Resipi untuk Si Kecil Apam Susu + Coklat
********************
BAHAN-BAHAN
4 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan susu pekat
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tepung penaik
1/2 cawan air
2 sudu besar minyak masak
3 sudu besar serbuk koko
CARA-CARA
- Pukul telur,gula,esen vanila hingga kembang.
- Masukkan susu pekat,air, pukul lagi.
- Masukkan tepung gandum dan tepung penaik, minyak. Pukul lagi hingga tergaul rata.
- Panaskan pengukus.
- Asingkan adunan kepada dua adunan. Satu dimasukkan serbuk koko dan gaul rata.
- Tuang adunan ke dalam loyang/acuan.
- Kukus sekitar 30minit atau sehingga masak.
Selamat Mencuba!!!
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.