Review: Proses tukar dari Astro ke Njoi

Baru-baru ini kami telah berjaya menukarkan langganan Astro kepada Njoi (Senang je prosesnya😁).
Sebagaimana umum ketahui, Astro merupakan langganan bil dibayar secara bulanan manakala Njoi (dimiliki Astro) hanya bayar sekali untuk pemasangan dan boleh tengok semua siaran percumanya seumur hidup tanpa bayaran bulanan. Sebelum saya share langkah-langkahnya, saya nak kongsilah juga faktor kami pasang Astro suatu masa dahulu dan faktor kami nak tukarkan Njoi di tahun 2020 ni ☺️

Pada tahun 2014 yang lalu kami telah berpindah rumah sewa. Malang sekali signal TV di situ sangat lemah sampai satu channel apa pun tak boleh dapat. Jadi kami melanggan Astro sebab kalau tak pakai Astro, memang tak ada harapan nak nak tengok tv lah di rumah sewa tu. Walaupun sekarang dah pindah randah berkali-kali, bertukar-tukar negeri, Astro tu tetap menemani. Terima kasih, jasamu dikenang😁
Dah masuk tahun 2020 ni, komitmen dah makin bertambah, priority pun dah berubah. Jadi kita kena lah lebih bijak mengatur☺️ Bermula awal tahun ini, sekitar Jan 2020 anak sulung dah masuk darjah 1. Anak no2 dah masuk play school. Kami suami isteri pun tak sempat nak tengok tv sangat. Selain tu nak minimakan anak asyik tengok kartun dan boleh menjadi satu langkah pengurangan komitmen bulanan😉


Maka kami suami isteri sepakat nak terminate Astro. Waktu tu kami pun considerlah beberapa options. Antaranya nak pasang myFreeview ke apa tu. Search jugak pasal Njoi. Bila google cara tukar Njoi, ramai yang share di blog, tapi rata-rata sharing pada tahun 2015,2016. Tak ada sharing yang terkini.

Maka tanpa membuang lebih banyak masa; ikutilah langkah-langkah ini:

#1 Pergi ke website Astro klik contact us. Nanti ada option/logo Whatsapp. Klik je situ. Kalau guna hp, memang akan direct link lah. Kalau guna pc yang tak ada whatsapp saya tak pasti apa yg terjadi sebab pc saya ada whatsapp. Jadi klik kat hp/pc memang terus masuk whatsapp astro.

#2 Nanti di WhatsApp tu automatik keluar options. Pilih je 2-Technical Help. Pastu follow je lah arahan seterusnya sampai nanti ada pegawai dia yang balas personally. Bagitau je kat dia nak tukar astro ke njoi. Nanti dia tanya details acc; nombor acc Astro anda, mykad, etc. Make sure anda ready dah lah dengan maklumat ni 😉

#3 So, apa yang kena buat lepas tu? Yuran conversion dari Astro ke Njoi adalah RM50 (bayaran ni mungkin berubah dari semasa ke semasa) sebab masa saya google dulu, entri yang tahun 2016 macam tu… diorang bayar belas-belas ringgit je nak tukar astro ke njoi ni.

#4 Saya contact Astro pada pertengahan Jan 2020 untuk confirmkan saya nak tukar kepada njoi. Pegawai tu semak, bill cycle saya adalah pada 8hb setiap bulan. Jadi termination akan effective pada 9hb Feb 2020. Last saya boleh menonton siaran adalah pada 8hb Feb 2020.

#5 Nak tukar Astro ke Njoi ni tak perlu tukar dekoder/pring semua tak payah. Kita boleh guna semua benda yang sama. Prosedurnya; mereka perlu membatalkan langganan Astro terlebih dahulu sebelum boleh mengaktifkan njoi. Jadi, macam kes saya tadi, akaun Astro saya akan dibatalkan pada 9hb Feb 2020. Maka, saya perlu membayar RM50 dalam tempoh sebelum tarikh tu lah supaya Njoi boleh diaktifkan sesegera mungkin selepas pembatalan akaun. Bayar RM50 tu ke billing Astro kita. Bila diorang detect kita ada bayar extra RM50 dalam bil tu, dan dalam record diorang kita ada request for termination, Automatik diorang tau kita nak convert ke Njoi lepas termination. Kalau kita tak bayar RM50 tu, mereka beranggapan kita nak terminate sahaja. Dan lepas tarikh termination memang takkan dapat channel apa-apa dah ler nanti ☺️

#6 Few days sebelum termination berlaku akan ada pegawai astro yang call kita untuk confrimkan request termination tu dan remind untuk bayar RM50 incase kita lupa ke apa. Tapi saya memang dah bayar terus hari yang sama haritu sebab memang berkobar nak tukar ke njoi ni 🤣 Pegawai tu maklumkan sekali lagi, selepas termination nanti kita tak akan dapat apa-apa channel mungkin sehingga 48jam kerana proses pembuatan acc njoi hanya effective selepas acc Astro tu fully disfunction (terminated). Lepas 48jam baru akan ada channel balik, Channels yang bawah Njoi lah kan☺️

#7 Tepat 9hb Feb 2020, anak saya try bukak tv, dia kata “bunda tv rosak” 😅Hahaha…saya pun tengok kalender, haa…betul lah. “Rosak kejap, nanti ada balik lah” 😁 keluar hitam je semua channel. Kena pulak tu tarikh AJL34, memang takde harapan lah nak tengok malam tu 🤣

#8 Esoknya 10hb Feb 2020, pagi saya try buka. Channel tv memang tak ada, tapi channel radio semua boleh dengar👍🏻 Petang tu anak balik sekolah dia buka tv, dia kata “bunda, tv dah ok…tapi ceria tak ada” Yaaa…itulah tujuannya wahai anakku 🤣 btw kami memang dah remind dia lama dah sejak confirm nak buat termination tu, ceria nanti dah tak ada. So bila hari itu tiba, dia tak surprise sangat la…tapi macam frust lah kan. Memang tu dia dok hadap hari-hari selama ni 😅 Takpalah, demi kebaikanmu di masa depan juga nakk👦👶

#9 Lepas few days, saya dapat bil Astro dengan jumlah -RM50 bererti ada lebihan bayaran RM50. Saya contact semula Astro via WhatsApp, untuk confirmation. Dia kata itu normal prosedur dalam bil sebab convert. Tak perlu buat apa. Just enjoy the Njoi 😉

#10 Bila dah tukar ke Njoi, browse-browse lah channel yang ada. Masa tu pelik juga, ada channel-channel yang dulu tak ada tiba-tiba ada macam Animal Planet, Citra, Warna. Mungkin promosi je kot. Awal-awal convert. Sekarang Animal Planet dah tak ada. Tapi Citra & Warna masih ada. Taktau la nanti hilang lah kot.

Menariknya Njoi ni lagi, contoh, walaupun tak ada channel kartun tu…tapi kalau kita nak boleh je. Boleh beli channel tu secara pra-bayar, beli topup. Contoh kalau nak ceria aje, boleh beli prepaid untuk 1hari RM7, 7hari RM10, atau 30hari RM20. Atau package yang ada banyak channel pun murah je: 30hari RM30. Which is kalau rasa boring cuti sekolah ke apa, kita beli lah channel ni 10 hari ke, sebulan ke. Harga pun bagi saya resonable👍🏻


.
Jelas lah kot cerita saya pasal tukar Astro ke Njoi ni? 😁 Dulu saya langgan Astro Family Pack RM42.35 bulanan. Sekarang Alhamdulillah dah tak payah bayar apa-apa secara bulanan untuk tengok tv. Mungkin ada yang rasa…ala RM42.35 je kot…hahai…tapi bagi kami, RM42.35 tu macam-macam juga boleh cover. Antaranya: yuran bulanan Taekwando anak saya RM20 sebulan saya boleh bayar guna duit bayar Astro tu. Siap ada lebih RM22.35 sen lagi. Kalau saya bagi RM2 sehari untuk belanja sekolah anak, dah boleh cover 11hari tuan-tuan, puan-puan…
.
Nampak tak? Dengan mengurangkan komitmen bulanan yang tak berapa nak perlu ni…kita boleh gunakan wang dengan lebih bermanfaat. Insyaallah 😀
.
Moga perkongsian ini memberi manfaat buat semua,

Salam sayang,
Atiqah Abu Bakar,
Nak beli barangan bayi dan kanak-kanak? macam-macam ada di: www.markassikecil.com.my

Share

You Might Also Like

6 Comments

  1. Yeah2 says:

    Assalamualaikum w.b.t. terima kasih krn telah kongsi pengalaman. Saya tlh langgan astro lebih 20 thn. Dan skarang hnya tgk perlawanan bola sepak antarabangsa je. Jd rugi kalau terus langgan astro. Huhu.. Njoi ni ada channel supersport kan?

    1. MarkasSiKecil Atiqah says:

      Waalaikumussalam…semasa saya buat penukaran kosnya RM50 🙂 Jumlah bayaran mungkin akan berubah dari semasa ke semasa.

      1. MarkasSiKecil Atiqah says:

        wahh…dah makin mahal….dulu2 belas-belas ringgit je…tabahlah….still ok RM199 dari nak bayar tiap2 bulan atau reg baru 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *