Sebagai ibu dengan anak kecil yang sedang melasak, saya sangat sukakan kedai ini. Sebab apa? Jom baca dan tengok sampai habis :-p
Sign board di depan kedai. Kedai ni terletak betul-betul di bawah butik tudung Emma Maembong. Jadi ada gambar Emma besar kat atas tu 😉 |
Kami tiba di kedai sekitar jam12.30 tengah hari pada hari Ahad. Tapi kedai belum buka sepenuhnya. Mereka minta kami tunggu 15minit. Jadi kami round-round lah area Bangi Sentral yang sememangnya banyak kedai-kedai dan butik-butik. Sekitar jam 1pm, kami kembali lagi ke restoran ini. Belum beroperasi, tapi dah boleh masuk. Jadi kami masuklah tunggu kat dalam.
Suasana dalam kedai. |
Cara pembelian macam McD dan KFC, order dan bayar terus di kaunter. Di dinding ada banyak gambar-gambar. salah satunya ialah “Recommendation for newbie. 6 Bowls (Adults). Ha…macam dasyatkan nak makan 6mangkuk. Hehe…selain itu ada juga makluman ianya 100% Halal. Insyaallah tiada masalah makan di sini untuk kita umat Islam. Kedainya selesa, luas dan yang paling best untuk mak-ayah yang ada kanak-kanak ialah….ada mini indoor playground 🙂
Indoor Playground di Bangi Boat Noodle |
Dulu-dulu masa kecik, selalu main indoor playground di McD aje. Tapi sekarang selain daripada dah boikot McD, memang dah takde pun indoor playground macam ni. Susah nak dapat kedai makan yang ada indoor playground sekarang ni. Sekarang dah jumpa, boleh la jadikan restoran ni sebagai pilihan utama kalau nak pergi makan. Sebab Wafiy ni bukan jenis stay still kat meja untuk duduk makan. Jenis tak layan video hp tab semua ni kalau kat luar. Jadi bagi ibu ayah yang ada anak macam Wafiy, pasti akan suka juga kedai ni macam mana saya rasa bahagia sangat makan kat sini. Hahaha…over pulak :p OK, bukan saja restoran ni best sebab ada indoor playground, tapi makanan nya pun memang sedap. Kira pakej lengkap la 😛
Ini dia Boat Noodle dan air dalam cup Flamingrill. Kedai ni sharing, jadi bekerjasama lah mereka. |
9mangkuk untuk 6 orang. Tak cukup. Order lagi 9 mangkuk ok? Total kami makan 18mangkuk. |
Tak pasti ini wajah kenyang atau masih rasa tak cukup. Nak tambah lagi Boat Noodle? |
Si kecik ni pun makan dekat 2mangkuk. Haha…percayalah, mesti anda pun akan makan bermangkuk-mangkuk d sini :p |
Selera sungguh. Orang lain habis makan, dia tak habis-habis sebab sebok makan satu suap, nak pi main. Lepastu datang lagi makan satu suap, pergi lagi main :p |
Ini bil untuk 9mangkuk. Order 8 mangkuk, free 1mangkuk. Semangkuk RM1.80 |
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa hal makan banyak sangat ni? Sebenarnya porsi mangkuk ni kecik-kecik aje. Maybe 3-4suap habis semangkuk. Sebab tu si kecik Wafiy tu pun boleh makan sampai dua mangkuk. Menunya ringkas, iaitu Mihun/KuewTiaw/Mi sup. Tapi mi dan kuewtiaw dia halus, tak macam mi kuning yang selalu kita makan tu. Sup pun lain, sedap. Secara ringkasnya, satu pengalaman makan yang menarik dan saya sangat berpuas hati. Insyaallah akan kembali lagi.
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.