Review: NaNa SSC Baby Carrier

Hi, Assalamualaikum semua. Alhamdulillah saya dah menggunakan NaNa SSC – ERGONOMICS BABY CARRIER ini sekitar 8bulan, jadi rasanya dah ‘valid’ untuk saya buat review berkaitan SSC jenama NaNa ni πŸ™‚
.
Pertama sekali, mungkin ramai yang tak kenal jenama NaNa ni, ye lah…NaNa baru masuk ke pasaran Malaysia pada Januari 2018. Walaubagaimanapun, NaNa ni dah establish di Indonesia sejak 2015 sebenarnya. Dan ya, NaNa Baby Carrier adalah Made in IndonesiaΒ πŸ™‚ Indonesia banyak keluarkan jenama baby carrier jenis SSC yang ergonomik seperti Cuddle Me, Andrea, Bobita. Jadi bagi saya, baby carrier buatan Indonesia adalah antara yang terpercaya kualitinya πŸ™‚
.
Baiklah, mari kita mulakan review:

#1 HARGA – murah!
NaNa SSC terdapat dalam dua saiz:
Standard Size RM149
Toddler Size RM179
(*kalau ada yang nak tanya, apa beza dua saiz ni, nanti saya cerita ok?:-))

Sehingga saya tulis review ini, harganya masih segitu dan PROMO FREE POSTAGE masih berlangsung ni FB Rasmi NaNa Baby Carrier MalaysiaΒ (klik untuk terus ke FB tersebut).Β Saya tak dapat pastikan sampai bila akan ada promo free postage ni. Pada saya harga NaNa SSC ni antara yang paling ekonomi yakni MURAH untuk kategori BABY CARRIER ERGONOMIC & ASLI seiring dengan kualitinya.

#2 KESELESAAN – selesa!
Ini adalah aspek terpenting untuk satu-satu baby carrier. Kalau tak selesa, murah pun tiada gunanya. Betul tak? Saya mula guna carrier yang saiz standard masa anak ke-dua saya berumur 5bulan, beratnya sekitar 7kg, tinggi sekitar 68cm.
Alhamdulillah, pertama kali carry je, tak sampai 10minit dia dah tertidur. Masa tu carry dalam rumah je. Tak boleh la nak share gambar kat public :p
Ini gambar masa kali ke-2 pakai, nak rasmi keluar dari rumah ☺
Dengan adjustable buckle, kita boleh laras untuk fit ikut saiz badan kita dan bayi. Jadi memang boleh fully snugg buat baby rasa macam dipeluk gitu. Jadi dia pun selesa πŸ™‚ Kita pulak taklah rasa sakit pinggang ke bahu ke sebab kalau adjust semua betul, pakai pun betul, memang comfy dan mudah bergerakΒ πŸ™‚
Untuk pengetahuan juga, saya ni aktif bisnes online dari rumah, jadi memang hari-hari keluar pergi pos barang mesti pakai carrier bawa anak. Pergi pasar, kedai semua carry si kecik ni lah. Alhamdulillah memang sangat memudahkan dan selesa untuk saya dan dia πŸ™‚
Waktu ni baru balik dari pasar tani, dia dah tertidur dari kat sana lagi.

 

Kadang-kadang macam ni lah bila work from home. Anak nak berdukung je. Adalah solusi, pakai carrier!

 

Paling bahagia bila anak tertidur dalam dakapan. Ye tak?

Selain itu, saya juga menggunakan NaNa SSC saiz toddler untuk anak saya yang sulung berusia 4tahun+. Walaupun tak guna kerap macam untuk adiknya, yelah budak besar kan…boleh jalan dah. Tapi ada masa- masa tertentu kami akan guna juga. Misalnya ke pasar tani (tempat sesak), dan travel. Di mana kalau perlu bergerak cepat dan untuk menjaga keselamatan, memang kami prefer carry dia macam orang lain juga, mungkin akan dukung anak umur 4/5 tahun ni bila tempat sesak dan mungkin nak bergerak cepat. Maklumlah budak-budak ni kadang banyak akal kan, kita nak pergi depan…dia sibuk menyinggah sana sini :p atau kita nak berjalan, dia sibuk nak berlari. Jadi ada waktu-waktu tertentu memang patut carry/dukung mereka. Setuju kan?

 

Untuk toddler ni bagusnya kita back carry macam ni. Anak pun seronok sebab view dia hampir sama tinggi dengan orang dewasa. Jadi takdelah diorang jalan, tenggelam dalam orang ramai aras-aras siku orang dewasa yang sesak kat pasar tani / pasar malam etc.

 

Tengok tu, dia pun join pilih & tengok parang dengan ayahnya :p

 

Ini pula masa travel, di airport. Kita perlu sampai tepat waktu di pintu perlepasan. Kadang nasib kurang baik, kena pintu jauh nun berbatu :p Jadi terima kasih pada carrier sebab dah tolong cepatkan & mudahkan pergerakan kami!

Menurut suami saya yang menggendong guna toddler carrier ni, memang selesa dan sangat membantu berbanding nak dukung budak berbelas kilogram ni dengan tangan memang sakit ler. Bila tanya anak, best tak dalam carrier ni? Dia pun suka. Malah kalau offer di-carry dia tak menolak, malah beberapa kali tertidur dalam carrier jugak. Menunjukkan ianya selesa untuk anak yang di-carry juga. Alhamdulillah πŸ™‚

#3 PRAKTIKALmudah disimpan!

Antara ciri kegemaran saya untuk NaNa SSC ni ialah, ia ringan, tidak bulky, dan sangat mudah di lipat/gulung untuk disimpan. Ada beg kain juga diberi percuma. Jadi boleh lah guna untuk tujuan penyimpanan πŸ™‚

Ini guide untuk lipat dari IG NaNa Indonesia, saya screen shot.

 

Ini contoh bagaimana cantiknya ia boleh dilipat! Masa ni saya travel ke Pulau Sabang, Aceh, Indonesia. Masa dalam feri, saya buatlah macam ni. Kemas je kan? πŸ™‚ Tak semua carrier boleh buat macam ni tau. Antara brand lain yang boleh lipat kemas macam ni ialah Brand Bobita.

#4 WARRANTY2tahun!
Ya, warranty 2tahun ni antara yang sangat lah memberi ketenangan dan jaminan. Waktu beli tu akan disertakan satu flyer, tapi jangan buang flyer tu! Itu bukan sebarang flyer tau, ia juga merupakan warranty card untuk carrier tersebut sebab ada details tentang carrier kita termasuk tarikh pembelian di situ. Selain itu, maklumat asas carrier terdapat pada tag kain setiap carrier juga πŸ™‚

Ini tag ID carrier kita. Maklumat yang sama akan ada di warranty card beserta tarikh kita beli. Di tag ni tak ada tarikh beli. Alaa, saya tak jumpa warranty card saya la pulak… adess…takleh nak share gambar. Nanti kalau saya dah jumpa saya update ok?

#5 TAK PANASKain 100% Cotton

Bab ni pun antara yang terpenting. Walaupun anak saya tak ada eczema etc., tapi sangatlah penting carrier yang diperbuat dari bahan yang tak panas dan lebih baik menyerap peluh macam NaNa SSC ni. Material kainnya dari 100% cotton, tidak begitu tebal membuatkan walaupun anak jenis kuat berpeluh (atau kita pun kuat peluh) tetap akan selesa. Insyaallah πŸ™‚
Ha nampak tu, sebenarnya agak panas cuaca masa tu, tapi anak tetap boleh je tidur lena dalam carrier tu. Kita yang pakai pun takde lah rasa panas berkuap ke apa. Ok je, siap boleh main layang-layang lagi πŸ™‚

 

Ni pulak di suatu petang minggu, saya dok sibuk kat dapur, ayah dia bawak carry belakang sambil siram pokok. Alhamdulillah dia happy sebab boleh keluar, ayah dia pun gembira boleh buat kerja sikit kat luar.
Jadi secara umum, sekianlah 5aspek terpenting pada saya untuk saya review di entri kali ini, iaitu:
Β 
#1 HARGA MURAH
#2 SELESA
#3 MUDAH NAK SIMPAN
#4 ADA WARRANTY
#5 KAIN TAK PANAS
Ohh ye, saya janji nak terangkan apa beza saiz standard & toddler tadi kan?
Inilah perbezaan antara saiz Standard & Toddler untuk NaNa SSC Baby Carrier.
NaNa SSC sesuai dari bayi 4bulan dan ke atas. Terdapat dalam dua saiz:
STANDARD
Sesuai digunakan dari usia 4 bulan sehingga sekitar 18 bulan (7 kg – 20 kg), dimensi Body Panel lebar 34 cm, tinggi 36 cm.
TODDLER
Sesuai digunakan untuk bayi/toddler sekitar tinggi minima 80cm – 25 kg, dimensi Body Panel lebar 41 cm, tinggi 44 cm.
Okey, jelas lah dah kot tentang saiz ni? Macam anak saya yang kecik tu sekarang umurnya 12bulan (1tahun) tinggi 76cm. Jadi memang masih guna saiz standard. Abangnya 4thn+ tinggi 90cm+ guna saiz toddler. Kita pilih saiz carrier bergantung pada tinggi anak tau. Bukan umur. Ok?
Sebagai penutup, saya nak share lah sikit lagi gambar-gambar kenangan terindah bersama NaNa SSC Baby Carrier setakat hari ini dengan anda semua…hehe…hujung-hujung entri ada video jugak. Bolehlah kalau saja free nak view. Terima kasih semua πŸ˜€

 

Kat Korea! Haha…takdelah, kat Penang ni, depan kedai Grocery Korea.

 

Masa ni tengah beratur nak naik flight ke Aceh, Indonesia.

 

Ini kali pertama kami terbang berempat. Masa ni baru tiba di KLIA2 dari Kuala Terengganu. Alhamdulillah dengan NaNa SSC memudahkan perjalanan dan pergerakan kami walaupun dengan anak-anak kecil.

 

Ini pula ketika di Pulau Sabang, Aceh Indonesia.

 

 

Boat ride ni sekejap je. dalam 1minit, dari pantai ke hotel. Sebab tu tak turunkan si abang tu. Senang carry je dia sebab nak naik turun bot kan.

 

Masa ni baby 5bulan+ first time nak naik flight, jadi bergambar la kenangan sikit.

 

Haha…siapa suka adventure? Korang memang kena spare carrier macam kitorang ok? Tu lobi hotel yang kitorang booking kat Pulau Sabang, Aceh, Indonesia. Tinggi okeh…

 

Masa ni kat IOI Mall Putrajaya. Si adik dah tertidur dalam dakapan si ayah. Ayah pun boleh la layan hp. Agak-agak kalau tak pakai carrier, dukung anak yang tengah tidur boleh ke nak pegang hp? :-p

 

Hero pendakian kami. Destinasi yang dituju: nun di atas sana. Si ayah carry si abang, saya carry si adik tau. Nasib baik both kami pakai carrier. Tapi takde pulak gambar saya tengah mendaki πŸ™

 

Flying! Ini nak ke mana dari mana ntah tak ingat…hahaha…banyak kali sangat dah kitorang travel ni ha…

 

Langkawi! shopping sakan. Korang kalau nak gi Langkawi sila pakai carrier jugak okey? hehe…

 

Lama sangat tunggu boarding, adik dah tertidur dulu. Abang ambik chance la nak peluk adik πŸ™‚

 

Melawat tapak projek :p

 

Ini di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan! Nak shopping senang memang korang kena pakai carrier jugak ok?

 

Ambik angin petang di tepian sungai.

 

Kota Bharu, Kelantan. Sarapan di Kopitiam Kita.

 

Melawat rumah dinosaur :p

 

Marang, Terengganu.

 

Kidzoona, Aeon Kota Bharu. Masa ni tengah teman si abang main.

 

Shopping barang keperluan harian di Giant.
Oh ye, banyak lagi review/action pictures mereka yang dah guna NaNa SSC Baby Carrier ni di www.facebook.com/nanababycarriermalaysia. Kalau anda nak beli ke, bolehlah direct dengan page FB tu. Kat Shopee pun ada jugak. Tapi kadang design limited sikitla kat Shopee tu ?
Ini video cara pakai Baby Carrier jenis SSC secara umum dan mungkin NaNa SSC secara spesifik πŸ˜‰
Ini video masa kami nak travel naik flight πŸ™‚
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA & MENONTON. HAPPY BABY/TODDLERWEARING EVERYONE!

Nak beli barang baby? LayariΒ www.markassikecil.com.myΒ untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.

 

Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *