlu).

Nak beli barangan bayi dan kanak-kanak? jom tengok-tengok di www.markassikecil.com.my

Share

You Might Also Like

8 Comments

    1. MarkasSiKecil Atiqah says:

      Maaf, kami saya pun tak pernah call, setiap kali pergi memang walk in terus sahaja. Tak pasti juga tentang nombor telefon yang boleh dihubungi.

  1. MUHAMMAD BIN MARZUKI says:

    Maaf kak nk tnye sikit . Suami akak macam mana yg patah bahu tulang gagah selepas buat rawatan dekat pak su mat klantan

    1. MarkasSiKecil Atiqah says:

      Dah berapa lama patah? kalau dah lama, rasanya tak boleh urut dah untuk yg ‘naik tulang’ tu sebab tulang dah bersambung secara bertindan. Tapi apa-apa pun boleh cuba minta pendapat dia kalau ke sana. Rasanya dia takkan usik kalau memang tak boleh usik dah 🙂

  2. ijoyshuib says:

    Salam kak…masa suami akak, berapa lama masa akak ke tempat Pak Su? Saya baru sebulan patah lengan&bahu dislocate, hajat nak ke tempat paksu..
    Dan berapa tempoh masa suami akak pulih(waktu sekarang)
    Terima kasih reply kak..

    1. MarkasSiKecil Atiqah says:

      Tempoh masa sembuh akan berbeza ikut individu. Sebab faktor umur, faktor pemakanan, merokok etc akan mempengaruhi tempoh penyembuhan. Biasanya minima 2kali repeat jumpa paksu dalam tempoh sebulan. Macam Suami saya, lepas kali ke-2 pergi Paksu kata dah tak perlu datang dah, cuma continue apa yang dia saran seperti pemakanan, urutan, senaman dan sebagainya. In case rasa tak confident dengan perkembangan/penyembuhan, boleh je kalau nak pergi follow up lagi…tapi Alhamdulillah…kami tak ada pergi dah lepas tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *