Baby Carrier Ergonomik Asli (Original) di LAZADA & SHOPEE

Ditulis Oleh: Puan Atiqah Abu Bakar

Alhamdulillah, sekarang makin ramai ibu bapa sedar kepentingan menggunkan baby carrier yang ergonomik kerana ianya lebih selesa dan selamat. Ia bukan sahaja selesa dan selamat buat bayi, malah buat kita yang menggendong. Berat bayi akan terasa lebih ringan ketika menggendong bayi ketika menggunakan baby carrier yang ergonomik. Baby Carrier yang ergonomik itu macam mana?

Boleh baca di entri saya yang terdahulu di link ini:  https://markassikecil.com.my/baby-carrier-yang-ergonomik/

Jadi kita pun akan search untuk beli baby carrier yang ergonomik. Sekarang yang paling popular, Shopee & Lazada lah kan. Tapi kita kena hati-hati, sebab tak semua baby carrier yang dijual di Shopee & Lazada ni original tau. Ada juga carrier yang tiruan walaupun ergonomik. Kenapa kita perlu berhati-hati? sebab carrier tiruan ni akan menggunakan material yang sangat rendah kualitinya. Mungkin buckle nya dari plastik biasa, sedangkan baby carrier original yang selamat akan menggunakan material High-Grade untuk buckle macam jenama NaNa . Ada pula yang up lagi, guna yang Military-Grade macam Bobita. Kalau nak baca detail bahaya carrier tiruan ni, boleh baca di link ni: https://markassikecil.com.my/baby-carrier-pilihlah-sebaiknya/

Macam mana kita nak pastikan tidak tersilap beli? Caranya ialah pastikan dulu jenama carrier itu yang belum ada rekod carrier fake/tiruan. Antara jenama yang saya jamin 100% tiada yang tiruan; ialah jenama Bobita, Babyta, NaNa, & Tugeda. Kalau ibu ayah search aje 4-jenama ni di Shopee & Lazada, memang boleh beli tanpa ragu. Ok? Kalau takut jugak, boleh beli direct dari website Markas Si Kecil, confirm, 100% semua carrier yang dijual adalah carrier original.  Selamat membeli!

Bobita SSC ORIGINAL di LAZADA
NaNa SSC ORIGINAL di LAZADA
Tugeda SSC ORIGINAL di LAZADA
Babyta SSC ORIGINAL di LAZADA
Babyta SSC ORIGINAL di Shopee
Bobita SSC ORIGINAL di Shopee
Tugeda SSC ORIGINAL di Shopee
NaNa SSC ORIGINAL di Shopee
Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *