Lumrah kanak-kanak memang suka bermain. Sebagai ibu bapa, pilihan permainan yang sesuai untuk anak-anak tidak kurang pentingnya. Pemilihan dari jenis material, kesesuaian umur dan harga biasanya adalah kriteria utama semasa membeli permainan.

Mengapa permainan yang diperbuat daripada kayu (wooden toys) baik untuk kanak-kanak?

1. Lebih tahan lama
– Permainan kayu tidak mudah rosak dan pecah bila dibaling anak-anak. Mudah dibersihkan dan cat pada mainan tidak tertanggal

2. Meningkatkan daya sentuhan
– Permainan kayu mempunyai permukaan yang agak kasar berbanding plastik licin. Ia dapat merangsang sentukan kanak kanak untuk bermain.

3. Ringkas dan berimaginasi
– Permainan kayu yang ringkas tidak memerlukan bateri dan tiada bunyi-bunyian yang menganggu sesetengah kanak-kanak untuk bermain. Permainan kayu juga meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak.

4. Sesuai untuk kanak-kanak menghadapi masalah pembelajaran
– Permainan kayu banyak digunakan di pusat pembelajaran khas kanak kanak menghadapi masalah pembelajaran. Ia kerana lebih menarik kanak ini untuk bermain dengan warna yang cerah dan menarik. Puzzle pada permainan kayu juga menjadi salah satu sebab mengapa ia disukai kanak-kanak ini.

ABC Woodblocks (27pcs)

27 buah blok kayu berwarna-warni dicetak dengan huruf, nombor dan gambar. Membina kemahiran mengenal nombor, huruf dan pengecaman gambar Blok kayu boleh disimpan dalam kotak kayu yang disediakan Menggunakan cat/dakwat tanpa toksik, selamat untuk kanak-kanak Sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas.

 

Berminat? Klik saja mana-mana saluran di bawah:

 

Wooden Puzzle

Sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. Melatih kemahiran koordinasi tangan dan mata. Membina imaginasi, kreativiti dan kemahiran pemikiran logikal. Mudah dipasang dengan warna-warna ceria amat menarik minat kanak-kanak.

Terdapat dalam 3 rekabentuk:

– Fruits

– Transportation

– Garden

Berminat? Klik saja mana-mana saluran di bawah:

 

Spell Word Game

Set permainan untuk belajar mengeja. Lihat gambar dan susun bongkah kayu yang dicetak dengan huruf-huruf untuk membentuk perkataan yang mudah. Juga boleh membantu kanak-kanak mengecam gambar dan mempelajari Bahasa Inggeris. Set kotak dan bongkah huruf diperbuat daripada kayu berkualiti tinggi. Sesuai untuk kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas.

 

Harga: RM42/set

Berminat? Klik saja mana-mana saluran di bawah:

 

Wooden Vegetable Building Blocks

Susunkan 3 ‘sayur’ kayu dalam setiap tingkat untuk membina menara. Baling dadu dan pemain tersebut hendaklah mengambil ‘sayur’ yang sama warna dan susunkan di atas menara. Bolehkah anda mengambil sayur itu tanpa meruntuhkan menara? Ia tidak semudah yang anda sangka! Bagi kanak-kanak yang masih kecil, bina menara yang lebih rendah untuk bermain. Diperbuat dari kayu berkualiti dan cat tanpa toksik, selamat dan tahan lasak. Warna yang terang dan ceria pelbagai bentuk untuk menarik perhatian kanak-kanak di samping belajar mengenal warna Membantu membina koordinasi tangan-otak, pengiraan dan kemahiran kognitif Bahagian bucu yang tumpul dan lembut menjadikannya selamat untuk kanak-kanak Permainan yang baik untuk ibu bapa menghabiskan masa berkualiti bersama anak Sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. Juga sesuai sebagai hadiah.

Material: Kayu

Kandungan set: 54 blok kayu sayuran, 1 buah dadu

Saiz blok: 6.5×1.5cm

Saiz dadu: 2.5×2.5cm

Saiz kotak: 24.5×18.5x7cm

Berat: 1.2kg

 

Berminat? Klik saja mana-mana saluran di bawah:

 

RAIL OVERPASS WOODEN TOYS

Diperbuat daripada kayu berkualiti dan papan tahan lasak, tanpa toksik dan selamat untuk kanak-kanak Bentuk dan warna-warna cerah menarik perhatian kanak-kanak untuk mengenali warna Permukaan yang lembut/tumpul, tidak tajam, selamat untuk penggunaan kanak-kanak Permainan berbentuk puzzle ini baik untuk merangsang kebolehan praktikal, koordinasi tangan-otak dan kombinasi logikal untuk membina ‘bandar’ Blok permainan membolehkan kanak-kanak meningkatkan imaginasi dan pembelajaran menarik Permainan yang baik untuk ibu bapa menghabiskan masa berkualiti bersama anak.

Harga: RM60

Berminat? Klik saja mana-mana saluran di bawah:

 

Aerospace Balance Jenga

Permainan yang mengasah kemahiran kawalan otot tangan untuk menyeimbangkan gelung kayu. Kanak-kanak juga dapat belajar menyusun gelung mengikut saiz dan membandingkan gelung paling besar dan paling kecil. Sesuai untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas. Diperbuat daripada kayu yang berkualiti tinggi.

Harga: RM50

Berminat? Klik saja mana-mana saluran di bawah:

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *